Kenapa takaful sangat penting untuk kehidupan kini, terutamanya untuk tahun 2023 ni? Bagaimana pelan hibah takaful dapat membantu dalam kehidupan kita? Perlindungan hibah takaful penting kerana kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan terjadi dalam kehidupan seharian kita. Pada tahun 2019, sudah membuktikan apabila tiba-tiba negara dilanda wabak Covid-19 yang membuatkan ramai rakyat Malaysia menderita. Saat Covid-19 melanda negara, ramai rakyat yang terkesan dengan kehilangan pekerjaan, kehilangan pendapatan, kehilangan tempat tinggal malah mendapat penyakit yang sukar diubati. Hal ini umpama sudah jatuh ditimpa tangga. Ujian datang bertalu-talu. Jadi, dengan pengalaman yang kita dapat dari wabak penyakit Covid-19 ini adalah perlu bersiap-sedia dengan keadaan yang sukar dijangka dengan “menyediakan payung sebelum hujan”.
Kita semua mempunyai keluarga bukan? Mak, ayah, kakak, abang, adik, suami/isteri, dan anak-anak. Keluarga adalah orang yang paling utama akan terkesan jika kita terlibat dalam masalah. Jadi, untuk menyiapkan diri dengan masalah-masalah tidak diingini seperti berlaku kemalangan, hilang pekerjaan, kematian adalah mengambil hibah takaful. Jika kita ditimpa masalah, sekurang-kurangnya keluarga kita tidak hilang tempat bergantung harap. Hibah takaful sangat membantu kita dan keluarga jika kita ditimpa masalah yang tidak dijangka.
Kebanyakkan orang keliru antara insurans biasa dengan hibah takaful. Orang menganggap jika sudah mempunyai insurans sudah selamat hidupnya. Anda perlulah lebih berhati-hati jika tersalah pilih dan nakkan yang murah sahaja nanti pasti akan merugikan diri anda. Anda perlu mengambil langkah lebih berhati-hati dalam memilih pakej insurans. Jadi berbalik kepada soalan, kenapa dalam kehidupan kita, kita sangat memerlukan hibah takaful ini? Hal ini demikian kerana, jika meninggal dunia, ahli keluarga kita memerlukan tunai yang banyak untuk menguruskan jenazah kita dan yang paling penting hutang-hutang kita.
SITUASI 1: HUTANG RUMAH DAN HUTANG KERETA
Apabila kita meninggalkan dunia, hutang-hutang kita siapa yang perlu membayar? Nak mengharapkan keluarga? Sudah tentu keluarga kita juga mempunyai pelbagai komitmen yang perlu ditanggung oleh mereka. Hutang rumah dan hutang kereta pasti akan menambahkan beban ahli keluarga kita. Jadi jika anda mempunyai hibah takaful pasti akan meringankan beban keluarga anda.
SITUASI 2: MEMPUNYAI ISTERI SURI RUMAH DAN ANAK-ANAK
Bayangkan kita ada anak-anak kecil dan isteri yang sepenuh masa suri rumah. Bayangkan kita meninggalkan mereka tanpa sebarang tunai malah tinggalkan hutang. Selama kita hidup, kita lah tempat mereka bergantung harap, bila kita tiada siapa yang akan bertanggungjawab kepada mereka? Jadi bila kita meninggalkan hibah takaful kepada anak-anak dan isteri kita, sudah tentu mereka mempunyai ruang dan tunai untuk meneruskan kehidupan mereka.
SITUASI 3: MENANTU DAN MERTUA TIDAK SEBULU
Kini, banyak kes berlaku mertua dan menantu tidak sebulu. Banyak ragam dan pelbagai masalah menantu dan mertua ini. Kita tidak minta hal ini berlaku kepada keluarga kita, tetapi kita tidak tahu apa akan terjadi di masa yang akan datang. Banyak kes yang berlaku di Malaysia, selepas kematian suami, mak mertua masuk campur dan minta semua harta difaraidkan. Jadi, dalam mencari jalan penyelesaian terbaik adalah hibah takaful ini jadi anak-anak tidak akan terabai masa depan mereka.
Antara pelan yang berpatutan dengan perlindungan yang tinggi bermula dari RM250,000. Dapatkan perlindungan dengan bayaran bulan yang berpatutan dan juga Jumlah Perlindungan Hibah Takaful yang tinggi bermula dari RM 250,000. Tetapi dengan promosi sah untuk satu bulan ini, sehingga 15 Februari 2023, di mana anda boleh dapatkan pakej hibah RM150,000 serendah RM36.15 sebulan! Antara rangsangan perlindungan ialah setiap akhir tahun ke-5 Tahun Sijil, Jumlah Perlindungan Asas akan meningkat sebanyak sepuluh peratus sehingga sepuluh kali peningkatan. Untuk konsep yang mudah difahami adalah pembahanan 100% daripada jumlah Perlindungan Asas sepanjang Tempoh Sijil, tertakluk kepada terma dan syarat.
Jadi seperti kita lihat di atas, kebanyakkan keluarga mangsa mempunyai rezeki masing-masing jika kita mengambil pakej Hibah Takaful ini. Tidak rugi jika kita mengambilnya lebih awal. Dalam kehidupan seharian kita, kita tiada kuasa untuk menentukan apa yang terjadi keesokkan harinya. Jadi kita perlulah bersedia lebih awal dalam pelbagai perkara. Jom dapatkan sekarang Hibah Takaful dengan Great Eastern.
Gambar di atas adalah harga promosi hibah termurah, boleh hubungi sekarang untuk dapatkan promosi RM150K dalam RM30++. Tapi kena cepat sebab promosi hanya sehingga 15 Februari 2023. Selepas daripada tarikh itu, promosi RM150K tukar kepada pakej harga biasa RM250K. Dan yang penting pakej Hibah Takaful ini tidak meletakkan harga yang berlainan kepada pelbagai bangsa. Harga yang sama untuk pelbagai bangsa di Malaysia tidak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan lain-lain. Jom kita daftar sekarang! Jangan terlambat dan baru nak menyesal! Dapatkan informasi lebih lanjut mengenai perkhidmatan kewangan Takaful di sini.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
Ejen Great Eastern Takaful
Jom Dapatkan Perkhidmatan Kewangan Takaful
Beli Sekarang