Umum
Feb 10, 2023, 9:03pm

Panduan Lengkap Untuk Sewa Kereta Di Kota Kinabalu: Tips Cari Kereta Sewa Terbaik


Anda merancang trip ke Kota Kinabalu? Bagaimana pula dengan urusan travel anda di sana? Untuk cari servis kereta sewa yang sesuai, anda harus mempunyai panduan lengkap untuk sewa kereta di Kota Kinabalu. Terdapat banyak syarikat yang menawarkan servis sewaan kereta sekarang berikutan permintaan yang tinggi dalam bidang ini. Mudah untuk kita mendapatkan syarikat atau orang persendirian yang menjalankan perkhidmatan sewaan kereta tidak kira di bandar atau juga di luar bandar. Namun sebagai penyewa, kita perlu tahu beberapa perkara sebelum menyewa kereta. Ikuti artikel sehingga akhir untuk ketahui panduan lengkap untuk sewa kereta di Kota Kinabalu.

trip ke Kota Kinabalu dengan kereta sewa

Apabila anda menyewa kereta, anda boleh pergi ke seluruh tempat menarik di Sabah mengikut keperluan anda sendiri. Jadi, terdapat beberapa petua yang lebih cepat dan mudah untuk membantu anda menikmati keseronokan dan kebebasan menyewa kereta, tanpa sebarang tekanan. Ini adalah tips untuk kita sebagai penyewa perlu tahu sebelum menyewa kenderaan terutamanya kereta.

  1. Cari syarikat sewa kereta yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan
  2. Rancang perjalanan dan ketibaan kenderaan
  3. Pilih kereta yang sesuai dengan penggunaan
  4. Dapatkan harga sewaan
  5. Bandingkan harga sewaan
  6. Baca terma dan syarat sewaan
  7. Dapatkan maklumat untuk caj lain
  8. Pastikan terdapat insurans
  9. Periksa kerosakkan kenderaan sebelum mengambil kenderaan

CARI SYARIKAT YANG DIYAKINI – N HELZY RENT A CAR & TRAVEL

Jika anda berada di kawasan Kota Kinabalu, anda boleh menggunakan Perkhidmatan NH Travel Sabah yang menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang murah dan berpatutan. Mereka menawarkan pelbagai model kereta untuk memenuhi keperluan anda. Model kereta yang ditawarkan termasuk jenis kompak, sedan dan MPV.

PANDUAN LENGKAP UNTUK SEWA KERETA DI KOTA KINABALU

  • DAPATKAN HARGA SEWAAN DAN KOS

Setelah anda meyakini syarikat yang anda pilih, dapatkan harga sewaan kenderaan setiap jenis kenderaan. Minta menu list pada syarikat tersebut dan buat kiraan kos. Kiraan kos termasuk kos sewa kenderaan, minyak dan caj lain atau aksesori lain kenderaan.

cari servis kereta sewa terbaik

Kos kenderaan di darab dengan jam dan hari. Penggunaan minyak kenderaan semasa menggunakan kereta dan juga aksesori lain seperti bayaran tempat letak kereta di sesuatu tempat. Penting bagi anda mengetahui kos minyak kerana penggunaan minyak ditanggung oleh penyewa. Selalunya, pihak syarikat sewa akan mengurangkan sedikit harga sewaan jika kereta disewa dalam kadar yang lama. Jadi anda perlu mendapatkan harga untuk keperluan pengguanaan anda.

  • BANDINGKAN HARGA SEWAAN 

Anda pasti mencari beberapa syarikat sewa kereta sebelum memutuskan untuk menyewa dengan syarikat berkenaan. Tidak salah jika anda membandingkan harga yang syarikat sewa berikan. Ini akan memberikan kelebihan kepada anda untuk mendapatkan perkhidmatan dan harga yang terbaik. Bandingkan harga sewaan melalui jenis kenderaan yang ditawarkan, harga sewaan jam dan hari dan kos minyak kenderaan tersebut. Pilih jenis, harga dan kos minyak yang terbaik. Kos yang termurah bukanlah yang terbaik jika kenderaan tidak selesa dengan anda.

  • PILIH KERETA YANG SESUAI DENGAN PENGGUNAAN

Pemilihan kenderaan perlulah bersesuaian dengan penggunaan anda dan aktiviti yang akan anda lakukan. Jika penggunaan untuk jalan-jalan atau aktiviti yang lain perlulah bersesuaian dengan kenderaan yang anda sewa. Penggunaan yang sesuai perlu bagi menentukan jenis kereta. Kadang kala aktiviti yang tidak sesuai membuatkan anda rasa kereta yang anda sewa tidak memenuhi keperluan anda.

pilih kereta sewa yang sesuai

JENIS KENDERAAN YANG DITAWARKAN DI NH TRAVEL SABAH

Pilih juga kenderaan yang anda selesa dan biasa anda pandai kendalikan. Jangan pilih kenderaan yang anda kurang mahir dan tidak selesa. Kos yang rendah kadang kala tidak menjadi perkara yang terbaik. Tiga jenis kenderaan yang ditawarkan NH Travel Sabah adalah jenis kompak, sedan dan MPV.

  1. Kereta Kompak

kereta sewa Axia harga termurah

Kereta kompak ialah kereta yang sesuai untuk keluarga kecil atau melancong bersendirian dan dalam perjalanan perniagaan. Kereta kompak ialah kereta yang mudah meluncur di atas jalan kerana saiznya yang kecil dan tidak menyukarkan anda untuk mengendalikannya. Selain itu, ia menjimatkan minyak enjin petrol. Kereta yang ditawarkan oleh NH Travel Sabah adalah kereta Perodua Axia, Perodua Axia (New 2020) dan Perodua Myvi.

  1. Kereta Sedan

kereta sedan pilihan terbaik kereta sewa

Kereta sedan lebih luas dan boleh memuatkan sehingga 4-5 orang dalam satu masa. Ia mempunyai ruang bagasi yang luas yang membolehkan anda membawa barang-barang yang diperlukan di dalam bagasi. Ia juga mempunyai bahagian dalam yang selesa, membolehkan anda merehatkan kaki dan badan di dalam kereta selepas perjalanan yang jauh. Kereta yang disediakan adalah kereta kereta Proton Saga, Perodua Bezza dan Toyota Vios. 

  1. Kereta MPV

kereta mpv kereta sewa kota kinabalu

Kereta jenis MPV lebih sesuai jika anda mempunyai keluarga besar dan inginkan kereta yang boleh membawa anda sekeluarga menaiki kereta sekaligus memberikan perjalanan yang selesa. MPV boleh memuatkan sehingga 10 orang bergantung kepada model. Jadi, jika anda bercadang untuk membawa keluarga besar, anda boleh membeli kereta jenis MPV. Model kereta MPV yang ditawarkan oleh NH Travel Sabah adalah Perodua Alza, Perodua Aruz, Toyota Innova, Toyota Fortuner, Hyundai Starex dan Vellfire.

  1. Van

kereta sewa van di kk

Kenderaan seperti van amat disarankan bagi membawa keluarga besar untuk bercuti atau ke kawasan yang diingini. Van yang di sediakan adalah van 14 seater.

  1. Kenderaan 4X4

kereta 4x4 untuk kereta sewa

Penggunaan kereta 4X4 amat bersesuaian dengan kawasan bentuk muka bumi yang tidak rata seperti jalan hutan dan jalan yang tiada tar. Ruang yang luas di bahagian belakang pula boleh digunakan untuk meletakkan pelbagai barang dalam kuantiti yang banyak. Model kereta 4X4 yang disediakan adalah Toyoto Hilux, Navara dan Mitsubishi Triton.

PERKARA PENTING UNTUK SEWA KERETA YANG WAJIB ANDA BERI PERHATIAN

  • BACA TERMA DAN SYARAT SEWAAN

kereta sewa kota kinabalu

Setelah anda memilih syarikat dan kenderaan yang anda inginkan, baca terma dan syarat sewaan yang telah syarikat sewa sediakan. Jika syarikat sewaan memberikan terma dan syarat dalam talian, simpan salinan syarat tersebut dalam pelbagai bentuk seperti dalam ’soft copy’ dan ’hard copy’. Ini memudahkan anda jika terdapat keperluan kelak.

  • RANCANG PERJALANAN DAN KETIBAAN KENDERAAN 

Anda sebegai penyewa perlu merancang perjalanan anda tiba di tempat yang telah dijanjikan dan masa yang diperlukan untuk anda mengambil kereta tersebut seperti masa pemeriksaan imigresen dan proses mengambil bagasi. Ini amat penting bagi anda dan syarikat membuat perjanjian dan perkiraan.

  • PASTIKAN ADA INSURANS

kereta sewa kk selamat

Seeloknya anda dapatkan insurans percutian atau insurans diri yang boleh melindungi anda. Selain itu, anda boleh bertanyakan kepada syarikat sewa kenderaan yang anda pilih sama ada mereka mempunyai insurans kereta atau syarikat.

  • PERIKSA KEROSAKAN KENDERAAN SEBELUM MENGGUNAKAN DAN MAKLUMAT UNTUK CAJ LAIN

Selepas anda mendapatkan kereta dari syarikat, anda perlu memeriksa kerosakan atau masalah yang telah ada sebelum anda memandu kereta tersebut. Ambil gambar dan simpan sebagai bukti anda tidak melakukan kerosakan itu. Ini amat penting anda lakukan kerana selepas anda memulangkan kereta, pihak syarikat kereta akan memeriksa dan mengenakan caj lebih jika anda merosakkan atau membuat masalah pada kereta sewa anda.

Sebagai penyewa, anda berhak mendapatkan maklumat bagi caj lain yang anda perlu tahu. Sebagai contoh penyewa perlu tahu caj tambahan lain yang dikenakan. Ini berlaku jika anda melanggar terma dan syarat atau ada syarat lain yang dikenakan. Sesetengah pemilik kereta mengenakan syarat  untuk lebihan masa penggunaan, masa pemulangan yang tidak sesuai, kerosakan yang berlaku atau masalah-masalah lain.

TESTIMONI PELANGGAN KERETA SEWA N HELZY RENT A CAR & TRAVEL

pelanggan kereta sewa kk pelanggan puas hati dengan servis kereta sewa kk testimoni pelanggan kereta sewa kk

Boleh tempah kemudahan sewa kereta terbaik di KK sekarang! Anda boleh menghubungi mereka untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai pakej yang ditawarkan atau untuk urusan tempahan kereta sewa di talian hotline 013-865 8484, 088-25 8484 atau 010-810 8484. Ataupun boleh juga WhatsApp mereka dengan klik butang di bawah! Selamat mencuba.

Jom Dapatkan Kereta Sewa Dalam Harga Terendah

dengan NH Travel Sabah

N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd

Kereta Sewa Berkualiti Dalam Harga Bajet

Tempah Sekarang
Social Media

Lot C18-2, 1st Floor, Kepayan Perdana Commercial Centre, Jalan Lintas, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Jom Dapatkan Kereta Sewa Dalam Harga Terendah

dengan NH Travel Sabah

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Kereta Sewa Dalam Harga Terendah

dengan NH Travel Sabah