Review
Jan 6, 2021, 7:30pm

Sutra Maya Spa Wanita Di Melaka


Ramai yang percaya bahawa menggunakan perkhidmatan spa hanyalah cara untuk memanjakan diri. Sebenarnya, rawatan spa penting untuk membantu anda menjaga kesejahteraan fizikal, mental dan emosi, terutamanya apabila ianya merupakan elemen-elemen penting dalam rutin kesejahteraan biasa anda. 

Kelebihan Pengalaman Spa Anda

Menikmati rawatan spa dapat memberikan anda banyak kebaikan untuk kesejahteraan badan serta minda anda. Antara kelebihan-kelebihan lain termasuklah:

  1. Regular massage dapat membantu menenangkan sistem saraf dan meningkatkan kesegaran dan kesejahteraan minda dan badan.
  2. Dengan mendapatkan rawatan spa secara berterusan, anda akan dapat mengurangkan stres secara semula jadi di mana anda akan rasa kurang gelisah dan juga mengurangkan kemurungan.
  3. Rawatan spa merangsang peredaran darah untuk mengoptimumkan penghantaran oksigen dan nutrien ke sel anda dengan meningkatkan aliran darah ke hujung kaki anda.
  4. Mendapatkan urutan secara bulanan dapat membantu untuk mencegah dan melegakan kekejangan otot serta kekejangan yang berlaku ketika otot menjadi tegang akibat tekanan dan aktiviti fizikal.
  5. Rawatan panas (heat treatment) secara berkala sangat berkesan bagi mereka yang menderita dengan kesakitan kronik yang berterusan.

Jadi, jangan rasa bersalah untuk menempah sesi anda di spa terdekat kerana rawatan spa mempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan fizikal dan mental anda, bukanlah hanya rawatan mewah. 

Khas Untuk Wanita – Sutra Maya Spa Di Melaka


Sutra Maya Spa berkonsepkan gabungan Nusantara antara tradisional Melayu dan Bali. Kepakaran spa ini adalah adunan rawatan berdasarkan amalan tradisi Melayu zaman nenek moyang yang menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti rempah ratus, tumbuh-tumbuhan, herba dan bunga-bungaan terpilih serta berkualiti tinggi sebagai ramuan utama rawatan. Anda boleh menikmati rawatan kombinasi eklektik kontemporari dan tradisional di spa ini, di mana segala keresahan dan tekanan yang bersangkar di jiwa dan minda akan berterbangan sehingga menjadikan tubuh dan wajah anda kembali segar, cergas serta cantik berseri. 

Keistimewaan spa ini terletak pada suasananya yang nyaman, tenang dan damai serta bersulamkan bau-bauan aromaterapi yang memenuhi segenap ruang serta persekitaran yang menyuntik ketenangan jiwa.

Pelbagai Pakej Dan Rawatan Eksklusif Untuk Anda

Di Sutra Maya Spa, anda boleh memilih pakej mengikut kehendak dan keperluan anda. Mereka menawarkan banyak pakej mengikut kesesuaian para pelanggan. Selain iu, pakej-pakej yang ditawarkan adalah dalam kadar yang berpatutan. Di Sutra Maya Spa, anda boleh menikmati rawatan spa dalam harga semurah RM40 sahaja. 

Antara pakej rawatan Sutra Maya Spa yang dapat anda nikmati, seperti berikut: 

  1. Pakej Sutra Samara

    – Foot Bath
    – Full Body Massage
    – Full Body Scrub
    – Milk Bath
    – Ginger Drink

  2. Pakej Pawana

    – Foot Bath / FIR Sauna
    – Full Body Massage
    – Bekan Sunnah 15 Points
    – Ginger Drink

  3. Pakej Sutra Calysta (Detox)

    – FIR Sauna
    – Full Body Massage
    – Herbal Compress / Tangas
    – Full Body Scrub
    – Herbal Bath
    – Ginger Drink

  4. Pakej Sutra Rania (khas untuk bakal pengantin)

    – Foot Bath
    – Full Body Massage
    – Full Body Scrub
    – Floral Bath
    – Pedi / Mani
    – Vit. C Facial
    – Ginger Drink

Pakej Signature Sutra Maya Spa Yang Perlu Dicuba
Rawatan yang terhasil daripada aromaterapi dan amalan tradisi Melayu menjadikan seluruh terapi yang ditawarkan di spa ini amat efektif dan sesuai dijalani oleh semua. Jadi, anda haruslah cuba pakej signature Sutra Maya. Dalam pakej ini, anda dapat menikmati:

  • Foot Bath / FIR Sauna
  • Full Body Scrub
  • Full Body Massage
  • Body Mask
  • Creambath
  • Floral Bath
  • Gold Treatment Facial
  • Ginger Drink

Pakej ini direka khas untuk yang ingin menikmati rawatan spa dan terapi untuk rejuvenasi dan menyegarkan diri dengan santai.

Perkhidmatan Rawatan Spa Terbaik Di Melaka: Lihat Testimoni

Layanan mesra daripada pihak Sutra Maya Spa dengan servis yang cukup berpatutan membuatkan ramai pelanggan gembira dengan servis yang mereka nikmati di sana. Semuanya happy face

Anda sudah lihat sendiri maklum balas daripada para pelanggan yang telah berkunjung ke Sutra Maya Spa. Rugi kalau tak cuba!

Jom Tempah Sesi Rawatan Sutra Maya Spa Di Melaka Sekarang!

Untuk tempahan sesi anda, bolehlah hubungi atau Whatsapp nombor seperti tertera 012-6317389 / 06-2311080. Kepada yang tinggal di Melaka atau berdekatan, boleh saja walk-in spa mereka di:

No 24, Jalan Kf 4, Kota Fesyen, MITC Ayer Keroh Melaka.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai Sutra Maya Spa dan perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan, lawati laman FB dan IG mereka – Sutra Maya Spa. Mereka juga mempunyai laman rasmi di http://www.sutramayaspa.com. Selamat mencuba!

KHAS UNTUK WANITA - SUTRA MAYA SPA DI MELAKA

rawatan spa penting untuk membantu anda menjaga kesejahteraan fizikal, mental dan emosi

SUTRA MAYA SPA

SUTRA MAYA SPA WANITA DI MELAKA

Booking Sekarang
Social Media

No 24, Jalan Kf 4, Kota Fesyen, MITC Ayer Keroh Melaka.

KHAS UNTUK WANITA - SUTRA MAYA SPA DI MELAKA

rawatan spa penting untuk membantu anda menjaga kesejahteraan fizikal, mental dan emosi

Call Whatsapp Layari Website

KHAS UNTUK WANITA - SUTRA MAYA SPA DI MELAKA

rawatan spa penting untuk membantu anda menjaga kesejahteraan fizikal, mental dan emosi