Insurans
Dec 29, 2022, 8:14pm

Ejen Great Eastern Takaful Terbaik Di Pulau Pinang


Memerlukan ejen Great Eastern Takaful terbaik di Pulau Pinang? Yang boleh dipercayai dan bertauliah? Terbaik! Anda boleh tamatkan pencarian anda di sini. Ketahui maklumat lebih lanjut di bawah!

perunding takaful great eastern

Takaful dan insurans memainkan peranan penting dalam memberikan perlindungan kewangan sekiranya perkara yang tidak diduga berlaku kepada anda, seperti mengidap penyakit kritikal, terlibat dalam kemalangan, mengalami kerugian harta benda, ataupun kematian.

Secara amnya, Takaful boleh dianggap seperti insurans versi Islamik, namun terdapat perbezaan pada prinsip dan kaedah bagaimana Takaful beroperasi.

TAKAFUL VS INSURANS – APA BEZANYA?

Dari segi asasnya, insurans melibatkan persetujuan antara orang yang dijamin (anda) dan syarikat insurans (yang akan menanggung risiko). Persetujuan ini dikenali sebagai polisi, dan untuk anda menerima perlindungan sebagai pemegang polisi, anda perlu membuat bayaran, juga dipanggil premium, kepada syarikat insurans yang berkenaan.

beza insurans dan takaful

Premium yang dibuat akan dilaburkan oleh syarikat insurans. Anda tidak boleh memilih bagaimana pelaburan tersebut dibuat dan ini mungkin melibatkan perniagaan yang tidak mematuhi prinsip syariah, termasuk perniagaan yang mempunyai unsur perjudian, riba dan berisiko tinggi/ketidaktentuan.

Pertolongan Bersama dalam Takaful

Sama seperti insurans, pengendali Takaful akan melaburkan sumbangan anda juga. Walau bagaimanapun, hanya perniagaan patuh syariah sahaja yang berkelayakan. Oleh itu, beban fikiran anda dapat diringankan jika anda ingin memastikan langganan Takaful anda adalah patuh syariah.

Kepada yang masih bujang, mungkin anda berfikir apakah relevannya perlindungan takaful dan insurans ketika kesihatan anda masih berada di tahap yang baik? Mungkin ada juga yang berfikir manfaat Takaful yang disediakan majikan mencukupi sehingga sampai umur persaraan. Atau, anda mungkin bekerja sampingan atau secara freelance bersendirian.

perlindungan takaful

Bagi yang sudah berkeluarga pula, mungkin tertanya-tanya apakah perlindungan Takaful anda cukup untuk membuat pembayaran bil hospital dan memastikan kelangsungan kualiti hidup anak-anak yang masih bergantung kepada anda dan pasangan?

Kita juga perlu beringat bahawa situasi yang tidak diduga dan di luar kawalan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa. Apa yang dalam kawalan kita ialah bagaimana kita bersedia untuk menghadapi situasi-situasi tersebut. Manfaat Takaful ini sangat membantu dalam situasi di mana dana kecemasan kita tidak mencukupi. Sekiranya berlaku musibah kematian, manfaat Takaful anda akan menanggung waris anda dan memastikan hidup mereka dapat diteruskan.

PERKHIDMATAN KEWANGAN TAKAFUL DI SEKITAR PULAU PINANG, KEDAH, PERLIS DAN PERAK

Bagi yang belum pernah memiliki perlindungan Takaful atau kurang berpengetahuan dalam topik tersebut, haruslah pastikan perlindungan Takaful yang anda melanggan bukan sekadar ada-ada sahaja. Tak nak pula ada yang terkurang atau terlebih, betul tak? Lagi-lagi ada pula yang tawarkan pelan perlindungan dalam harga bajet lah, harga terendah lah, harga mur-mur lah, tapi adakah pelan perlindungan itu sesuai dengan keperluan anda?

perlindungan takaful

Sebab itulah bagi yang tiada pengalaman atau kurang pengalaman dalam membuat pemilihan pelan perlindungan yang ideal memerlukan perunding ataupun ejen Takaful yang berpengetahuan dan boleh dipercayai – Zamadi Perunding Great Eastern Takaful. Dengan mendapatkan perkhidmatan daripada Zamadi, anda boleh dapatkan gambaran keseluruhan fakta dan pelan perlindungan yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan kewangan anda. 

CARA PILIH PELAN TAKAFUL IDEAL – PERLINDUNGAN UNTUK SEMUA ASPEK RISIKO KEWANGAN

Untuk pengetahuan anda, bila bercakap tentang jenis pelan perlindungan Takaful, terdapat beberapa perbezaan antara pelan ideal dan pelan ikut kemampuan. Pelan perlindungan Takaful yang ideal dapat membantu menutup semua kemungkinan risiko berlakunya krisis kewangan apabila seseorang ditimpa musibah.

Manakala pelan perlindungan Takaful ikut kemampuan, hanya beri tumpuan pelan mengikut sama ada keutamaan, kerisauan, kemampuan atau bajet pelanggan itu sendiri.

pilih ejen insurans terbaik

Melalui bantuan perunding Takaful yang bertauliah dan profesional seperti Zamadi, anda akan dibekalkan dengan informasi yang tepat dan secukupnya. Hal ini supaya anda dapat mengambil pelan perlindungan yang ideal bagi menghadapi musibah yang boleh memusnahkan masa depan anda atau keluarga yang tersayang.

Dengan perunding Great Eastern Takaful – Zamadi anda boleh dapatkan perlindungan yang hampir menyeluruh dan tidak membebankan dengan kadar caruman bulanan 6%-10% daripada jumlah pendapatan anda. Bagi yang tertanya-tanya kenapa hanya kadar caruman pada 6%-10% daripada jumlah pendapatan? Hal ini berikutan kadar jumlah caruman tadi diperlukan untuk menggantikan sumber pendapatan yang hilang sama ada dengan atau tanpa mengambil kira kadar inflasi. 

DAPATKAN PERLINDUNGAN TAKAFUL GREAT EASTERN DARIPADA PERUNDING TERBAIK!

Berminat untuk ketahui lebih lanjut mengenai manfaat perlindungan Great Eastern Takaful untuk diri mahupun keluarga anda? Dapatkan khidmat nasihat dan pertanyaan anda dijawab dengan ejen Great Eastern Takaful terbaik – Zamadi berbanding perunding takaful yang lain. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati perlindungan yang lebih spesifik dan berharga bagi diri dan keluarga anda.

insurans Takaful Great Eastern

Boleh hubungi Zamadi di talian 010-3160816 atau dapatkan informasi lebih lanjut mengenai perkhidmatan kewangan Takaful di sini.

 

 

Dapatkan Konsultasi Sekarang!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Ejen Great Eastern Takaful

Jom Dapatkan Perkhidmatan Kewangan Takaful

Beli Sekarang
Social Media

No 7 Lorong Malwira 1, Taman Malwira, 14400 Kubang Semang.

Dapatkan Konsultasi Sekarang!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Dapatkan Konsultasi Sekarang!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: