Sejak pintu sempadan Malaysia -Thailand mula dibuka bermula April 2022, rakyat Malaysia mula berpusu-pusu untuk memasuki Thailand menggunakan jalan darat. Yalah, setelah dua tahun sempadan ditutup, mereka yang kaki bercuti ni tak nak lepaskan peluang untuk kembali melakukan rutin tahunan mereka masuk Thailand untuk berlibur.
Untuk masuk ke Thailand, ada beberapa cara seperti menggunakan tren ETS, kapal terbang, bas, dan lain-lain. Yang biasa dibuat adalah menggunakan tren dan bas kerana ia lebih mudah. Tetapi ada juga rakyat Malaysia yang pilih untuk pandu kereta masuk Thailand.
Dengan pandu kereta masuk Thailand, perjalanannya jadi lebih mudah kerana anda tak perlu bergantung kepada pengangkutan awam dan anda bebas untuk bergerak tanpa perlu menunggu. Anda juga boleh membawa lebih banyak keperluan seperti baju tanpa perlu memikul atau menarik beg yang berat.
Tetapi macam mana nak pandu kereta masuk Thailand? Apa dokumen nak kena sediakan sebelum masuk Thailand? Susah ke prosedurnya? Di sini kami kongsikan cara-cara untuk pandu masuk ke Thailand dengan menggunakan kereta anda sendiri.
Bagi yang dah ada pasport, tahniah! Tapi sebelum nak masuk negara orang, pastikan passport anda masih lagi aktif dan belum tamat tempoh. Bala besar kalau anda dah sampai di pintu sempadan tapi passport dah tamat tempoh. Tak pasal-pasal kena ‘cancel’ percutian anda.
Sijil pemilikan kenderaan atau dalam bahasa mudahnya geran kereta ni wajib untuk dilampirkan sekali semasa anda nak masuk ke Thailand. Kalau tak ada geran, boleh pergi ke mana-mana pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk cetak salinan geran kereta anda.
Memang banyak kelebihan kalau nak bawa kereta sendiri ke Thailand, tapi macam mana kalau anda pandu kereta yang bukan milik anda? Mudah saja! Pastikan juga ada geran dan surat akuan sumpah yang sah yang ditandatangan oleh pemilik kereta tu sendiri. Kalau tak, kereta mungkin akan disita! Nanti tak pasal-pasal kena jalan kaki nak balik rumah.
Nak masuk Thailand, anda kena beli insurans kereta Thailand. Jangan nak memandai-mandai guna insurans kereta negara Malaysia ya. Takut kena halau balik nanti. Bila ada GoThai anda tak perlu risau lagi sebab bab-bab keperluan insurans anda semuanya akan diuruskan oleh mereka!
GoThai adalah penyedia perkhidmatan insurans motosikal, kereta, trak dan MPV/SUV ke negara Thailand. Untuk pembelian insurans, anda tidak semestinya harus hadir secara fizikal di lokasi sebaliknya boleh membuat pembelian melalui online di laman rasmi mereka – GoThai.my ataupun boleh berhubung dengan mereka melalui WhatsApp sahaja. Sangat memudahkan bagi anda inginkan cara yang pantas!
Sehingga kini, GoThai mempunyai pengalaman menguruskan lebih 3 juta orang ke Thailand. Jadi anda tidak perlu risau, jika proses insurans anda akan mengalami masalah atau wang tersekat atau sebagainya. Dengan pengalaman lebih 22 tahun dalam servis penyedia insurans kenderaan ke Thailand, mereka mempunyai ramai kenalan di Thailand yang akan membantu anda sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Antara kelebihan lain yang boleh anda dapatkan dengan perkhidmatan GoThai termasuk:
Hanya berikan dokumen kenderaan, passport anda dan team mereka yang berpengalaman akan lakukan yang selebihnya untuk pemprosesan insurans anda dan terus bawa kereta sendiri ke Thailand.
Proses urusan insurans di sempadan akan menyebabkan anda kelewatan. Dengan berurusan lebih awal dengan GoThai, anda tidak perlu lagi membazir masa semasa tiba di sempadan Malaysia – Thailand.
Khidmat bantuan kecemasan 24 jam sekiranya anda menghadapi situasi kecemasan seperti kemalangan (khas untuk PAKEJ EXTRA sahaja).
Untuk memasuki negara gajah putih ini, anda harus memastikan anda memiliki 4 jenis insurans di mana setiap satunya mempunyai perlindungan dan prosedur yang tertentu terutamanya bagi anda yang ingin pandu masuk kenderaan sendiri ke Thailand. Antara 4 jenis insurans yang patut dimiliki termasuk:
Terutamanya kepada yang baru pertama kali rancang untuk masuk ke Thailand, GoThai tawarkan pakej-pakej yang menarik yang boleh memudahkan urusan pembelian insurans anda.
Perlindungan asas bil rawatan hospital sekiranya terlibat dalam kemalangan. Wajib di beli untuk ke Thailand. Anda boleh mendapatkan insurans kenderaan serendah RM38 untuk kereta muatan 5 orang.
Perlindungan tambahan meliputi tuntutan kerosakan harta/kenderaan pihak ketiga. Amat digalakkan untuk melindungi anda dari tuntutan luar jangka atau “duit pau”. Anda boleh ketahui lebih lanjut tentang harga-harga yang ditawarkan dalam setiap pakej yang ditawarkan di laman rasmi GoThai.
“Service bagus termasuk explanation process imigresen utk memasuki Thailand..”
“Service terbaik..datang ambik je..cepat dan murah!!”
Daftar dan beli insurans secara mudah dengan GoThai di sini. Insyallah semua proses insurans yang diperlukan akan diuruskan oleh mereka dan anda boleh menikmati masa yang tenang sepanjang perjalanan dengan bawa kereta sendiri ke Thailand.
Selamat bercuti dan travel tenang ke Thailand ye!
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
GoThai.my
Jom Dapatkan Insurans Kenderaan ke Thai
Beli Sekarang