Review
Sep 9, 2021, 10:39am

Pakej Bina Rumah Mampu Milik Atas Tanah Sendiri Di Kelantan


Bagi kebanyakan orang, memiliki rumah sendiri merupakan salah satu matlamat hidup jangka panjang mereka. Seperti kebanyakan orang, sudah pasti anda juga mengimpikan untuk memiliki rumah atas tanah sendiri yang menepati citarasa anda yang tersendiri.

bina rumah sendiri

Namun begitu pada masa kini dalam situasi pandemik yang melanda negara kita, pemilikan rumah boleh menjadi suatu perkara yang sukar apabila kewangan anda tidak stabil disebabkan kemelesetan ekonomi dan juga harga rumah yang dijual pada hari ini saban hari melonjak naik.

Pemilikan rumah yang disebutkan di sini bukan hanya bermaksud anda boleh membeli dari pihak pemaju tetapi anda mempunyai pilihan lain yang jauh lebih baik misalnya membeli tanah sendiri dan seterusnya membina rumah di atas tanah tersebut. Lebih baik lagi, jika anda sudah memiliki tanah sendiri, jangan tunggu lama untuk membina “teratak idaman” anda.

Bidang hartanah dan pembinaan merupakan bidang yang sangat kompleks dan sukar untuk difahami oleh orang kebanyakan kerana ia memerlukan pengetahuan teknikal yang rumit. Jika anda sudah mempunyai pengetahuan yang asas mengenai pembinaan dan bidang hartanah itu dikira suatu bonus untuk anda. Kalau diikutkan dari segi kos pula, bina rumah atas tanah sendiri ini memang lebih jimat (banyak jimatnya!) berbanding membeli rumah kediaman yang telah siap. Akan tetapi, ramai yang tidak mengetahui selok-belok dalam merancang pembinaan rumah sendiri sehingga habis wang poket ke tempat yang tidak sepatutnya sehingga melebihi kos yang sebenar.

Bina Rumah vs Beli Rumah Sendiri

Sedia maklum, membina rumah kediaman di atas tanah sendiri merupakan impian setiap rakyat Malaysia terutamanya penduduk Pantai Timur. Tetapi, berbaloi ke nak bina rumah sendiri? Jom kita tengok kelebihannya berbanding beli rumah!

Kelebihan Bina Rumah

  • Boleh pilih reka bentuk ikut cita rasa.
  • Boleh tentukan susun atur dan berapa banyak bilik yang dimahukan.
  • Boleh pilih hiasan dan kelengkapan dalaman, mengikut kemahuan dan kehendak anda (reka bentuk dapur, dsb).

Kelebihan Beli Rumah

  • Urusan pembelian diuruskan ejen.
  • Anda boleh pilih kawasan dengan kemudahan awam yang baik.
  • Jimat masa, tak perlu tunggu kelulusan buat rumah.

Tidak memadai jika anda mengetahui kelebihan tetapi tidak mengenal risikonya. Informasi kelebihan dan keburukannya adalah sama penting. Jadi, apakah risikonya?

Risiko Bina Rumah

  • Banyak proses teknikal perlu diuruskan sendiri.
  • Proses kelulusan memakan masa.
  • Mungkin akan kos tambahan sepanjang pembinaan rumah.
  • Kemudahan awam bergantung kepada lokasi tanah anda.
  • Risiko ditipu kontraktor Risiko Beli Rumah
  • Bagi rumah baru, ada risiko projek terbengkalai
  • Bagi rumah sub-sale dan rumah lelong, ada risiko kos pembaikan yang tinggi.
  • Bagi rumah lelong, masa lama untuk menang bidaan dengan harga terbaik.

Hardy Construction – Bina Rumah Atas Tanah Sendiri Kini Dalam Harga Mampu Milik

rumah mampu milik dengan hardy construction

Hardy Construction and Trading merupakan syarikat yang telah menjalankan kerja pembinaan selama lebih dari 5 tahun. Mereka terkenal dengan kredibiliti kontraktor yang baik dan kerja yang dilakukan dan siap tepat pada waktunya. Anda boleh mengunjungi pejabat Hardy Construction & Trading berlokasi di PT 1670 Tingkat 1, Bangunan Yakin Jln Raja Perempuan Zainab II, 16150 Kota Bharu, Kelantan. Mereka juga merupakan satu-satunya kontraktor terbaik yang telah membantu ramai masyarakat dalam membina rumah di Kelantan dengan pantas, mudah, murah dan berkualiti dari segi bahan binaan, cara binaan yang selamat, reka bentuk rumah yang menarik serta banyak lagi aspek pembinaan yang efektif.

cuci tanah sebelum bina rumah mampu milik

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh Hardy Construction & Trading termasuk:

1. Kontraktor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri
2. Pembekal Barangan Hardware
3. Servis Tambun Tanah
4. Pembekal Pasir dan Batu

Kontraktor Hardy Trading menawarkan perkhidmatan bina rumah untuk anda yang ingin bina rumah di atas tanah sendiri. Dengan keselesaan dan kemahuan anda, mereka akan membina rumah mengikut citarasa anda.

