Menjadi impian serta kewajipan untuk umat Islam yang mampu untuk menunaikan ibadah haji. Begitu juga dengan ibadah umrah yang merupakan wajib bagi yang mampu sekali seumur hidup. Walau bagaimanapun, pemilihan syarikat pengurusan yang salah mungkin memberi kesan kepada pengalaman untuk menunaikannya. Lebih parah, wang para jemaah hangus disebabkan oleh syarikat yang diberi kepercayaan gagal menunaikan janji yang ditawarkan. Pada kali ini, kami akan berkongsi kepada anda tanda-tanda amaran atau red flags dalam syarikat umrah dan haji agar anda tidak terjebak dengan penipuan menerusi perkhidmatan yang ditawarkan.
1. Tidak mempunyai lesen operasi yang sah
Seperti ramai sedia maklum, syarikat pengendali umrah dan waji wajib memiliki lesen sah daripada badan berkuasa seperti Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan atau Tabung Haji. Adalah lebih baik sekiranya anda membuat semakan atau background check terlebih dahulu menerusi pihak berwajib atau Tabung Haji agar tidak terpedaya dengan janji-janji palsu sesetengah pengendali umrah dan haji. Jika syarikat berdolak-dalih atau gagal menunjukkan lesen serta dokumen pengiktirafan, adalah lebih baik anda memilih syarikat-syarikat yang lain.
Salah satu syarikat yang boleh dipercayai dan sah berdaftar di sisi undang-undang adalah MKM Ticketing Travel Tour : Rujuk website mereka di sini.
2. Harga pakej yang terlampau murah
Sudah menjadi kebiasaan di mana harga mampu milik antara yang pemilihan kebanyakan orang ramai. Selain itu, harga yang rendah memberi peluang kepada para jemaah untuk mempunyai budget lebihan untuk pembelian barang atau sedekah. Di sebalik harga pakej murah yang ditawarkan, para bakal jemaah dinasihatkan agar berhati-hati dengan sesetengah pakej yang ditawarkan pada harga tidak masuk akal. Sebagai contoh, harga pakej adalah sekitar RM6,000 – RM10,000 bergantung kepada keselesaan, tempoh, jenis bilik dan sebagainya. Sekiranya sesebuah pakej ditawarkan pada harga serendah RM3,000 atau mendakwa terdapat pihak ketiga yang sudi menaja separuh daripada harganya, mungkin para jemaah perlu lebih berhati-hati.
3. Permintaan pembayaran penuh tanpa kontrak yang jelas
Syarikat pengendali umrah yang jujur akan menyediakan resit dan kontrak rasmi selepas pembayaran dilakukan. Sekiranya sesebuah syarikat meminta pembayaran penuh serta memaklumkan hanya tinggal beberapa kekosongan pada tarikh yang ingin anda pergi, mungkin anda perlu lebih berhati-hati. Selain itu, pastikan anda membuat pembayaran ke akaun rasmi syarikat dan bukannya kepada akaun individu.
4. Mempunyai rekod perkhidmatan yang meragukan
Sebelum anda pergi menunaikan umrah, anda dinasihatkan untuk mendapatkan pendapat daripada mereka yang pernah menunaikannya. Hal ini kerana anda akan mempunyai lebih pengetahuan dan penjelasan mengenai syarikat-syarikat yang menawarkan servis yang baik atau sebaliknya. Selain itu, sekiranya anda mendapati terdapat syarikat yang mempunyai rekod atau sejarah yang meragukan, mungkin itu petanda untuk anda berhati-hati jika mahu meneruskan untuk mengambil pakej daripada syarikat berkenaan.
5. Tidak mempunyai jadual perjalanan yang jelas
Sesebuah syarikat yang profesional dan ikhlas pastinya sudah mempunyai jadual perjalanan yang terperinci terdiri daripada tarikh keberangkatan, penginapan, dan aktiviti di Tanah Suci. Jika anda mendapati syarikat yang masih belum mempunyai jadual yang jelas, mungkin itu salah satu tanda red flag daripada syarikat umrah berkenaan. Anda juga dinasihatkan untuk mendapatkan jadual yang jelas dan penuh sebelum membuat bayaran sepenuhnya.
6. Tidak jujur dengan butiran pakej yang ditawarkan
Sebagai pengguna atau para jemaah, pastinya anda mahukan informasi penuh diberikan agar tidak tertipu di kemudian hari. Syarikat yang tidak jujur cenderung tidak memberikan maklumat lengkap tentang perkhidmatan seperti jenis penginapan, jarak hotel ke Masjidil Haram, atau jenis penerbangan. Sekadar memaklumkan penginapan hotel 3 bintang tanpa memberi nama hotel atau lokasi sebenar pastinya membuatkan para jemaah berasa tertipu. Oleh itu, Pastikan semua butiran tertulis dan tanya secara terperinci sebelum bersetuju.
7. Tiadanya sokongan selepas membuat bayaran
Sebagai sebuah syarikat yang menguruskan orang ramai melakukan ibadah, pastinya syarikat tersebut menyediakan sokongan khidmat seperti konsultasi, sesi taklimat, atau bimbingankepada para jemaah sebelum berangkat. Setidaknya menawarkan servis yang membantu menjawab pertanyaan pelanggan agar pelanggan jelas dengan apa yang dibayar serta bakal diterima.
Kesimpulan
Antara langkah yang boleh dilakukan oleh bakal jemaah adalah membuat kajian secara mendalam mengenai syarikat yang ingin diambil serta mendapatkan pengalaman para jemaah yang pernah menggunakan servis syarikat berkenaan. Selain itu, pastikan syarikat yang dipilih adalah syarikat yang berlesen dan berwaspa dengan tawaran harga yang tidak masuk akal. Selain itu, pastikan transaksi disimpan secara rapi manakala dokumen ditulis secara formal. Berdasarkan 7 tips red flag mengenai syarikat-syarikat umrah dan haji ini, kami berharap agar usaha murni anda untuk melakukan ibadah haji dan umrah dipermudah serta dapat dielakkan daripada syarikat-syarikat yang tidak mementingkan kejujuran.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang