Hal ini bukan lagi rahsia – sememangnya rakyat Malaysia gemar mengubah suai rumah mereka. Ingin untuk menerapkan ciri estetika unik yang tersendiri untuk kediaman mereka.
Setiap orang mempunyai gaya mereka sendiri ketika hendak mengubah suai rumah mereka. Ada yang suka gaya sederhana, ala modest, ada yang lebih gemar reka bentuk kediaman mempunyai elemen kefungsian. Ada pula yang mahu rumah mereka kelihatan seperti gambar dari majalah.
Apa sahaja gaya yang anda pilih, ada satu faktor penting yang harus anda utamakan dahulu sebelum memulakan projek pengubahsuaian rumah anda – kos pengubahsuaian.
Pada umumnya, kerja pengubahsuaian rumah diketahui mampu menelan beribu-ribu wang ringgit. Namun, ada cara untuk menjadikan impian dan keinginan anda menjadi kenyataan tanpa menghancurkan akaun bank anda sepenuhnya.
Perancangan yang teliti amat penting untuk projek ubah suai rumah. Jadi, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diingat semasa merancang pengubahsuaian rumah anda. Antaranya adalah:
Perlu diingat bahawa kos pengubahsuaian untuk rumah jenis pangsapuri atau apartment akan berbeza dengan dibandingkan dengan pengubahsuaian untuk rumah dua tingkat; namun, dalam artikel ini, apa yang disertakan adalah anggaran kos purata.
Tidak ada jumlah wang yang betul untuk dibelanjakan ketika melakukan pengubahsuaian. Ia boleh menjadi serendah atau setinggi yang anda mahukan. Walau bagaimanapun, adalah selamat untuk mengandaikan bahawa jumlahnya akan mencapai sekurang-kurangnya 10% dari harga kediaman anda. Oleh itu, jika anda kos kediaman anda berjumlah RM300,000 maka, bersiaplah untuk mengetepikan sekurang-kurangnya RM30,000 untuk pengubahsuaian rumah anda. Sudah tentu, hal ini boleh berubah bergantung pada keadaan rumah, tujuan pengubahsuaian, dan sebagainya.
Namun, terdapat juga sebilangan pemaju memberikan cashback semasa membeli rumah, jadi anda boleh menggunakan wang tunai itu untuk pengubahsuaian dan tidak perlu mengeluarkan wang tambahan (tetapi, peluang ini hanya layak untuk rumah baru sahaja).
Dengan semua itu, berikut adalah anggaran kasar kos untuk mengubahsuai rumah di Malaysia.
Dapur adalah salah satu ruang terpenting di sesebuah kediaman. Di sinilah anda membancuh kopi pagi anda dan menyediakan semua makanan anda. Apabila ada sesuatu majlis di rumah, para tetamu juga akan masuk dan keluar dari dapur anda. Sudah pasti setiap tuan rumah mahukannya sempurna.
Sekiranya anda mengubah suai rumah anda untuk disewakan, maka mungkin ia boleh dibuat dengan anggaran kos rendah – sekitar RM20,000 hingga RM25,000. Apa yang anda perlukan adalah barang keperluan seperti tempat simpanan yang banyak, ketuhar asas atau microwave, dan sink yang berfungsi. Mengubah suai untuk penginapan anda sendiri boleh menyebabkan kos perbelanjaan anda pada julat anggaran antara sederhana atau tinggi.Â
Dengan 3R Global Group Sdn Bhd, anda berpeluang mendapatkan pilihan kabinet dapur dengan reka bentuk menarik dan berjenama dalam harga yang berpatutan dengan bajet anda. Tawaran khas promosi untuk anda yang berminat untuk ubah suai ruang dapur anda!Â
Hiasan mahupun gaya reka bentuk untuk ruang tamu anda sangat penting. Kenapa? Ini adalah ruang tamu merupakan bilik pertama yang anda lihat ketika anda pulang ke rumah setelah seharian bekerja. Jadi, ruang tamu anda haruslah memperlihatkan suasana yang selesa dan mesra. Antara beberapa aspek penting untuk ruang tamu adalah kabinet, dinding, lampu, kipas, penyaman udara, dan pendawaian.
Kabinet TV boleh mencecah harga bermula dari RM200 hingga beberapa ribu. Tetapi, ia sangat bergantung pada gaya dan pilihan anda. Pemasangan penghawa dingin pula boleh bernilai antara RM300 hingga RM700, bergantung pada saiz dan horsepower mereka. Terdapat banyak pilihan untuk jubin. Untuk ruang tamu, sesuai untuk menggunakan jubin yang lebih besar yang berharga antara RM1.80 hingga RM50 setiap jubin. Jubin premium boleh menjadi lebih mahal dan kos pemasangan jubin berbeza mengikut saiz jubin.
Untuk lampu, julat harganya antara RM35 hingga RM400. Sekali lagi, ini bergantung pada gaya dan pilihan anda. Semakin kompleks dan menarik reka bentuknya, semakin mahal harganya. Selain itu, pastikan anda pasang lampu energy-saving di kediaman anda. Jauhi daripada menggunakan lampu halogen kerana ia boleh menjadi sangat panas.
Biasanya, kebanyakan rumah di Malaysia mempunyai kira-kira 3 bilik tidur – satu bilik tidur utama, satu bilik tidur tengah, dan satu bilik tidur kecil. Rias asas yang diperlukan bilik tidur adalah jubin, lapisan cat segar, dan kerja elektrik.
Rangka tempat tidur, almari pakaian disediakan dalam tawaran pakej supaya anda boleh membeli dalam harga yang menjimatkan. Biasanya, harga untuk rangka tempat tidur, almari pakaian, dan set almari pakaian boleh mencecah harga sekitar RM800. Anda juga boleh mendapatkan barangan ini dalam talian juga. Almari pakaian yang jenis built-in pada umumnya boleh menjadi agak mahal di mana harganya boleh menjadi RM2,500 hingga RM10,000 – bergantung pada saiz dan bahan.
Sekiranya bilik mandi anda hanya memerlukan sedikit pengubahsuaian ianya boleh dilakukan dengan harga RM8,000 atau kurang. Pengubahsuaian yang ringkas di mana hanya anda ingin mendapatkan singki baru, shower, dan mungkin mengubah suai tandas kepada reka bentuk yang lain.Â
Pemasangan kabinet sink dan aluminium boleh mencecah harga sekitar RM1,500 hingga RM2,000. Pemasangan tandas boleh mencapai RM1,300. Untuk kos pengubahsuaian bilik mandi di Malaysia, adalah selamat untuk anda memperuntukkan kira-kira RM30,000 untuk ketiga-tiga bilik mandi. Ini bermaksud RM15,000 untuk bilik mandi utama dan RM6,000 hingga RM7,000 untuk bilik mandi tetamu.
Sudah pasti anda terfikir bagaimana untuk membuat pengubahsuaian rumah jika kos perbelanjaan begitu tinggi sedangkan anda mahukan dalam bajet kos rendah. Jika anda dari kawasan Selangor yang tercari-cari kontraktor rumah yang berkualiti dan dipercayai, maka anda bolehlah check out syarikat 3R Global Sdn Bhd.Â
Mereka bukan sekadar profesional dalam bidang kerja mereka, malah, menawarkan servis yang pelbagai kepada pelanggan mereka. Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh 3R Global Sdn Bhd meliputi:
Dan banyak lagi! Selain itu, sekiranya anda mempunyai blueprint sendiri dan reka bentuk tersendiri dan unik untuk kediaman anda tetapi tidak tahu bagaimana untuk merealisasikan idea anda. Syarikat 3R Global boleh menjadikan keinginan anda menjadi kenyataan dengan kepakaran mereka yang meluas dalam bidang kontraktor. Yang paling menarik sekali, semua ini anda boleh melakukan mengikut bajet dan kemahuan anda!Â
Memilih syarikat kontraktor bukan perkara yang mudah jika anda tidak tahu di mana anda harus bermula. Banyak perkara yang harus anda pertimbangkan supaya hasil kerjanya dapat memberi kepuasan kepada anda dan memenuhi keinginan yang anda idamkan. Di sini, kenapa 3R Global Group Sdn Bhd dapat menjadi pilihan bernas sebagai kontraktor rumah anda? Berikut adalah sebab kenapa:Â
Sama ada anda ingin membina kediaman impian anda, mengubah suai seluruh ruang anda, atau sekadar memberi penampilan baru di dapur, jom jadikan 3R Global Sdn Bhd syarikat kontraktor pilihan anda.
Sambil-sambil online, boleh juga anda layari laman Facebook mereka di mana anda boleh lihat lebih banyak gambar projek yang telah mereka lakukan. Memang mengagumkan! Untuk informasi lebih lanjut mengenai perkhidmatan ataupun jika anda berminat untuk mendapatkan quotation, anda boleh mendapatkan maklumat tersebut di laman rasmi mereka. Malah boleh juga berhubung dengan mereka dan set appointment melalui Whatsapp di talian +6017-6789406.
Berhubung segera dengan kontraktor berpengalaman dan dipercayai di Kuala Lumpur - 3R Global Group Sdn Bhd
3R Global Group Sdn Bhd
Perkhidmatan Pengubahsuaian Rumah Bajet Rendah
Nak Renovate Rumah