Bagi yang merancang untuk travel ke Kota Kinabalu, pasti perlukan kereta sewa terbaik di Kota Kinabalu. Pastikan baca artikel hingga akhir untuk kereta sewa harga terendah.
Keindahan di Kota Kinabalu akan menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung dan merasai keseronokan melancong di negeri di bawah bayu ini. Sesuai dengan namanya, keindahan suasana dan tempat yang menarik juga membuatkan pelancong kerap kali berkunjung ke Kota Kinabalu.
Percutian yang membuatkan anda berasa sangat gembira dan tenang bermula dengan tempahan hotel yang lancar dan sewaan kenderaan yang selesa dan bersesuaian.
Anda boleh menggunakan perkhidmatan N HELZY RENT A CAR & TRAVEL SDN. BHD. untuk mendapatkan kereta sewa yang boleh membawa anda menelusuri keindahan Kota Kinabalu. Ikuti beberapa panduan di bawah untuk mendapatkan kereta sewa terbaik di Kota Kinabalu.
Antara perkara yang harus anda buat ketika membuat pemilihan servis kereta sewa terbaik di Kota Kinabalu termasuk:
Memilih kenderaan yang sesuai adalah amat penting bagi pelancong terutamanya yang memandu sendiri ke tempat-tempat menarik. Kenderaan yang anda pilih haruslah bersesuaian jumlah penumpang dan jarak yang akan anda lalui. Anda juga perlu memilih kenderaan yang bersih, selamat dan kondusif untuk digunakan. Pilih kenderaan yang telah anda biasa memandu dan ada mahir menggunakannya.
Jenis kenderaan juga amat penting bagai memastikan anda dan penumpang lain selesa dan terdapat ruang bagasi yang sesuai dengan barang dan beg yang anda bawa. Pilih kenderaan yang sedikit besar jika penumpang anda ramai atau barang yang anda bawa banyak. Keselesaan dalam perjalanan dan amat penting kerena perjalanan anda akan mengunakan kereta seharian. Lebih banyak masa anda habiskan di dalam kereta sewa berbanding di bilik hotel. N HELZY RENT A CAR & TRAVEL SDN. BHDÂ menawarkan beberapa jenis kenderaan yang sesua untuk percutian anda.
Kereta kompak ialah kereta yang sesuai untuk keluarga kecil atau melancong bersendirian dan dalam perjalanan perniagaan. Kereta kompak ialah kereta yang mudah meluncur di atas jalan kerana saiznya yang kecil dan tidak memerlukan anda untuk mengendalikannya. Selain itu, ia menjimatkan minyak enjin petrol. Kereta yang ditawarkan oleh NH Travel Sabah adalah kereta Perodua Axia, Perodua Axia (New 2020) dan Perodua Myvi.
Kereta sedan lebih luas dan boleh memuatkan sehingga 4-5 orang dalam satu masa. Ia mempunyai ruang bagasi yang luas yang membolehkan anda membawa barang-barang yang diperlukan di dalam bagasi. Ia juga mempunyai bahagian dalam yang selesa, membolehkan anda merehatkan kaki dan badan di dalam kereta selepas perjalanan yang jauh. Kereta yang di sediakan adalah kereta Proton Saga, Perodua Bezza dan Toyota Vios.Â
Kereta jenis MPV lebih sesuai jika anda mempunyai keluarga besar dan inginkan kereta yang boleh membawa anda sekeluarga menaiki kereta sekaligus memberikan perjalanan yang selesa. MPV boleh memuatkan sehingga 10 orang bergantung kepada model. Jadi, jika anda bercadang untuk membawa keluarga besar, anda boleh membeli kereta jenis MPV. Model kereta MPV yang ditawarkan oleh NH Travel Sabah adalah Perodua Alza, Perodua Aruz, Toyota Innova, Toyota Fortuner, Hyundai Starex dan Vellfire.
Kenderaan seperti van amat disarankan bagi membawa keluarga besar untuk bercuti atau ke kawasan yang diingini. Van yang di sediakan adalah van 14 seater.
Penggunaan kereta 4X4 amat bersesuaian dengan kawasan bentuk muka bumi yang tidak rata seperti jalan hutan dan jalan yang tiada tar. Ruang yang luas di bahagian belakang pula boleh digunakan untuk meletakkan pelbagai barang dalam kuantiti yang banyak. Model kereta 4X4 yang disediakan adalah Toyoto Hilux, Navara dan Mitsubishi Triton.
Setelah anda memilih syarikat dan kenderaan yang anda inginkan, baca terma dan syarat sewaan yang telah syarikat sewa sediakan. Jika syarikat sewaan memberikan terma dan syarat dalam talian, simpan salinan syarat tersebut dalam pelbagai bentuk seperti dalam ’soft copy’ dan ’hard copy’. Ini memudahkan anda jika terdapat keperluan kelak.
Anda sebegai penyewa perlu merancang perjalanan anda tiba di tempat yang telah dijanjikan dan masa yang diperlukan untuk anda mengambil kereta tersebut seperti masa pemeriksaan imigresen dan proses mengambil bagasi. Ini amat penting bagi anda dan syarikat membuat perjanjian dan perkiraan.
Seeloknya anda dapatkan insurans percutian atau insurans diri yang boleh melindungi anda. Selain itu, anda boleh bertanyakan kepada syarikat sewa kenderaan yang anda pilih sama ada mereka mempunyai insurans kereta atau syarikat.
Jika anda telah merancang melancong ke Kota Kinabalu, selain mencari tempat tinggal untuk anda bermalam, sila tempah kenderaan yang bakal anda gunakan seawal mungkin. Ini bagi mengelakkan anda dikenakan caj yang mahal jika anda menempah kereta di lapangan terbang sewaktu anda sampai di sana.
Tempahan awal juga mengelakkan anda kelam kabut dan dapat memilih dan menyesuaikan kereta yang anda pilih dan kegunaannya nanti. Pemilihan awal membolehkan anda membanding beza jika terdapat beberapa syarikat kenderaan yang menepati citarasa dan kewangan anda.
Ada pelbagai masalah jika anda menempah lewat antaranya bayaran yang mahal tapi kenderaan tidak selesa dan tidak selamat, masa anda juga akan terbuang di lapangan terbang dan juga anda mungkin akan ditipu kerana anda telah terdesak.
Apabila anda menyewa kereta, anda boleh pergi ke mana sahaja yang anda mahu mengikut keperluan anda sendiri. Jadi, terdapat beberapa petua yang lebih cepat dan mudah untuk membantu anda menikmati keseronokan dan kebebasan menyewa kereta, tanpa sebarang tekanan. Ini adalah tips untuk kita sebagai penyewa perlu tahu sebelum menyewa kenderaan terutamanya kereta.
Jika anda inginkan kemudahan dan penjimatan, maka anda mungkin mahu menempah dan menempah dalam talian. Syarikat penyewaan kereta terbaik biasanya mempunyai tapak web di mana anda boleh mencari bukan sahaja maklumat sewaan yang berguna, tetapi juga cara menempah dan menempah.
Syarikat N Hezly Rent A Car Sdn Bhd (NH Travel Sabah) mempunyai laman Facebook, Instagram, alamat emel (info@nhelzyrentacar.com /nhtravelsabah@gmail.com) dan talian WhatsApp mereka tersendiri. Hal ini boleh memudahkan pengguna untuk membuat tempahan dengan cepat.
Wajib bagi anda memilih syarikat kenderaan yang berdaftar dan sah lesen. Keselamatan amat penting dalam melancong barulah hati dan jiwa kita tenang. Syarikat kenderaan yang berdaftar ini sudah tentu memenuhi syarat dan mempunyai tahap keselamatan kereta yang baik. Anda boleh menyemak syarikat kenderaan yang berdaftar di laman MOTAC.
Kepercayaan ini boleh dikuatkan dengan maklum balas pengguna sebelum ini di laman sosial juga laman sesawang syarikat tersebut. Ini boleh dijadikan kayu pengukur untuk anda memilih syarikat yang baik dan bagus.
Syarikat N Hezly Rent A Car & Travel Sdn Bhd telah medapat perakuan perniagaan bernombor 1169312V dan telah diperakui dalam pengurusan pelancongan di Negeri Sabah!
Dalam percutian, kenalpasti kos dan caj yang bakal dikenakan. Jika anda menyewa kenderaan, pastikan anda tahu kos dan caj lain yang bakal anda bayar. Selain itu, pastikan anda tahu caj lain seperti kad parking kenderaan yang perlu dibeli sendiri. Asingkan duit untuk bayaran sewa kereta supaya tidak digunakan. Perkiraan yang baik membantu anda tenang dalam percutian anda.
Sebelum anda menyewa kenderaan, anda perlu menyediakan beberapa dokumen seperti salian IC, salinan lesen memandu dan beberapa dokumen lain untuk menyewa kenderaan. Sediakan awal, buat salinan lebih dan simpan supaya mudah anda ambil jika diperlukan nanti.
Selepas anda telah membayar dan bersetuju untuk mengambil kenderaan, pastikan dengan syarikat yang memberi sewa di mana tempat atau lokasi yang telah dipersetujui untuk mengambil dan memulangkan kenderaan.
Pastikan kenderaan yang anda pulangkan berada dalam keadaan baik seperti yang telah diberikan kepada anda. Dapatkan juga nombor untuk anda hubungi jika berlaku masalah di dalam perjalanan atau percutian anda seperti kerosakan tayar pancit atau sebagainya. Sebagai pemilik kereta dan penduduk tetap kawasan tersebut, mereka lebih mahir dan lebih mengetahui cara menyelesaikan masalah tersebut.
Boleh tempah kemudahan sewa kereta terbaik di KK sekarang! Anda boleh menghubungi mereka untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai pakej yang ditawarkan atau untuk urusan tempahan kereta sewa di talian hotline 013-865 8484, 088-25 8484 atau 010-810 8484. Ataupun boleh juga WhatsApp mereka dengan klik butang di bawah! Selamat mencuba.
dengan NH Travel Sabah
N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd
Kereta Sewa Berkualiti Dalam Harga Bajet
Tempah Sekarang