Sebut mengenai Umrah, sudah tentu ramai umat Islam yang beriman berhajat untuk ke tempat ini. Antara sebabnya adalah kecintaan dan kasih sayang kepada agama serta berhajat untuk melakukan ibadah yang dicintai Rasulullah S.A.W ini. Pada kali ini, MKM Ticketing Travel Tour Sdn Bhd akan berkongsi mengenai panduan umrah bagi anda yang mahu menunaikan ibadah Umrah.
Umrah: Menurut Ijma’ Ulama’, umrah hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hidup bagi orang yang mampu (sekali dengan haji). Walaubagaimanapun, berbeza dengan orang yang bernazar, maka beliau wajib memenuhi nazarnya.
Maksud Umrah: Umrah merujuk kepada haji kecil. Ia diambil dari perkataan al-I’timar yang bermaksud ziarah. Para jemaah yang mengerjakan umrah akan berniat ihram umrah dari miqat, mengerjakan tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari ihram dengan bercukur atau bergunting. Diriwayatkan daripada Jabir r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Jemaah haji dan umrah adalah rombongan Allah, jika mereka berdoa kepada Nya, Dia akan memustajabkan doa mereka dan sekiranya mereka memohon ampun daripada Nya, Dia akan mengampunkan mereka.”
Terdapat 5 rukun umrah yang perlu para jemaah patuhi dalam mendapatkan umrah yang mabrur.
1. Berihram
Sebut mengenai ihram pasti ramai yang sudah membayangkan pakaiannya bagi lelaki mahupun perempuan. Buat para lelaki, pakaian ihram hanyalah memakai 2 lembar kain putih yang tidak berjahit. Para wanita berpakaian seakan memakai telekung di mana seluruh tubuh ditutup kecuali wajah dan telapak tangan.
2. Tawaf
Tawaf merujuk kepada ibadah mengelilingi kaabah 7 pusingan. Tawaf dilakukan bermula pada hajar aswad dan mengelilingi kaabah berlawanan arah jam.
3. Saie
Syarat sah saie adalah ibadah ini dilakukan selepas tawaf dengan tujuan hendaklah semata-mata untuk saie. Saie bermula dari bukit Safa dan tamat di bukit Marwah sempurna bilangan 7 kali dari kaki bukit ke kaki bukit. Ibadah saie ini mengingatkan umat Islam mengenai pengorbanan Siti Hajar yang berulang alik mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail.
4. Tahallul
Apabila selesai tawaf dan saie, para jemaah perlu mencukur atau menggunting sebahagian daripada rambut (sekurang-kurangnya 3 helai) di kepala sebagai tamatnya ibadah umrah.
Buat para lelaki, adalah lebih afdhal untuk mencukur. Selain itu, buat mereka yang tidak mempunyai rambut di kepala, adalah memadai sekadar melalukan pisau di kulit kepala.
Buat para wanita pula, boleh memotong mana-mana bahagian rambut asalkan tidak kurang dari 3 helai.
5. Tertib
Setiap rukun yang dilakukan haruslah mengikut turutan dengan tertib. Tertib dalam erti kata lain adalah mengikut aturan yang ditetapkan sepanjang melakukan umrah.
Sebelum menunaikan umrah di Mekah, perkara-perkara sunat boleh dilakukan di hotel penginapan sebelum niat umrah. Antara persediaan umrah adalah seperti berikut:
Senarai kelengkapan umrah yang perlu ada dalam checklist anda:
Buat para pemula, menunaikan umrah mungkin dilihat sebagai ibadah yang sukar berikutan turutan atau larangan yang ditetapkan. Walau bagaimanpun, para jemaah tidak perlu risau sebabnya ibadah ini bukanlah sesuatu yang sukar. Selain itu, panduan ringkas yang dikongsikan ini mungkin memberi sedikit sebanyak pendedahan kepada para jemaah. Perjalanan seseorang yang mahu melakukan umrah bermula dari satu tempat bernama Miqat. Di sini para jemaah disunatkan untuk bersolat sunat tahiyatul masjid dua rakaat, kemudian berniat untuk mengerjakan umrah dan berihram kerana Allah Taala. Ketika ini, anda juga disunatkan untuk bertalbiyah:
Selepas anda tiba di Mekah dan selesai urusan check-in hotel, inilah saat nya untuk mengerjakan umrah. Semuanya bermula di saat anda memasuki kompleks Masjidil Haram. Mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w., anda digalakkan untuk berdoa sebaik sahaja anda masuk ke Masjidil Haram. Terdapat banyak lagi Sunnah Nabi yang anda boleh amalkan sepanjang umrah.
Larangan Semasa Ihram
Perkara ini harus diambil berat buat para jemaah kerana larangan-larangan ini jika dilanggar salah satu daripadanya akan dikenakan dam (denda). Meskipun sesetengah perkara-perkara ini sering diambil mudah oleh para jemaah, namun harus diketahui perkara-perkara ini ditegah oleh mereka yang berada dalam ihram. Berikut merupakan 13 larangan semasa ihram yang patut anda ketahui.
Semoga para jemaah memperoleh sedikit-sebanyak ilmu daripada perkongsian ini sekaligus bakal memudahkan untuk mengerjakan ibadah umrah kelak. InshaAllah ameen !
Baca: Ketahui 7 redlag yang anda perlu hindari jika mencari pakej umrah.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang