Review
Nov 12, 2022, 10:54am

Prosedur Masuk Kereta Ke Thailand 2022/23


Negara Gajah Putih, atau lebih dikenali sebagai Thailand, merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang menawarkan pelbagai destinasi pelancongan yang unik. Sebagai seorang pelancong, anda boleh memilih untuk melawat rumah ibadat, menerokai pulau-pulau yang indah, berjalan romantis di tepi pantai atau sekadar mengambil peluang untuk membeli-belah.

Prosedur pandu masuk kereta ke Thailand

Ada yang melancong untuk bercuti dan ada juga yang melawat sanak saudara di sana. Tidak kisahlah apa sebabnya, bagi mereka yang belum pernah ataupun selalu merentas sempadan Thailand, anda pasti ingin tahu tentang proses memasuki Thailand yang terkini bukan?

INSURANS MASUK THAILAND DENGAN KERETA

Bagi yang berniat mahu membawa masuk kereta, korang perlu sedar akan kepentingan mengambil insurans perlindungan diri dan pengangkutan sebelum memandu ke sana. Ini antara beberapa jenis insurans yang perlu korang beli dan ketahui kepentingannya. Terdapat 4 jenis insurans yang patut dimiliki oleh seseorang apabila memasuki negara Thailand.

insurans ke Thailand

  1. Insurans Wajib – Compulsory Insurance

Insurans wajib ini tidak memberikan pampasan sepenuhnya. Ini adalah insurans yang paling digemari dalam kalangan rakyat Malaysia yang memasuki Thailand. Insurans ini untuk melindungi rakyat Thailand sahaja sekiranya berlaku kemalangan. Tambahan, undang-undang di Thailand memberi perlindungan kepada warganegaranya sahaja. 

  1. Insurans Sukarela – Voluntary Insurance

Insurans sukarela ini memberi had perlindungan kecederaan dan kerosakan kereta bagi pihak ketiga. Sekiranya anda telah membeli insurans sukarela ini, anda tidak perlu mengambil insurans wajib. Insurans ini tidak melindung kereta anda tetapi hanya melindungi kereta pihak ketiga sahaja.

  1. Endorsement Insurans

Misalnya, kereta anda menggunakan Etiqa Takaful dan anda boleh menghubungi syarikat Etiqa Takaful untuk membuat Endorsement Extension ke Thailand. Anda haruslah memegang polisi syarikat tersebut sekiranya mahu buat Endorsement Extension. Anda boleh memohon extention untuk tempoh selama mana anda mahu ke Thailand. 

  1. Insurans Perjalanan – Travel Insurance

Insurans perjalanan ini adalah tambahan kepada perlindungan anda. Apabila berlakunya kemalangan di Thailand, kos menjadi agak tinggi sekiranya tiada insurans wajib dan voluntary insurance. 

GoThai insurans kereta ke Thailand

Menurut undang-undang Thailand, pihak ketiga atau pihak yang dilanggar layak menuntut pampasan kerosakan kenderaan dan kos bilangan hari tanpa kenderaan. Jadi, untuk anda yang ingin ke Thailand dengan memandu kenderaan sendiri adalah dinasihatkan membeli insurans ini demi jaminan diri sendiri sekiranya berlakunya kemalangan. 

NIKMATI TRAVEL YANG TENANG DAN TERLINDUNG DENGAN GOTHAI

GoThai adalah penyedia perkhidmatan insurans kenderaan yang merangkumi motosikal, kereta, trak dan MPV/SUV ke negara Thailand. GoThai mempunyai pengalaman menguruskan lebih 3 juta orang ke Thailand sehingga kini. Dengan pengalaman lebih 22 tahun dalam servis penyedia insurans kenderaan ke Thailand, mereka mempunyai ramai kenalan di Thailand yang akan membantu anda sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Jadi anda tidak perlu risau, jika proses insurans anda akan mengalami masalah atau wang tersekat atau sebagainya.

GoThai travel dengan tenang ke Thailand

Untuk pembelian insurans, anda tidak semestinya harus hadir secara fizikal di lokasi sebaliknya boleh membuat pembelian melalui online di laman rasmi mereka – GoThai.my ataupun boleh berhubung dengan mereka melalui WhatsApp sahaja. Sangat memudahkan bagi anda inginkan cara yang pantas untuk beli insurans!

Antara kelebihan lain yang boleh anda dapatkan dengan perkhidmatan GoThai termasuk:

  • Proses yang sangat menjimatkan masa

Hanya berikan dokumen kenderaan, passport anda dan team mereka yang berpengalaman akan lakukan yang selebihnya untuk pemprosesan insurans anda.

  • Tak Perlu Menunggu

Proses urusan insurans di sempadan akan menyebabkan anda kelewatan. Dengan berurusan lebih awal dengan GoThai, anda tidak perlu lagi membazir masa semasa tiba di sempadan Malaysia – Thailand.

  • Bantuan Kecemasan tersedia 24 Jam

Khidmat bantuan kecemasan 24 jam sekiranya anda menghadapi situasi kecemasan seperti kemalangan (khas untuk PAKEJ EXTRA sahaja).

GOTHAI TAWAR PILIHAN PAKEJ YANG MEMENUHI KEPERLUAN KESELAMATAN PELANGGAN

Terutamanya kepada yang baru pertama kali rancang untuk masuk ke Thailand, GoThai tawarkan pakej-pakej yang menarik yang boleh memudahkan urusan pembelian insurans anda.

Bawa kereta ke Thailand dengan GoThai

  • PAKEJ COMPULSORY

Perlindungan asas bil rawatan hospital sekiranya terlibat dalam kemalangan. Wajib di beli untuk ke Thailand. Anda boleh mendapatkan insurans kenderaan serendah RM38 untuk kereta muatan 5 orang. 

  • PAKEJ COMPULSORY + VOLUNTARY

Perlindungan tambahan meliputi tuntutan kerosakan harta/kenderaan pihak ketiga. Amat digalakkan untuk melindungi anda dari tuntutan luar jangka atau “duit pau”. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang harga-harga yang ditawarkan dalam setiap pakej yang ditawarkan di laman rasmi GoThai

SERVIS POSITIF GOTHAI PUNCA PILIHAN NO 1 PELANGGAN

“Servis bagus dan cepat. Boss pun sgt friendly. Highly recommended !!”

Masuk kereta ke Thailand

“Servis terbaik. Info yang jelas tentang prosedur untuk masuk ke Thailand. Percuma air mineral setiap kali buat permohonan. Staf yang mesra pelanggan.”

GoThai testimoni pelanggan

BELI INSURANS KENDERAAN DAN TRAVEL DENGAN TENANG BERSAMA GOTHAI KE THAILAND

GoThai insurans ke Thailand cepat

Daftar dan beli insurans secara mudah dengan GoThai di sini. Insyallah semua proses insurans yang diperlukan akan diuruskan oleh mereka dan anda boleh menikmati masa yang tenang sepanjang perjalanan anda di Thailand. 

Selamat mencuba!!

Dapatkan Konsultansi Percuma

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

GoThai.my

Jom Dapatkan Insurans Kenderaan ke Thai

Beli Sekarang
Waze / Google Map

Km 17.3, pekan, Napoh, 06000 Jitra, Kedah

Dapatkan Konsultansi Percuma

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Dapatkan Konsultansi Percuma

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: