Hai, ibu-ibu yang sedang hamil !
Anda pasti sangat teruja dengan kehamilan anda dan pasti tidak sabar untuk melihat wajah bayi anda dalam keadaan realiti bukan? Tapi sabar dulu, masih belum cukup 9 bulan 10 hari. Jadi sebelum itu anda boleh lihat wajah bayi anda dalam kandungan dengan scan bayi di klinik-klinik yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
Waktu untuk scan bayi adalah bermula seawal usia 5 minggu hingga 40 minggu kehamilan. Scan ini untuk melihat janin atau bayi anda berada dalam saiz dan berat yang sesuai dengan usia kandungan serta untuk meneliti keseluruhan organ dan badannya. Melalui scan juga, kita boleh melihat kesempurnaan pembentukan bayi anda.
Jenis-jenis scan bayi ini terbahagi kepada beberapa jenis antaranya ialah Scan 2D, NT Scan, Detail Scan, Scan 3D, 4D atau 5D dan lain-lain. Setiap scan ini berbeza fungsi dan ada kelebihannya sendiri. Anda pasti keliru bukan? Scan mana yang anda perlu lakukan dan penting untuk bayi anda? Jom, dapatkan maklumat lanjut di bawah.
Bagi pemeriksaan Scan 2D, anda boleh lakukan seawal usia kandungan 5 minggu hingga 40 minggu. Scan 2D ialah scan hitam dan putih untuk melihat tumbesaran dan perkembangan bayi anda.
Anda boleh lakukan scan bayi anda di Klinik Nur Medicare. Harganya jauh lebih murah dan servisnya sangat cepat. Apa yang berbaloi dengan Klinik Nur Medicare ini, harga yang ditawarkan sangatlah B40 (berpatutan). Jadi, semua orang mampu datang dan dapat melihat pembesaran bayi dalam kandungan mereka.
Selain itu, Scan 2D ini dapat :
Setelah pemeriksaan Scan 2D ini dilakukan, ibu-ibu dapat mengetahui perkembangan bayi mereka. Jadi, sekiranya adalah masalah yang dikesan melalui scan ini, ibu akan dirujuk kepada pakar bagi mendapatkan rawatan lebih lanjut. Doktor dan staf di Klinik Nur Medicare akan berusaha memberikan servis terbaik dalam penjagaan bayi dalam kandungan dan juga kesihatan ibu sehingga selamat melahirkan bayi anda.
Bagi kehamilan yang dah masuk minggu ke 24 hingga minggu ke 32, anda boleh melakukan scan bayi 3D, 4D atau 5D. Scan 3D ini adalah teknologi ultrasound yang akan mengeluarkan imej 3D bayi dalam kandungan anda. Scan ini akan memperlihatkan imej bayi anda berwarna kekuningan atau kemerahan. Jadi, jom dapatkan scan bayi anda di Klinik Nur Medicare ini. Anda boleh menyimpan kenangan scan bayi anda dengan cetakan berwarna ini. Jadikannya satu kenangan yang indah dan diingati selamanya.
Scan 3D akan dilakukan bersama scan 4D. Jika Scan 4D dilakukan, pasti ibu ayah akan sangat teruja. Scan 4D adalah video-video yang dirakam secara terus dan lebih ‘real’ ketika anda scan. Anda dapat melihat tendangan atau pergerakan bayi, samada bayi anda sedang menguap atau bayi anda sedang tidur dan lain-lain lagi. Dan yang lebih menarik, anda dapat melihat wajah bayi anda dengan lebih jelas. Teruja kan dapat lihat wajah bayi anda lebih awal? Jadi, jom dapatkan Scan 3D dan 4D bayi anda di Klinik Nur Medicare.
Seterusnya, di Klinik Nur Medicare ini juga menyediakan perkhidmatan Scan 5D. Jika anda rasa Scan 3D, 4D dah hebat, namun Scan 5D lebih menarik dan lebih ‘real’. Hal ini demikian kerana Scan 5D menggunakan teknologi scan yang lebih terkini dan kita akan dapat melihat scan berwarna bayi anda secara realistik. Cetakan scan berwarna kemerahan ini akan diberikan kepada anda selepas scan termasuk gambar dan video lainnya. Jadi, tunggu apa lagi? Ambil peluang untuk ciptakan kenangan manis anda dan pasangan bersama bakal cahaya mata anda di Klinik Nur Medicare. Jom segera ke Klinik Nur Medicare!
Klinik Nur Medicare sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik untuk semua dengan kakitangan yang mesra dan cekap. Anda boleh membuat temujanji sebelum datang ke klinik supaya tidak perlu menunggu lama jika membuat rawatan atau scan di sini. Di Klinik Nur Medicare juga mempunyai doktor wanita yang berpengalaman dan profesional. Jadi, ibu-ibu tidak perlu risau dan merasa segan untuk melakukan scan di klinik ini. Anda pasti merasa bebas dan lebih terbuka untuk mendapatkan rawatan dan perkhidmatan.
Di Klinik Nur Medicare bukan sahaja servisnya cekap, bilik rawatan yang disediakan juga luas, selesa dan paling penting bersih. Jadi, anda sebagai ibu-ibu pasti akan lebih tenang dan gembira untuk mendapat rawatan atau perkhidmatan scan di Klinik Nur Medicare. Selain itu, para suami juga boleh masuk ke bilik scan untuk menemani isteri. Ruangan mainan juga disediakan untuk anak-anak sewaktu menunggu. Jadi, jom jemput datang dan rasai pengalaman scan bayi anda di Klinik Nur Medicare!
di Klinik Nur Medicare
Klinik Nur Medicare
Jom Lihat Perkembangan Bayi Anda!
Book Slot