Kota Kinabalu merupakan satu tempat pelancongan yang sangat popular di Malaysia. Berbeza dengan tempat pelancongan lain, Kota Kinabalu menawarkan anda pelbagai variasi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama keluarga dan juga percutian bersama dengan rakan-rakan. Antara tempat popular yang wajib singgah di Kota Kinabalu adalah Pasar Filipina, Taman Laut Tunku Abdul Rahman, Pantai Tanjung Aru, Mari-Mari Cultural Village, Kota Kinabalu Wetland Centre, Gunung Kinabalu dan banyak lagi tempat menarik di Kota Kinabalu.
Bagi mendapatkan nikmat melancong yang sebenar, semestinya anda perlu memilih jenis pengangkutan yang terbaik. Tambah pula bila anda berkunjung ke Kota Kinabalu bersama anak-anak yang kecil, keluarga yang ramai, rakan-rakan baik, dan juga sedang berbulan madu. Sudah pasti anda mahukan privasi dan juga keselesaan bukan? Semestinya ya! Artikel ini akan membantu anda untuk bercuti dengan lebih berkualiti dan berbaloi di Kota Kinabalu.
Untuk memudahkan anda bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain, anda disarankan untuk mencari perkhidmatan sewa kereta terbaik di Kota Kinabalu. Ini akan memudahkan anda untuk menyimpan barang-barang peribadi, barang yang berharga dan juga untuk keselesaan. Di sini di kongsikan beberapa panduan untuk mencari kemudahan sewa kereta terbaik di Kota Kinabalu. Panduan ini akan mengelakkan anda daripada terdedah kepada risiko-risiko yang buruk terjadi semasa percutian anda nanti.
Anda harus memilih perkhidmatan sewa kereta yang mempunyai kepelbagaian pilihan jenis kereta. Apabila sesebuah perkhidmatan sewa kereta menawarkan kepelbagaian pilihan kereta, maka anda boleh membuat pilihan yang bijak berdasarkan jumlah orang dan juga mengikut kesesuaian bajet anda. Anda tidak perlu menyewa kenderaan MPV yang besar sekiranya anda hanya datang berdua sahaja. Dan juga sebaliknya, sekiranya datang dengan jumlah yang ramai, anda perlu memilih saiz kenderaan yang lebih besar dan selesa.
Syarikat perkhidmatan kereta sewa haruslah sah dan juga berdaftar dengan pihak berwajib bagi mengelakkan berlaku kes kecurian, harga yang terlalu tinggi dan juga kes kemalangan.
Anda jangan sesekali setuju sewa kereta tanpa memeriksa lanjut keadaan kereta yang diberikan terlebih dahulu. Untuk mengetahuinya, anda boleh baca testimoni daripada pengalaman pelanggan sebelum dan juga memeriksa laman web servis tersebut dahulu. Pilihlah perkhidmatan sewa kereta yang menyediakan kereta sewa yang bersih, baru, dan diselia dengan keadaan baik dan terjaga.
Sebelum anda menempah kereta sewa, anda harus membuat tinjauan harga dan perbandingan harga terlebih dahulu. Servis yang murah tidak bermaksud pilihan bijak. Anda perlu ketahui harga yang murah haruslah berbaloi dengan servis yang ditawarkan. Anda perlu merancang tempoh percutian anda di Kota Kinabalu, berapa bilangan pelancong dan juga bajet yang anda sediakan. Semuanya akan jadi mudah nanti!
NH Travel merupakan syarikat Sendirian Berhad yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). NH Travel adalah hak milik 100% bumiputera yang juga menyediakan servis kereta sewa kepada sektor kerajaan. Selain itu, NH Travel juga berkolaborasi bersama Badan Pelancongan Negeri Sabah, Malindo Airlines, Malaysia Airlines, Air Asia, Scoot Airlines dan banyak lagi.
Bagi anda yang risau untuk mencari kemudahan sewa kereta terbaik di KK, NH Travel adalah penyelamat anda. Anda boleh menempah kemudahan sewa kereta NH Travel secara dalam talian dengan mudah. Pilihan kereta juga banyak di NH Travel termasuklah kereta Axia, Saga, Bezza, Myvi, Alza, Vios, Aruz, Hilux, Innova dan Nissan Urvan. Semua kereta diservis dengan baik, bersih dan juga selesa.
Anda boleh tentukan di mana anda mahu ‘pick up point’. Sangat mudah bukan? Anda boleh meminta kereta dihantar ke lapangan terbang, hotel atau tempat penginapan anda. Selain itu, anda juga boleh membuat pilihan kereta berdasarkan bajet anda serta bilangan ahli yang datang bercuti di Kota Kinabalu.
Jangan lupa bertanya tentang diskaun istimewa! NH Travel menawarkan tawaran diskaun yang menarik semua pelanggan sewa kereta mereka. Malah, tawaran diskaun akan diberikan lebih banyak bagi anda yang ingin datang bercuti dengan lebih lama. Sebab itulah, anda sudah boleh mula merancang percutian menarik anda di Kota Kinabalu bermula hari ini!
Jom rancang percutian menarik di Kota Kinabalu! Boleh tempah kemudahan sewa kereta terbaik di KK sekarang!
Anda boleh menghubungi mereka untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai pakej yang ditawarkan atau untuk urusan tempahan kereta sewa di talian hotline 013-865 8484, 088-25 8484 atau 010-810 8484. Ataupun boleh juga WhatsApp mereka dengan klik butang di bawah!
dengan NH Travel Sabah
N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd
Kereta Sewa Berkualiti Dalam Harga Bajet
Tempah Sekarang