Jom rancang percutian menarik di Kota Kinabalu! Nak tahu kereta sewa bajet Kota Kinabalu? Ikuti artikel ini sehingga habis.
Dengan tentatif perancangan yang baik, anda akan bercuti sepuas hati dengan mengurangkan risiko buruk terjadi sepanjang percutian anda nanti. Tambah pula, tidak mempunyai kenalan atau keluarga di bumi Sabah, ini akan menyulitkan lagi perjalanan anda sepanjang bercuti nanti.
Sebab itulah anda perlukan tentatif yang lengkap dan teratur. Tempat lawatan pula harus disusun mengikut jarak lokasi, mengambil kira kesesuaian peringkat umur ahli rombongan, bajet yang diperuntukkan dan juga tempoh masa percutian anda di Kota Kinabalu nanti. Mari baca perkongsian artikel seterusnya untuk mengetahui 5 tempat wajib pergi di Kota Kinabalu!
#1 Pasar Filipina Sabah
Terletak di Pusat Bandar Kota Kinabalu, Pasar Filipina menjadi tumpuan pelancong dari luar Sabah dan juga penduduk tempatan sendiri. Di sini anda boleh lihat lambakan jualan hasil laut yang jarang kita jumpa di Semenanjung Malaysia dan dijual dengan harga yang murah. Lagi murah jika anda pandai tawar menawar. Anda boleh beli makanan laut segar di Pasar Filipina Sabah dan bawa ke restoran untuk terus dimasak. Sangat menyelerakan bila dapat makan makanan laut yang segar.
#2 Taman Tunku Abdul Rahman
Bagi anda yang sukakan laut dan aktiviti air, anda disarankan untuk pergi ke Taman Tunku Abdul Rahman atau dikenali juga sebagai Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Terdiri daripada 5 buah pulau yang berhampiran iaitu Pulau Manukan, Sapi, Gaya, Sulug dan Mamutik. Di sini ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuklah snorkeling, berkayak, menyelam skuba, mandi manda, dan sebagainya.
#3 Pantai Tanjung Aru
Bagi anda yang sukakan ketengangan laut dan kecantikan sunset, menjadi kerugian jika anda tidak singgah di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Pemandangan sunset Pantai Tanjung Aru cukup terkenal sebagai pemandangan sunset paling cantik di Asia. Selain melihat pemandangan yang cantik, boleh juga anda lepak sambil makan-makan di deretan kedai makan di Pantai Tanjung Aru.
#4 Mari Mari Cultural Village
Mahu mendekati semua etnik dan budaya di Sabah merupakan suatu yang mustahil. Jimat masa dan tenaga, anda hanya perlu ke Perkampungan Budaya Mari Mari yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Di sini, anda boleh lihat dengan dekat bagaimana budaya mereka, dialek, sumber pekerjaan, makanan dan juga gaya hidup mereka. Malah, anda juga diberi kebenaran untuk mencuba sendiri aktiviti lasak etnik di Sabah dengan pemantauan rapi dari pihak pengurusan Perkampungan Budaya Mari Mari.
#5 I Love KK Sign
Wajib hadir di mercu tanda Kota Kinabalu untuk menandakan anda sudah menjejakkan kaki di Kota Kinabalu. Tidak sah rasanya kalau tidak bergambar di ‘I LOVE KK’ ini untuk mengabdikan kenangan percutian menarik anda di Kota Kinabalu.
Kalau mahu ke semua tempat yang dikongsikan, anda perlu merancang perjalanan anda dengan rapi. Lagi mudah bila anda dapatkan kereta kereta sewa KK murah. NH Travel menyediakan servis kereta sewa harga bajet di Kota Kinabalu. Servis NH Travel sangat berkualiti, cepat dan keadaan kereta terbaik menjadikan NH Travel adalah syarikat kereta sewa terbaik di Kota Kinabalu.
NH Travel menawarkan harga sewa kereta mewah Vellfire yang murah dan berpatutan. Rasakan pemanduan dan pengalaman yang berbeza bercuti menaiki Toyota Vellfire di Kota Kinabalu. Toyota Vellfire akan membantu anda dan keluarga bercuti dengan selesa dengan ruang tempat duduk yang selesa, ruang bagasi yang luas dan juga pemanduan yang lebih baik. Percutian di Kota Kinabalu dengan Toyota Vellfire NH Travel pasti lebih mengujakan untuk semua.
NH Travel juga menyediakan anda pemandu sekiranya anda mahu lebih menikmati percutian anda di Kota Kinabalu. Pemandu yang diberikan merupakan pemandu yang sudah tahu tempat yang patut dilawati, arif perihal selok belok jalan di Kota Kinabalu dan juga merupakan pemandu yang berpengalaman. Ini akan menjimatkan masa anda dan juga memudahkan perjalanan dari satu tempat ke satu tempat di Kota Kinabalu.
NH Travel menawarkan polisi tempahan dan pembatalan yang fleksibel. Keutamaan NH Travel adalah kepuasan anda. Tempah sekarang kereta sewa bajet murah di Kota Kinabalu! Untuk info lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi di talian hotline 013-865 8484, 088-25 8484 atau 010-810 8484. Ataupun boleh juga WhatsApp mereka dengan klik butang di bawah!
dengan NH Travel Sabah
N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd
Kereta Sewa Berkualiti Dalam Harga Bajet
Tempah Sekarang