Anda bakal menjadi ibu-bapa? Nak tahu klinik ultrasound terbaik berdekatan dengan anda?
Pasti rasa teruja anda tak dapat disembunyikan lagi, tambahan pula ini adalah kali pertama untuk anda yang bergelar sebagai ibu dan bapa. Jadi, apakah persiapan anda sebelum menunggu kelahiran bayi anda. Antara perkara yang disyorkan kepada anda untuk menjaga kandungan anda dengan baik ialah diet pemakanan yang betul. Anda dinasihatkan jangan mengambil makanan sesuka hati seperti makanan yang terlalu pedas, makanan yang tajam, minum berkarbonat dan sebagainya.
Seterusnya ialah sebagai ibu yang hamil, anda tidak digalakkan mengangkat barang yang berat-berat. Hal ini akan menganggu kedudukan rahim anda dan akan terganggu kedudukan janin anda. Bahaya bagi individu wanita yang hamil mengangkat barang yang berat. Hal ini demikan kerana akan mengakibatkan penurunan darah dan kemungkinan besar akan terjadi masalah pengguguran. Jadi, jika anda sayang kandungan anda, anda dinasihatkan tidak mengangkat barang-barang yang berat.
Bagi anda yang pertama kali untuk bergelar ibu dan tiada pengalaman lagi, anda boleh mendaftar buku pink (rekod kesihatan semasa mengandung) di mana-mana klinik dan hospital berdekatan dengan anda.
Buku Pink ini adalah rekod kesihatan ibu yang hamil dan bayi yang di dalam kandungan tersebut. Jadi, di dalam buku pink itu akan direkodkan tekanan darah anda, BMI yang normal, tahap kencing manis anda dan lain-lain. Jadi, anda perlu mengikut segala tarikh temu janji yang direkodkan dalam buku pink ini.
Seterusnya, anda juga dinasihatkan scan bayi anda. Anda boleh melakukan scan bayi anda semasa kandungan anda masuk minggu 5-12 minggu. Scan ini dapat melihat tumbesaran bayi anda dalam keadaan baik atau tidak. Scan ini juga untuk melihat organ-organ bayi, jantina bayi dan sebagainya. Jadi apakah anda bersedia melihat tumbesaran janin anda? Pasti sangat teruja bukan.
Pemeriksaan di hospital-hospital memerlukan masa yang lama untuk menunggu giliran adalah normal masa kini. Jadi, kita sebagai ibu-ibu yang mengandung pasti penat untuk menunggu dalam tempoh yang panjang. Pasti sakit pinggang pula yang mendatang. Jadi, jika anda ada masalah seperti ini, jom lakukan ultrasound scan bayi anda di Klinik Nur Medicare ini. Di Klinik Nur Medicare ini servis yang ditawarkan sangat cepat dan tidak perlu menunggu dengan lebih lama. Kami mempunyai sonographer in house. Jadi anda boleh buat scan mengikut masa yang lebih fleksibel.
Selain itu, di Klinik Nur Medicare ini bukan sahaja servisnya cepat, harga yang ditawarkan juga sangat berbaloi. Harganya jauh lebih murah berbanding klinik-klinik swasta yang lain. Jadi, kita sebagai golongan B40, juga mampu mendapat rawatan dengan lebih selesa dan menjimatkan masa. Perkara yang lebih penting di Klinik Nur Medicare ini ialah pekerja-pekerjanya sangat baik dan ramah, pasti anda tidak akan rasa kekok semasa di sini. Paling penting semua doktor dan staff adalah perempuan. So privasi anda akan terjaga di sini. In sya Allah.
Gambar di atas telah membuktikan harga yang di tawarkan di Klinik Nur Medicare ini sangat berbaloi. Pasti kita semua mampu untuk melihat perkembangan bayi kita di dalam perut. Di Klinik Nur Medicare ini juga akan print gambar scan bayi anda, jadi anda boleh menyimpannya sebagai kenangan anda bersama bayi anda. Oleh itu, gambar yang diprint boleh disimpan dan boleh ditunjuk semula kepada bayi anda ketika dia sudah besar nanti.
Yang paling menariknya, perkhidmatan di Klinik Nur Medicare ini juga dilakukan oleh sonografer wanita dan doktor wanita yang berpengalaman. Jadi, anda tidak perlu risau dengan kehandalan doktor di sini. Mereka sangat cekap dalam selok-belok perubatan dan isu-isu kehamilan ini. Selain itu, perkara yang penting ialah jika doktor wanita yang merawat anda, pasti anda tidak perlu kekok dan aurat anda pasti akan dijaga rapi. Anda pasti akan merasa lebih mudah dan selesa ketika sesi scan ultrasound anda dijalankan.
Seterusnya, di Klinik Nur Medicare ini juga menyediakan bilik rawatan yang sangat selesa, rapi dan bersih. Jadi, hal ini pasti tidak akan mengganggu anda ketika dalam sesi rawatan scan ultrasound bayi anda. Klinik Nur Medicare ini juga menyediakan ruangan khas untuk peneman yang anda bawa bersama. Jadi mereka dapat duduk dengan selasa tanpa perlu berdiri lebih lama untuk meneman anda dalam sesi scan ultrasound bayi anda. Jadi, jangan anda tangguh lagi keinginan anda untuk scan ultrasound baby anda di Klinik Nur Medicare ini. Jom segera datang ke Klinik Nur Medicare dan cipta kenangan manis anda bersama bayi anda!
di Klinik Nur Medicare
Klinik Nur Medicare
Jom Lihat Perkembangan Bayi Anda!
Book Slot