Ustaz Amirul - Slot Zehra TV3 | profhariz.com
 Banner

Ustaz Amirul – Slot Zehra TV3

Tags:, , , , , , , , , , , , , .

Drama Ustaz Amirul menggantikan Ahmad Durrah.. Ehh best tak ending Ahmad Durrah? Saya tak tengok.. Bagi Drama Ustaz Amirul ini akan ditayangkan sebanyak 13 episod di Slot Zehra TV3, pada jam 9.00 malam.. Ohhh Ustaz Amirul… Hadirku hanya kerana-Nya

Ustaz Amirul Ustaz Amirul   Slot Zehra TV3

Barisan pelakon Ustaz Amirul Slot Zehra TV3 ialah Ashraf Muslim, Eira Syazira, Siti Saleha, Lydiawati, Safura, Kuna, Zarynn Min, Allana Amir, Hafidzuddin Fazil, Rahim Omar, Fauzi Nawawi, Roslan Saleh, Zoey Rahman dan ramai lagi. Jom Layan Sinopsis Drama Ustaz Amirul

Sinopsis Drama Ustaz Amirul TV3

USTAZ AMIRUL mengisahkan tentang cabaran dan dugaan yang perlu diharungi oleh seorang lelaki berusia 30 tahun bergelar Ustaz Amirul (Ashraf Muslim) yang baru tamat pengajian peringkat sarjana dalam bidang Usuluddin dari Universiti Islam di Mesir. Dengan dikelilingi pelbagai kepura-puraan dan manipulasi budaya moden, Ustaz Amirul akan diduga keteguhannya sebagai pemegang amanah Allah, dalam melaksanakan niatnya untuk memulakan kelas agamanya sendiri. Ustaz Amirul juga telah berjanji kepada ibunya, jika sekiranya dia tidak mempunyai seorang calon isteri setiba dia di usia 30, ibunya berhak untuk memilih mana-mana calon untuk dijadikan teman hidup Ustaz Amirul.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, keluarga Ustaz Amirul tahu, kepulangannya itu sebenarnya untuk mencari Adawiya (Eira Syazira), punca sebenar mengapa sehingga kini Ustaz Amirul sukar mencari cinta di hatinya. Adawiya merupakan gadis pertama pilihan hatinya sejak di sekolah menengah. Apabila mereka tamat sekolah menengah, mereka sudah merancang untuk diijabkabulkan namun ayah Ustaz Amirul ada impian lain buat anak lelakinya itu. Setelah Ustaz Amirul mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Mesir, ayahnya mengharapkan segulung ijazah sebelum melangsungkan perkahwinan. Oleh kerana tidak mahu mengecewakan keluarganya, Ustaz Amirul terpaksa meninggalkan Adawiya yang pada ketika itu begitu dalam cintanya pada Ustaz Amirul.

Adawiya yang berasa kecewa serta merana, membawa diri ke bandar seterusnya mengikut sepupunya kerja di bandar sebagai kerani. Malang tidak berbau, dia ditipu dan dipermainkan sehingga terjerumus ke dunia gelap pelayan kelab malam (GRO). Hatta, Adawiya terus menjauhkan diri daripada keluarganya dengan merahsiakan perkara sebenar, dan ini membuatkan keluarga Adawiya kecewa terhadap Ustaz Amirul. Lalu, Ustaz Amirul berusaha mencari Adawiya semula, serta memohon maaf daripada keluarganya, akan tetapi, usahanya tidak berjaya.

Manakala di kampung, Anita (Zarynn Min) seorang gadis lincah yang sangat menyukai Ustaz Amirul sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki beliau, termasuklah memfitnah USTAZ AMIRUL yang konon cuba menodainya. Secara tidak langsung, tuduhan Anita mampu menggugat prestasi dan imej Ustaz Amirul yang dianggap sebagai seorang yang bersifat baik oleh keluarga dan penduduk.

Setelah gagal mencari Adawiya, Ustaz Amirul akur dengan ketentuan takdir dan telah bersetuju untuk menikahi Munirah (Siti Saleha), seorang gadis ayu yang bekerja untuk ayahnya. Menjelang hari pertunangan, segala persiapan telah tersedia rapi, tetapi tiba-tiba, Adawiya kembali muncul dalam hidup Ustaz Amirul.

Sebagai seorang Ustaz Muda yang berpegang teguh kepada amanah Allah, mampukah Ustaz Amirul menangani dugaanNya sebagai seorang manusia yang sentiasa diuji untuk berlawan dengan nafsu ? Sumber : Mimpisibunga

Segala persoalan akan terjawab dalam Drama baru USTAZ AMIRUL ini, yang bakal menemui penonton pada 7 Januari 2011, pada setiap hari Jumaat, jam 9.00malam, di slot Zehra, hanya di TV3! Jangan Lupa Ye.. Ustaz Amirul ! Ohhh. Eira Syazira

Incoming search terms:

Posted on 3 January '11 by , under Drama.

Malaysia Web Hosting

Anda Mungkin Meminati

5 Comments to “Ustaz Amirul – Slot Zehra TV3”

04.01.11 at 21:17
Posted by Ali ridha

Ustaz amirul ni diluar lakonan.
perangai dia boleh tahan.
Ali ridha recently posted..Malaysia Juara Piala AFF Suzuki 2010

[Reply]

06.01.11 at 20:31
Posted by Kakcun

ni slot terbaru zehra.belum tengok.

[Reply]

25.01.11 at 14:13
Posted by angahsayang2314

angah suka cerita nie.. ikuti lagi tue
angahsayang2314 recently posted.. SaMa TaPi Tak SeRuPa

[Reply]

15.02.11 at 01:23
Posted by zuraini

saya rasa cite ni makin lama makin menarik…..
x sabar nk tgk episod seterusnya……..

[Reply]

25.02.11 at 21:45
Posted by Syahirah Abdullah

Huhuhu.. kesian ustaz mirul. kena fitnah! siot je si munirah tu. sampai hati dia.. :’(

[Reply]








CommentLuv badge

PageRank Checking Icon