Sekiranya anda mempunyai perancangan untuk membina rumah atas tanah sendiri dan tertanya-tanya jika anda dapat berbuat demikian dengan bajet rendah, jawapannya adalah YA, ANDA BOLEH! Tidak semestinya musim pandemik ini anda tidak dapat mencari jalan untuk merealisasikan perancangan anda dan pada masa yang sama membuat penjimatan yang berbaloi. Khas untuk anda mencari khidmat kontraktor rumah, Hardy Construction & Trading dapat menawarkan servis yang anda inginkan dalam harga yang menjimatkan.
Tidak mengejutkan bahawa pandemik telah banyak mempengaruhi kehidupan orang ramai di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Kewujudan pandemik Covid telah memaksa rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan mereka dengan norma baru, pelaksanaan SOP, dan perintah kawalan pergerakan di seluruh negara. Situasi ini tidak asing lagi di Malaysia dengan pelaksanaan pelbagai SOP dan perintah kawalan pergerakan sejak awal tahun 2020. Setiap MCO sejak itu dikaitkan dengan kesan negatif terhadap kesihatan mental orang ramai, kemelesetan ekonomi, pengurangan pendapatan isi rumah, kemiskinan dan sebagainya.
Ketahui lebih lanjut di bawah bagaimana anda boleh jimat sehingga RM 20-40k untuk bina rumah atas tanah sendiri di kala musim pandemik ini.
Perkara yang paling menarik dengan pembinaan kediaman anda sendiri adalah anda boleh membinanya mengikut citarasa dan reka bentuk seperti yang anda mahukan. Dari peralatan permanent fixtures seperti tombol pintu dan sink, sehingga pilihan yang mudah ditukar seperti warna cat, semuanya akan disesuaikan mengikut gaya hidup dan citarasa anda.
Tapi, apakah antara perkara yang perlu dilakukan sebelum anda mula bina rumah anda? Sudah pasti anda mahukan segalanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah terutamanya tanpa sebarang pembaziran wang dan sumber.
Oleh itu, seperti berikut adalah antara perkara terpenting yang wajib anda ketahui sebelum mulakan projek pembinaan rumah anda.
Bagi menganggar kos pembinaan rumah anda tidak kira secara kasar atau terperinci, anda boleh mendapatkan maklumat tersebut dengan mudah daripada mereka yang baru sahaja membina rumah. Bertanya dan berbincang dengan mereka mengenai keluasan rumah mereka, dapatkan maklumat kos dan bahagikannya. Lihat juga kemasan yang mereka guna dari segi kemasan lantai, siling, dinding dan sebagainya dan tentukan adakah ianya sama dengan keinginan atau kemampuan anda. Dengan ini, anda boleh mendapatkan gambaran secara kasar dan akan mempunyai idea untuk membuat perancangan anda.
Sebelum membuat perancangan untuk membina rumah, sudah tentu anda perlu bertanya orang tempatan untuk mendapatkan info asas. Hal ini kerana kebanyakannya akan berpendapat bahawa kos RM100,000 memadai untuk memiliki rumah sederhana dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air beserta ruang tamu dan ruang keluarga.
Tetapi, pada hakikatnya ianya tidak mencukupi untuk mendapatkan rumah yang tampak menarik, keadaan dan reka bentuk bilik yang selesa dengan peralatan/perabot yang banyak serta kos untuk keselamatan seperti jeriji besi. Terdapat juga faktor-faktor lain seperti kos yuran PBT (pihak berkuasa tempatan) yang semakin meningkat, kos khidmat buruh yang berubah mengikut masa dan tempat dan jangan lupa juga kos bahan binaan yang sudah tentu meningkat. Hakikatnya, kos sebenar jauh lebih tinggi, kerana adanya banyak faktor. Pastikan anda mendapatkan semua maklumat kos berkenaan dengan pembinaan rumah anda kerana ada juga harga-harga yang terlindung seperti kos pengangkutan di mana ramai yang tidak ketahui ataupun lupa untuk mengambil kira dalam anggaran kos mereka.
Sudah tentunya sebarang perkara yang hendak dibuat memerlukan perancangan dan ini termasuk juga untuk projek pembinaan rumah anda. Sebelum anda mula bina rumah, pastikan anda mempunyai pelan rumah yang terperinci.
Pelan rumah adalah sangat penting sebagai salah satu langkah terawal supaya anda dapat memastikan keinginan dan kemahuan anda. Hal ini kerana kontraktor rumah pilihan anda misalnya Hardy Construction akan membina rumah anda berpandukan pelan yang anda sediakan. Tanpa pelan, anda tidak dapat mengira kos, keluasan rumah dan kekurangan info berkaitan pembinaan rumah akan menyukarkan kontraktor rumah untuk memahami apa yang anda mahukan. Ketiadaan pelan rumah yang terperinci akan melambatkan proses pembinaan rumah, kesalahan susunatur, lari ‘budget’, dan sudah tentu kos melambung tinggi. Oleh demikian, jangan ‘kedekut’ untuk menggunakan khidmat pelukis pelan atau seelok-eloknya mendapatkan khidmat nasihat “arkitek’ yang sudah tentu sangat mahir dalam menyusun ruang supaya tidak merugikan tuan rumah dari segi kos mahupun ruang ataupun masa.
Carilah kontraktor rumah yang betul-betul berpengalaman dan boleh ‘baca’ keinginan dan kehendak anda, boleh menasihati anda perkara yang patut dan tidak patut anda buat berdasarkan pengalaman, mengetahui cara untuk beli bahan binaan yang berkualiti tapi murah, dan bijak menguruskan kos dengan cara yang berhemah. Beberapa perkara yang perlu anda titikberatkan apabila memilih kontraktor rumah antaranya adalah mereka haruslah mempunyai team atau tenaga kerja yang mahir dan ada pengalaman membina rumah/ perumahan/ bangunan dan sebagainya kerana mereka tahu selok-belok membina rumah ini.
Perkara ini merupakan antara yang terpenting dalam proses pembinaan rumah anda. Jadi, jangan pilih sembarangan sebaliknya lakukan kajian yang terperinci dalam pemilihan kontraktor rumah anda. Untuk makluman anda, terdapat juga ramai kontraktor yang hanya menawarkan khidmat pekerja binaan sahaja. Anda tidak perlu khuatir mengenai kos, yang penting anda dapat ‘end result’ yang diinginkan.
Lihat portfolio mereka (bangunan/rumah yang telah mereka bina). Pastikan anda membuat perjanjian yang jelas sebelum pembinaan. Terutamanya perkara yang melibatkan kos kemasukan bekalan air, bekalan elektrik, alatan pekerja, dan sebagainya. Selalunya kontraktor terlepas pandang perkara ini yang akhirnya menyebabkan anda lewat dapat mendiami rumah dan terpaksa menambah kos yang banyak di akhir pembinaan.
Jika ini adalah pertama kali anda mendengar nama ini, untuk pengetahuan anda, Hardy Construction and Trading merupakan kontraktor kerja pengubahsuaian serta mempunyai pekerja yang bukan hanya berpengalaman tetapi juga mahir dalam bidang pembinaan rumah. Syarikat Hardy Constructions juga merupakan sebuah syarikat kontraktor milikan 100% bumiputera yang berdaftar di bawah Akta Suruhanjaya Syarikat Malaysia 1965 (SSM) dan Lembaga Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
Di samping itu, kepakaran syarikat ini adalah untuk menggandakan kebahagiaan & keceriaan keluarga dengan mereka bentuk dan membina rumah impian anda. Sejak dari permulaaan, syarikat kontraktor ini telah memainkan peranan secara aktif dalam pelbagai projek pembinaan rumah atau banglo kediaman individu termasuk ubahsuai rumah dan projek-projek pembinaan dengan mengguna pakai kaedah konvensional dan Industrialized Building System (IBS). Malah Hardy Construction And Trading juga salah satu pesaing kepada syarikat-syarikat binaan rumah yang lain seperti Zasma home, ATH Group dan RA Bina.
Antara manfaat yang anda dapat melalui perkhidmatan Hardy Construction termasuk:
Hardy Construction Trading sememangnya terkenal kerana kecekapan dan kepakaran mereka yang sangat bagus demi untuk menyiapkan rumah kediaman mengikut rekabentuk, kos dan juga had masa yang telah dipersetujui.
Mereka juga mempunyai pelbagai reka bentuk rumah yang menarik mengikut bajet anda. Bukan sahaja harga berpatutan, malah, jaminan kerja yang bagus dan berkualiti, barang binaan yang kukuh serta jaminan projek siap 100%.
Antara design yang ditawarkan oleh mereka:
Design A
1+++ kps
3 bilik tidur
2 bilik air
Design B
11++ kps
3 bilik tidur
2 bilik air
Design C
14++ kps
4 bilik tidur
3 bilik air
Dengan Hardy Construction, anda masih boleh membina banglo impian berkonsepkan sama ada moden, ala kampung, mewah mengikut citarasa anda yang tersendiri walaupun bajet anda sedikit. Yang menariknya, kosnya hanya bawah RM 150K sahaja sudah boleh miliki banglo mewah seperti yang anda boleh lihat di bawah.
Berminat untuk memiliki rumah di tanah sendiri? Tetapi, tidak tahu bagaimana dan di mana untuk bermula? Jangan risau, anda yang berminat boleh sahaja hubungi ataupun Whatsapp bila-bila masa nombor-nombor seperti berikut:
Hubungi mereka sekarang dan mereka akan membantu anda. Anda juga boleh mengikuti Hardy Construction & Trading di laman Instagram dan Facebook mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai servis yang ditawarkan oleh mereka dan juga melihat antara progress projek mereka.
Hubungi je Hardy Construction. Klik untuk dapatkan quotation
Hardy Construction
Pakar Bina Rumah Atas Tanah Sendiri di Kelantan
Nak Bina Rumah