blog.hariz | Hanya Sekadar Ilusi by Prof Hariz - Part 2

Belajar Menjadi Pemimpin Yang Baik dan Profesional

Alhamdulillah segala pujian tertentu hanya bagi Allah Azza Wa Jalla. Dalam usaha peningkatan kualiti hidup Allah memberi peluang kepada diri PH untuk memimpin Kelab Teknologi Komputer di ADTEC Melaka. Hampir seratus lebih pelajar yang berada di bawah kepimpinan PH. PH yakin semua ini datangnya dari Allah, pasti ada hikmah disebalik perlantikan tersebut walaupun pada mulanya PH menolak dengan sekeras-kerasnya. Tapi apa boleh buat, semuanya dikira berdasarkan undian.

grey Belajar Menjadi Pemimpin Yang Baik dan Profesional

Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi seorang pemimpin walaupun cuma organisasi yang kecil, tidak kira apa sahaja jawatan kamu, ketua perwakilan pelajar, ketua kadet, ketua pengawas sekolah atau ketua kelas sekalipun. Bagi PH, bila kita diberi sesuatu jawatan itu bermakna orang percayakan kita dan orang mahu kita lakukan sesuatu yang baru iaitu transformasi dari pelbagai perspektif.

(more…)

Tarikh 19 February '13 Penulis , Kategori Peribadi. 22 Comments.

Hidup Perlu Belajar Dari Kekecewaan Baru Berjaya ?

Dalam kehidupan pasti semua manusia tidak pernah lari daripada rasa Kecewa. Kecewa dalam percintaan, kecewa dalam persahabatan, kecewa dalam perniagaan, kecewa dalam pertandingan dan pelbagai lagi punca atas berlakunya kecewa. PH taknak labelkan apakah kekecewaan yang dialami oleh diri ini, tetapi percayalah kekecewaan yang dihadapi sekarang ini sangat luar biasa membuatkan diri PH sangat down dan terasa hidup ini sudah tiada nilai, apakah ibadat aku, niat aku, nazar aku, doa aku, sujud aku, dan usaha aku Dia tidak nampak? tidak terima? :”(

grey Hidup Perlu Belajar Dari Kekecewaan Baru Berjaya ?

Percaya atau tidak, andai diri kamu segagah perwiranya lelaki, sekuat ibu yang mengandungkan anak sembilan bulan dan melahirkannya. Apabila sudah tersungkur ke lembah kekecewaan pasti sukar untuk survive diri bagaimana untuk bangun semula. Terasa seolah-olah apa yang diusahakan, apa yang diDOAkan dan apa yang diNAZARkan lillahi ta’ala seperti tiada nilai disisiNYA. Kekecewaan yang dihadapi ini terasa amat berat. Mungkin sebelum ini PH tidak pernah merasa kekecewaan yang melampau apabila kita usaha,nazar,doa dan tawakkal hasilnya adalah ZERO. Apakah ini baru permulaan untuk PH merasa kecewa dalam hidup ? atau untuk lebih matang dalam 2013.

(more…)

Tarikh 6 February '13 Penulis , Kategori Islam, Peribadi. 30 Comments.

Hariz