Anda inginkan muka yang cantik, gebu, bak kata orang glowing dan flawless? Anda dah serik menggunakankan pelbagai cara dan produk untuk mendapatakan muka yang glowing dan flawless tetapi tidak berjaya? Anda inginkan rupa wajah anda anggun dan cantik secara semulajadi, tanpa make up atau tanpa membelanjakan wang yang besar untuk membuat treatment supaya raut wajah anda tampak gojes, flawless, glowing dan cantik?
Jangan risau ya! Mari kita cuba amalkan tips-tips muka glowing dan flawless secara semulajadi. Dengan mengamalkan tips-tips ini dan dengan sedikit usaha, anda akan mampu untuk tampak lagi anggun, cantik dan jelita. Mari kita lihat apakah tips-tips yang kita boleh amalkan untuk mendapatkan raut wajah muka yang glowing dan flawless secara semulajadi.
#1: Â Minum Air Putih Dengan Secukupnya
Ini adalah tips untuk muka glowing dan flawless secara semulajadi yang paling asas dan penting sekali. Tubuh badan anda memerlukan air berish untuk membantu menggantikan sel-sel yang mati di dalam badan anda. Anda seharusnya minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari bagi memastikan sistem dalaman badan anda dapat berfungsi dengan baik. Apabila tubuh badn anda mendapat air yang cukup, kulit juga akan kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi. Tips ini memang harus diamalkan pada setiap masa dan waktu.
#2: Air Beras
Tahukah air beras tu apa? Bagi yang memang rajin ke dapur tau lah ya apa tu air beras, yang tak tahu tu sekali-sekala jenguk-jenguk la di dapur tu ya. Air beras merupakan air daripada mencuci beras sebelum ia dimasak dan kebiasaannya ia dibuang semasa proses mencuci beras. Apa kata untuk kali ini jangan dibuang air cucian beras itu, sebaliknya tadahkan dan simpan di dalam bekas air yang berasingan, seperti baldi atau sebagainya. Tahukah anda bahawa air beras mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan? Air bilasan dari mencuci beras itu dikatakan dapat mampu menghaluskan serta memutihkan kulit. Caranya adalah untuk megambil air bilasan ini dan amalkan berendam dalam air bilasan tersebut selama 15-20 minit setiap hari.
#3: Beras Pulut sebagai Masker
Beras pulut adalah sejenis beras yang anda boleh dapati secara mudah di pasar-pasar. Bukan pulut yang dah dimasak dan boleh terus dimakan ya! Untuk tips ini yang akan dapat memberikan anda muka glowing dan flawless secara semulajadi, ambil beras pulut tersebu dan gorengkan ia tanpa menggunakan minyak sehingga warna beras pulut tersebut menjadi kekuningan. Selepas proses menggoreng, tumbuk atau kisarkan beras pulut tersebut supaya menjadi seperti serbuk bedak. Apabila proses kisar atau tumbuk selesai, bancuh dengan air dan sapukan kepada wajah. Biarkan ia kering untuk seketika waktu dan basuh dengan air bersih. Amalkan tips muka glowing dan flawless secara semulajadi ini untuk mendapatkan kulit muka yang cantik, gebu, anggun dan bergaya.
#4: Menggunakan Yogurt Asli
Yogurt ini bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit, terutaman sekali pada kulit muka anda. Untuk tips muka glowing dan flawless secara semulajadi ini, caranya adalah untuk ambil yogurt asli dan lumurkan di wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan tips ini 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut dengan kesannya nanti.
#5: Elakkan Sinaran Ultra Ungu (Ultraviolet – UV)
Matahari adalah sumber yang besar bagi vitamin D. Sinaran matahari dari jam 7 pagi hingga 9 pagi adalah yang terbaik untuk kulit. Cuba elakkan sinaran matahari selepas waktu ini adalah sangat penting. Sinaran UV yang agak kuat bukan sahaja boleh merosakkan tekstur kulit tetapi pendedahan terhadap sinaran ini boleh menyebabkan kanser kulit. Elakkan matahari terutamanya dari 10 pagi hingga 2 petang kerana sinar matahari boleh menyebabkan kerosakkan walaupun untuk kulit normal.
#6: Sapukan Larutan Jus Lemon
Jus lemon telah digunakan selama beribu tahun sebagai pencerah kulit semula jadi. Ia mengandungi asid yang melunturkan kulit sedikit dan mengelupas lapisan atas sel kulit yang lebih gelap. Oleh kerana jus lemon tulen boleh merengsakan kulit, buat larutan jus lemon dengan mencampurkan satu bahagian jus lemon kepada satu bahagian air. Ambil bebola kapas dan sapu larutan pada kulit anda. Biarkan selama 15 minit, kemudian basuh dengan air suam.
Hadkan penggunaan larutan jus lemon kepada hanya satu hingga dua kali seminggu. Menggunakannya terlalu kerap boleh membawa kepada kerengsaan kulit. Sapukan pelembap selepas membilas jus lemon kerana jus boleh mengeringkan kulit anda. Anda sepatutnya boleh melihat hasilnya selepas tiga hingga empat minggu penggunaan larutan tersebut untuk beberapa kali seminggu. Walaupun jus lemon tidak memberikan kesan sepantas kilat, ia adalah larutan semula jadi paling berkesan yang boleh anda dapati.
Yanko Skincare Malaysia Original merupakan produk rawatan kulit wajah secara semulajadi menjadi pilihan nombor satu wanita Asia kini dalam menjaga dan merawat kulit wajah dari pelbagai masalah cela wajah, kulit sensitif, jerawat dan sekaligus menyelesaikan masalah wanita yang berkulit gelap.
Yanko Skincare Malaysia menggunakan element asli dan sumber semulajadi iaitu tumbuh-tumbuhan, vitamin dan mineral yang memberi khasiat dan zat dalam menukarkan kulit yang lebih sihat, cerah dan cantik kepada wajah anda. Campuran bahan vitamin A, C dan E kaya dengan sumber kesegaran, kelembapan dan memutihkan kulit.
Krim siang Yanko skincare Malaysia ini mempunyai tekstur yang berwarna putih, yang dipakai seperti bedak alas atau foundation. Namun, anda juga boleh memakainya terlebih dahulu sebelum memakai foundation. Krim siang Yanko Skincare whitening ini terbukti secara klinikal dapat mengurangkan bintik-bintik hitam, kulit tona warna yang tidak sekata serta bertindak mencerahkan kulit dengan menghasilkan radiant keputihan kulit semulajadi dengan SPF 25 yang terhindar daripada sinar UV.
Krim malam Yanko Skincare Whitening mempunyai tekstur berwarna kuning dan boleh dipakai pada malam hari sebelum tidur. Dengan kandungan vitamin, kulit anda akan lebih cerah, anjal dan sihat tanpa kesan sampingan. Yanko Skincare Whitening krim malam ini merawat sel-sel kulit pada waktu tidur malam anda dan mencantikkan kulit anda secara semulajadi.
Facial Cleanser Yanko Skincare Whitening boleh digunakan sebagai pencuci muka atau pembersih kulit wajah anda dengan keserasinya bertindak membersihkan di celah-celah kulit wajah dan didalam ruang pori-pori yang terbuka, malah menutup pori-pori wajah anda menjadi lebih kecil, licin dan cantik. Ia juga menjadikan wajah anda lebih segar, lembab dan selesa dari minyak dan kotoran wajah.
Magic Toner boleh dipakai selepas mandi pada waktu pagi atau malam untuk menyegarkan kulit wajah, menutup pori-pori wajah yang terbuka, melembabkan kulit dan mencerahkan kulit wajah. Kulit sensitif, berjerawat, kering dan sebagainya memerlukan toner sebagai pelembab wajah dan serapan yang penuh dengan khasiat dan zat vitamin. Toner juga boleh dipakai sebelum anda memakai krim siang atau malam.
Dengan Yanko Skincare Malaysia, anda akan mendapati muka dan wajah anda senantiasa glowing dan flawless secara semulajadi. Jangan tunggu-tunggu lagi untuk mendapatkan wajah muka yang anda ingini.
YANKO SKINCARE MALAYSIA | SET KECANTIKAN BERKUALITI DAN SEMULAJADI
Hubungi: Tekan untuk telefon (012-5444035) | Tekan untuk WhatsApp
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang