Umum
Jan 15, 2023, 12:21am

Check Kuning Baby Di Klinik Subang Jaya Sepantas 5 Minit


Anda ibu yang baru melahirkan bayi anda? Jika ini pengalaman pertama anda dalam melahirkan, pasti agak pening dan rumit untuk menguruskan bayi yang mengalami jaundis atau demam kuning. Apatah lagi ibu-ibu yang baru melahirkan anak pertama masih belum cekap dan masih tiada pengalaman. Dalam kekalutan fasa berpantang, bayi pula mendapat demam kuning. Jadi, apa yang harus ibu-ibu lakukan? Baca lebih lanjut terutamanya bagi ibu-ibu yang nak check kuning baby di sekitar Subang Jaya.

rawatan jaundice untuk bayi baru lahir

Jaundis atau demam kuning ini adalah perkara normal yang boleh terjadi kepada bayi anda selepas kelahiran. Tetapi, yang perlu dipastikan adalah tahap demam kuning bayi anda, samada normal ataupun pada paras yang merbahaya.

JOM LIHAT TAHAP DEMAM KUNING BAYI ANDA

tahap demam kuning bayi

Dalam rajah di atas, diterangkan secara terperinci tahap demam kuning bayi. Anda boleh merujuk carta di atas untuk panduan awal atau bawa berjumpa doctor bagi mendapat penjelasan dan keputusan yang lebih tepat. Oleh itu sebagai ibu-bapa, anda perlu lebih peka terhadap perubahan fizikal bayi anda. Diingatkan sekali lagi, bayi yang baru dilahirkan amat sensitif terhadap perubahan cuaca dan keadaan sekeliling.

elak risiko sakit jaundice bayi

Apa penyebab demam kuning? Adakah disebabkan faktor semulajadi bayi ataupun faktor keturunan? Sebenarnya, jaundis atau demam kuning bayi ini adalah perkara yang biasa dan semulajadi. Hampir kesemua bayi yang dilahirkan akan mengalami jaundis, tetapi hanya bersifat sementara. Antara faktor risiko lain penyebab demam kuning ini adalah :

  • Jenis atau kumpulan darah yang berlainan di antara ibu dan bayi
  • Pemberian susu ibu berbanding susu formula
  • Bayi kurang menyusu
  • Masalah kekurangan enzim G6PD pada bayi
  • Jangkitan kuman pada bayi

PERKARA YANG TIDAK BOLEH DILAKUKAN JIKA BAYI TERKENA DEMAM KUNING

Jika bayi anda mengalami demam kuning, anda tidak boleh sesuka hati melakukan pelbagai perkara terhadap bayi anda dan diri ibu sendiri. Hal ini demikian kerana kesihatan bayi dan ibunya saling berkaitan. Antara mitos / salah faham yang tidak perlu dilakukan adalah :

  • MENJEMUR BAYI ANDA DI BAWAH CAHAYA MATAHARI

elak jemur bayi di bawah matahari terlalu lama

Anda pasti pernah dengar bahawa jika bayi terkena demam kuning, bayi perlu dijemur di bawah cahaya matahari. Ini adalah mitos sahaja dan tidak benar sama sekali. Sinaran cahaya matahari terutama selepas jam 9 pagi akan menyebabkan bayi anda mudah alami dehidrasi dan secara tidak langsung akan menaikan suhu badan bayi anda. Hal ini akan memburukkan lagi keadaan demam kuningnya.

  • MEMBERI SUSU SELAIN SUSU IBU

penyusuan untuk bayi

Bayi anda mengalami demam kuning dan anda ingin menambah susu lain selain susu ibu? Tindakan ini tidak disyorkan jika ibu tiada masalah penghasilan susu ibu. Susu lain seperti susu formula termasuk susu kambing tidak sama khasiatnya seperti susu ibu dan tidak membantu mengurangkan dengan cepat keadaan jaundis. Dan yang lebih penting, susu-susu ini belum tentu sesuai dengan bayi anda dan mungkin akan mendatangkan perkara yang lebih buruk seperti alahan dan sebagainya.

  • MEMBERI ATAU MENGAMBIL UBATAN DAN HERBA

elak ambil ubatan sewaktu menyusukan bayi

Jika bayi anda mengalami demam kuning, ibu bapa tidak memberi sebarang herba atau ubatan kepada bayi anda. Ibu yang baru melahirkan juga dinasihatkan tidak mengambil sebarang ubatan atau herba sewaktu menyusukan bayi yang demam kuning. Hal ini kerana tiada lagi sebarang kajian yang dapat membuktikan bahawa sebarang herba dapat menyembuhkan demam kuning. Sebaiknya anda dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.

CHECK DEMAM KUNING HANYA 5 MINIT- KLINIK NUR MEDICARE DI SUBANG JAYA

Bagi yang nak check kuning baby di area Subang Jaya, pernah dengar Klinik Nur Medicare? Klinik Nur Medicare bukan sahaja menawarkan rawatan sakit am seperti demam, batuk atau sakit kepala, namun juga menyediakan rawatan imbasan untuk jaundis atau demam kuning bayi anda. Demam kuning bayi anda boleh di periksa di Klinik Nur Medicare ini dan keputusan akan dapat dalam masa kurang 5 minit ! Sangat cepat dan menjimatkan masa. Dan yang lebih penting, anda boleh ‘check’ kuning tanpa cucuk kaki bayi anda. Jadi baby pun tak sakit dan menangis. Anda risau harganya mahal? Jangan risau, harganya sangat mampu milik dan sangat berpatutan untuk semua golongan termasuk B40.

klinik nur medicare penyakit jaundis

Demam kuning pada bayi boleh di ‘check’ di Klinik Nur Medicare ini. Cara pemeriksaannya juga mudah dan tidak akan menyakitkan bayi anda. Hal ini kerana, tiada sebarang suntikan atau pengambilan darah pada bayi. Namun, jangan risau. Cara ini selamat pada bayi dan ketepatan keputusan yang diukur hampir mencapai 100 % iaitu 96%.

Secara rumusannya, jom segera ke Klinik Nur Medicare untuk periksa tahap demam kuning bayi anda. Jangan biarkan bayi anda tanpa rawatan di rumah. Segera dapatkan konsultasi serta rawatan kesihatan bersama doktor yang berpengalaman di Klinik Nur Medicare ini. Anda boleh membawa bayi anda terus secara walk in ke Klinik Nur Medicare atau melakukan temujanji.

Dapatkan Pemeriksaan Jaundice Kuning Bayi

di Klinik Nur Medicare

Klinik Nur Medicare

Jom Dapatkan Pemeriksaan Jaundice Kuning Bayi!

Buat Appointment
Social Media

Klinik Nur Medicare 2A Jalan Pinggiran USJ 1/8, 47600 Subang Jaya, Selangor

Dapatkan Pemeriksaan Jaundice Kuning Bayi

di Klinik Nur Medicare

Call Whatsapp

Dapatkan Pemeriksaan Jaundice Kuning Bayi

di Klinik Nur Medicare