Negeri Sabah memang terkenal dengan budaya yang unik, tempat menarik, dan sangat sesuai untuk pelbagai lapisan umur. Keindahan flora dan fauna di bumi Sabah menjadikan negeri ini destinasi pelancongan terkenal di Malaysia. Selain tempat menarik, Sabah juga terkenal dengan hidangan laut yang segar dan berpatutan!
Ya! Jika anda berkunjung ke Negeri Sabah, pastikan untuk mencuba pelbagai hidangan laut segar. Berbeza dengan Semenanjung Malaysia, hidangan laut eksotik di sini lebih berpatutan. Salah satu tempat popular untuk menikmati hidangan enak di Sabah adalah di Kota Kinabalu.
Kota Kinabalu bukan hanya terkenal dengan Gunung Kinabalu, tetapi juga dikenali dengan hidangan laut segar dan berpatutan. Merancang perjalanan bersama yang tersayang ke Kota Kinabalu pasti akan membawa keseronokan yang unik dan tidak dapat ditemui di tempat lain.
Setibanya di Kota Kinabalu, adakah anda memilih menggunakan pengangkutan awam atau kereta sewa sendiri? Majoriti pelancong dari luar Sabah lebih suka menyewa kereta apabila tiba di sini. Pengalaman memandu sendiri kereta sewa di Kota Kinabalu akan memberikan pengalaman perjalanan yang lebih menarik dan memuaskan.
Lebih mudah, segalanya boleh ditempah dan bersedia menanti ketibaan anda. Mencari perkhidmatan kereta sewa yang boleh dipercayai mungkin agak mencabar. Namun, kami akan membantu anda untuk menemui perkhidmatan kereta sewa murah dan mudah di Kota Kinabalu.
NH Travel adalah syarikat berlesen dan berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nama Syarikat N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd. Pengalaman NH Travel dalam mengendalikan perniagaan kereta sewa sejak tahun 2014 menjadikannya syarikat kereta sewa yang paling terkenal dan dipercayai di Kota Kinabalu.
NH Travel menyediakan perkhidmatan sewa kereta di Kota Kinabalu serta pelbagai pakej pelancongan menarik. Misi utama NH Travel adalah menyediakan kemudahan yang selesa bagi pelancong yang menggunakan perkhidmatan mereka di Kota Kinabalu. Anda yang berkunjung ke Kota Kinabalu digalakkan untuk menyewa kereta murah dan mudah dari NH Travel.
Kota Kinabalu sangat sesuai sebagai destinasi pelancongan untuk semua peringkat umur. Pelancong yang gemar dengan aktiviti lasak boleh memasukkan dalam jadual mereka untuk mendaki Gunung Kinabalu, menyelam di pulau-pulau Taman Laut Tunku Abdul Rahman, dan mencuba aktiviti luar di Zip Borneo. Bagi yang ingin mengenali budaya Sabah secara lebih dekat, Mari Mari Cultural Village adalah destinasi yang sesuai, di mana pelawat dapat merasai pengalaman berbagai etnik Sabah.Â
Menyewa kereta untuk menjelajah seluruh Kota Kinabalu adalah pilihan yang bijak. NH Travel menawarkan pelbagai jenis kenderaan sewa yang selesa dan terbaik untuk anda.
Axia dan Myvi adalah pilihan kereta kompak yang murah dan mudah untuk disewa di Kota Kinabalu. Penggunaan petrol yang jimat menjadikannya sesuai untuk pelancong solo atau berbilangan kecil.
Saga, Bezza, dan Vios adalah pilihan kereta sedan untuk mereka yang melancong dalam bilangan yang kecil tetapi mencari keselesaan. Kereta sedan mempunyai ruang bonet yang luas, sesuai untuk membawa banyak barang.
Kereta Sewa Jenis MPV/SUV
Alza, Aruz, Innova, Fortuner, Starex, dan Vellfire menjadi pilihan untuk pelancong dalam kumpulan tidak lebih dari 8 orang. Pemanduan kereta MPV/SUV lebih selesa berbanding kereta jenis kompak.
Urvan adalah pilihan terbaik untuk mereka yang berkunjung ke Kota Kinabalu dalam kumpulan yang lebih besar. Ia menjimatkan dan mudah apabila semua ahli kumpulan dapat diangkut dalam satu kenderaan.
Hilux adalah pilihan terbaik untuk pemandu yang suka menghadapi cabaran lasak. Ruang bonet yang besar membolehkan anda membawa lebih banyak barang.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tawaran diskaun dari NH Travel, bermula dari 5% hingga 50%. Anda boleh menikmati diskaun 5% apabila membuat tempahan kereta sewa NH Travel untuk tempoh 3 hingga 6 hari. Mengapa bayar lebih jika anda boleh mendapat diskaun? Anda juga berpeluang menentukan lokasi pick up point anda. Tempahan secara online dibuka sepanjang hari, hanya perlu memasukkan tarikh perjalanan anda. Mari rancang percutian ke Kota Kinabalu dan sewa kereta murah dan mudah di KK dengan NH Travel.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, hubungi talian hotline 013-865 8484, 088-25 8484, atau 010-810 8484. Anda juga boleh menghubungi mereka melalui WhatsApp dengan mengklik butang di bawah!
Jom sewa kereta murah di NH Travel
NH Travel
Kereta Sewa Murah Kota Kinabalu
Tempah Sekarang