4 Sebab Utama Kenapa Anda Wajib Pilih Hardy Construction

Ini peluang anda untuk mengetahui sebab-sebab anda wajib memilih syarikat kontraktor bina rumah Hardy Construction & Trading ini. Antara kelebihan menggunakan khidmat syarikat nombor satu Kelantan ini ialah;

1. Kontraktor Yang Boleh Dipercayai

kontraktor rumah mampu milik

Mereka telah membina berpuluh banglo dan bangunan awam di serata Semenanjung, dengan 100% siap dan tanpa ada yang terbengkalai. Kontraktor yang sangat dipercayai di mana terdapat beberapa klien (projek rumah rehat, homestay) yang hanya melawat sebanyak 2 kali sahaja; iaitu semasa penandaan tapak rumah dan waktu serahan kunci. Hal ini kerana ada juga segelintir klien yang tidak dapat membuat site visit dengan kerap disebabkan lokasi tapak yang jauh dan kesibukan kerja.

Walau bagaimanapun, kerja pembinaan tetap berjalan dengan lancar dan mengikut spesifikasi dalam lukisan dan perjanjian. Untuk setiap kemajuan kerja tapak kerja, supervisor mereka akan update klien.

2. Staff Yang Profesional Dan Pakar Dalam Pelbagai Bidang Pembinaan

rumah mampu milik dalam pembinaan

Terdiri dari satu kumpulan professional yang pakar dalam pelbagai bidang pembinaan serta berpengalaman luas dalam pembinaan, operasi mereka turut dibantu dengan adanya Electrical Engineer, Mechanical Engineer, Arkitek, dan Structural Design, serta staff-staff lain yang mempunyai sijil dan kelayakan tersendiri dalam pembinaan.

3. Bantu Anda Urus Pinjaman Bank/LPPSA & Kelulusan PBT

pinjaman rumah mampu milik

Sebelum mula pembinaan, anda perlu untuk mendapatkan kelulusan PBT dan pinjaman terlebih dahulu. Urusan ini yang sangat leceh dan pening lebih-lebih lagi jika anda merupakan pertama kali menguruskan projek bina rumah, kesibukan dan tidak pernah berurusan dengan pihak mereka sebelum ini. Walaubagaimanapun, sekiranya anda mendapatkan perkhidmatan dengan syarikat ini, mereka akan membantu anda dalam urusan-urusan ini.

4. Harga Mengikut Nilaian Penilai Kerajaan Mahupun Pihak Bank

penyerahan rumah atas tanah sendiri mampu milik

Dengan Hardy Construction, anda tidak akan berhadapan dengan isu rumah mahal kerana mereka hanya bina rumah mengikut harga nilaian semasa. Yang menjadi perbezaan harga antara syarikat ini dengan kontraktor lain adalah disebabkan spesifikasi rumah yang diberikan adalah berbeza. Syarikat kontraktor bina rumah Hardy amat mementingkan spesifikasi rumah yang berkualiti di mana ianya merupakan salah satu keistimewaan mereka yang membezakan ciri rumah yang mereka bina berbanding dengan kontraktor lain.

Prosedur Tempahan Bina Rumah Melalui Pinjaman Bank

pelanggan rumah mampu milik hardy construction

Anda hendak bina rumah sendiri tetapi tidak mempunyai wang tunai dalam jumlah yang begitu besar? Merancang untuk mendapatkan pinjaman bank? Tiada masalah, anda boleh berbuat demikian dan mengikut prosedur seperti berikut dengan Hardy Construction. Hanya langkah-langkah yang mudah sahaja.

  • Close sale dengan customer. Jika setuju, pelanggan akan serahkan salinan kad pengenalan, slip gaji, geran tanah, dan deposit sebanyak RM 1000.
  • Kontraktor akan lakar plan rumah yang telah dipilih oleh pelanggan.
  • Plan akan di hantar ke pejabat daerah bagi proses kelulusan
  • Plan yang telah lulus akan di proses untuk buat pinjaman di bank.
  • Jika pinjaman sudah mendapat kelulusan dari pihak bank, kerja-kerja pembinaan akan dimulakan.
  • Pembayaran jadual kerja berdasarkan yang ditetapkan.

Jom Lihat Testimoni Pelanggan Hardy Construction & Trading

Syarikat kontraktor bina rumah Hardy ini telah melakukan banyak projek pembinaan rumah di sekitar Kelantan dan telah mendapatkan banyak feedback positif disebabkan kerja mereka yang mementingkan 100% kepuasan pelanggan. Anda boleh lihat sendiri seperti berikut antara projek yang telah dilakukan dengan jayanya oleh Hardy Construction.

testimoni pelanggan testimoni pelanggan testimoni pelanggan testimoni

Hubungi Hardy Sekarang Untuk Pakej Bina Rumah Sendiri Mampu Milik Terbaik Di Kelantan!

alamat hardy construction

Berminat untuk memiliki rumah di tanah sendiri? Tetapi, tidak tahu bagaimana dan di mana untuk bermula? Jangan risau, anda yang berminat boleh sahaja hubungi ataupun Whatsapp bila-bila masa nombor-nombor seperti berikut:

Hubungi mereka sekarang dan mereka akan membantu anda. Anda juga boleh mengikuti Hardy Construction & Trading di laman Instagram dan Facebook mereka untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai servis yang ditawarkan oleh mereka dan juga melihat antara progress projek mereka.

Tak susah lagi nak bina rumah sendiri di Kelantan.

Hubungi je Hardy Construction. Klik untuk dapatkan quotation

Hardy Construction

Pakar Bina Rumah Atas Tanah Sendiri di Kelantan

Nak Bina Rumah
Social Media
Tak susah lagi nak bina rumah sendiri di Kelantan.

Hubungi je Hardy Construction. Klik untuk dapatkan quotation

Call Whatsapp

Tak susah lagi nak bina rumah sendiri di Kelantan.

Hubungi je Hardy Construction. Klik untuk dapatkan quotation