Anda bersedia untuk membina rumah impian anda? Secara hakikatnya, membina rumah bukan hanya memerlukan visi, masa, dan banyak usaha anda, tetapi juga memerlukan perancangan, organisasi, dan koordinasi yang betul dengan perunding kontraktor rumah yang profesional.
Kesediaan kewangan juga penting dan sebab itulah anda harus membuat anggaran yang realistik mengenai kemungkinan kos dan kos overhead. Kebanyakan pemilik rumah yang ingin membina rumah untuk pertama kali tidak mempunyai pengetahuan yang secukupnya mengenai proses pembinaan rumah dan kemungkinan melebihi kos anggaran di mana anda mungkin hendak mendapatkan bantuan pembiayaan melalui pinjaman bank.
Tetapi, adakah cara yang lebih menjimatkan? Adakah berbaloi untuk membina rumah sendiri atau beli rumah baru?
Ada segelintir orang mempunyai tanggapan umum di mana ramai menganggap bahawa membina kediaman lebih murah daripada membelinya. Sama ada ini sesuai untuk anda atau tidak, bergantung pada banyak faktor, di antaranya adalah bayaran yang perlu anda bayar kepada perunding kontraktor rumah anda, dan formaliti undang-undang; jika anda memang mahu membina rumah berbanding dengan membeli rumah.
Kos purata rumah di Malaysia ialah RM 497,535. Membina rumah baru akan menelan belanja sekitar RM310,000 hingga RM320,000 secara purata dan ini tidak termasuk dengan harga tanah yang dimiliki. Kos struktur pembinaan rumah akan menambah lagi kos sebanyak RM34,000 lagi. Perbelanjaan boleh menjadi dalam jumlah yang tinggi. Tetapi, ini tidak bermaksud anda tidak boleh membina rumah anda sendiri kerana kebanyakan rakyat Malaysia masih terus memilih untuk membina kediaman mereka yang tersendiri.
Hal ini kerana, tidak ada perasaan selain memiliki rumah di tanah sendiri di mana anda akhirnya dapat melihat dan hidup di rumah yang selalu anda bayangkan di kepala anda. Merealisasikan mimpi untuk membina rumah impian anda menjadi kenyataan merupakan suatu nikmat yang indah di mana kerja keras anda dapat menjadi nyata. Syukurlah, terdapat institusi seperti Hardy Constructions & Trading yang menawarkan khidmat konsultasi secara percuma untuk membantu anda dari segi proses pembinaan rumah anda dan membuat pilihan yang bijak.
Anda ingin membina rumah impian anda sendiri? Anda kini boleh melakukannya dengan khidmat Hardy Constructions & Trading.
Langkah-langkah untuk membina rumah impian anda memerlukan perancangan yang teliti supaya anda tidak membuang masa dan sumber semasa menjalankan projek pembinaan anda.
Anda masih runsing dan tidak mengetahui apa keperluan yang anda perlukan untuk projek pembinaan rumah anda? Di sini Hardy Constructions & Trading dapat membantu anda membuat pilihan yang bijak dengan khidmat konsultasi secara percuma dan juga profesional.
Hardy Constructions & Trading kontraktor kerja pengubahsuaian serta mempunyai pekerja yang bukan hanya berpengalaman tetapi juga mahir dalam bidang pembinaan rumah. Fokus utama syarikat Hardy Construction adalah untuk menyediakan perkhidmatan yang tip-top untuk para
pelanggan. Mereka sentiasa bermatlamat untuk memberikan kepuasan yang penuh kepada pelanggan serta membantu anda menjimatkan masa dan wang.
Paling best dengan Hardy Construction, anda akan ditawarkan dengan pakej bina rumah serendah RM89k dan ke atas mengikut bajet anda. Kalau dilihat dari segi pakej basic, Hardy mempunyai pakej RM89k di mana pakej tersebut mempunyai 3 bilik, 2 bilik air dan ruang tamu serta dapur dalam keluasan yang selesa untuk semua.
Mereka sangat mementingkan keselesaan keluarga berbanding harga. Selain itu, syarikat Hardy lebih memfokuskan pelanggan yang ingin membina rumah secara tunai dan cepat kerana mereka mampu menyiapkan rumah seawal 6 bulan atau dalam tempoh tidak lebih dari 2 tahun mengikut perjanjian. Di samping itu, mereka juga lebih memilih konsep tunai kerana proses kerjanya lebih cepat dan mudah untuk dipersetujui. Tetapi, terdapat juga pelanggan yang bekerja swasta dan kerajaan yang menggunakan pinjaman bank dan sudah tentu Hardy sedia menguruskan urusan pinjaman anda menjadi lebih lancar.
Untuk pengetahuan anda, Hardy menyediakan servis dan khidmat untuk bina rumah di atas tanah sendiri di seluruh Kelantan. Syarikat kontraktor Hardy adalah syarikat bumiputera di mana team mereka terdiri daripada 100% pekerja Melayu. Paling penting, mereka sedia membantu anda dalam membuat pemilihan untuk membina rumah sendiri bersama keluarga di Kelantan.
Anda mempunyai design tersendiri? Mereka mempunyai pelbagai design rumah bersesuaian dengan bajet anda. Anda mahukan design yang moden dan kontempori mengikut trend terkini? Semuanya ada dengan Hardy. Syarikat Hardy Construction & Trading mampu memberikan jaminan kerja yang bagus dan berkualiti, barang binaan yang kukuh serta jaminan projek siap 100%. Mereka juga membuat servis membekal bahan binaan, servis tambun tanah dan membekal batu dan tanah. Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh saja lawati Facebook page (di akhir artikel ini) mereka untuk melihat sendiri progress projek mereka.
Keistimewaan dan manfaat yang anda dapat nikmati dengan Hardy Construction adalah harga rumah bak marhaen tapi design rumah bak kayangan. Hal ini kerana mereka sentiasa menginginkan yang terbaik untuk semua pelanggan bukan sekadar indah khabar dari rupa.
Rumah banglo yang sudah siap dibina pun boleh tahan hasilnya. Semestinya pelanggan Hardy puas dan senang hati apabila bina rumah bersama dengan team Hardy. Harga bawah RM150k sahaja, mereka juga mempunyai pelbagai reka bentuk rumah yang menarik mengikut bajet anda.
Antara design yang ditawarkan oleh mereka:
Design A
1+++ kps
3 bilik tidur
2 bilik air
Design B
11++ kps
3 bilik tidur
2 bilik air
Design C
14++ kps
4 bilik tidur
3 bilik air
Yang menariknya, kosnya hanya bawah RM 150K sahaja sudah boleh miliki banglo semewah ini. Syarat terpenting anda ada tanah sendiri.
Bukan mudah untuk memiliki rumah impian anda dan menjadikannya nyata. Tetapi itu tidak bermaksud anda tidak boleh membuatnya. Kesian dekat pelanggan setiap kali lihat design rumah Hardy Construction tergugat apabila melihatnya. Tidak berkelip mata pelanggan setiap kali Hardy Construction upload design rumah yang terbaru. Anda boleh lihat sahaja bukti testimoni seperti berikut daripada para pelanggan Hardy Construction.
Mereka mungkin tidak mampu membeli kepercayaan anda tapi melalui testimoni di sini mampu memberikan jaminan kepuasaan kepada anda.
Berminat untuk memiliki rumah di tanah sendiri? Tetapi, tidak tahu bagaimana dan di mana untuk bermula? Jangan risau, anda yang berminat boleh sahaja hubungi ataupun Whatsapp bila-bila masa nombor-nombor seperti berikut:
Hubungi mereka sekarang dan mereka akan membantu anda. Anda juga boleh mengikuti Hardy Construction & Trading di laman Instagram dan Facebook mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai servis yang ditawarkan oleh mereka dan juga melihat antara progress projek mereka.
Hubungi je Hardy Construction. Klik untuk dapatkan quotation
Hardy Construction
Pakar Bina Rumah Atas Tanah Sendiri di Kelantan
Nak Bina Rumah