Umum
Jan 14, 2023, 11:49pm

Klinik Check Kuning Baby Di Shah Alam Sepantas 5 Minit


Masalah jaundis atau demam kuning ini adalah keadaan yang boleh dialami oleh bayi seawal 2-3 hari selepas dilahirkan. Hal ini terjadi kerana peningkatan kadar bilirubin dalam darah bayi. Antara tanda yang boleh dilihat pada bayi ialah kulit atau mata putih mereka menjadi kekuningan. Jadi apa patut yang anda buat untuk check kuning baby anda? Baca lebih lanjut di bawah.

penyakit jaundis bayi baru lahir

ELAK RISIKO – CHECK DEMAM KUNING BABY ANDA

Kebanyakan bayi yang dilahirkan akan mengalami masalah demam kuning ini tetapi ada yang bersifat serius. Sebagai ibu-bapa, anda perlu sentiasa berhati-hati. Hal ini kerana ada segelintir bayi yang lebih berisiko tinggi untuk mendapat demam kuning ini, iaitu:

  • Bayi pramatang – dilahirkan sebelum 37 minggu kehamilan
  • Bayi yang tidak mendapat susu ibu atau susu formula yang mencukupi. (masalah kesukaran untuk menyusu atau ketiadaan susu ibu)
  • Bayi yang jenis darahnya tidak sama dengan jenis darah ibunya

Selain itu, terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan bayi demam kuning, seperti:

  • Mengalami kecederaan semasa kelahiran seperti lebam atau pendarahan bawah kulit kepala (“Cephalohematoma”)
  • Jangkitan kuman
  • Kelainan pada sel-sel merah bayi
  • Masalah organ hati
  • Kekurangan enzim G6PD

Jadi jika dilihat, banyak perkara yang akan menyebabkan masalah demam kuning ini. Sesetengah masyarakat menganggap bahawa demam kuning ini adalah perkara yang normal dan selepas beberapa hari demam kuning itu akan sembuh sendiri. Namun, anda disyorkan membawa bayi untuk berjumpa doktor dahulu untuk pengesahan sebelum membuat keputusan sendiri.

KETAHUI TAHAP DEMAM KUNING – APA SIMPTOMNYA?

rawatan untuk bayi

Tanda jaundis atau demam kuning ini dapat dilihat jelas di wajah bayi. Hal ini demikian kerana tanda kekuningan akan bermula di bahagian wajah terlebih dahulu, baru merebak ke bahagian dada, perut, tangan dan kaki bayi. Tahap bacaan kuning ini akan memuncak pada hari ketiga sehingga hingga hari ketujuh bayi dilahirkan.

penyakit demam kuning bayi

Adakah anda tahu? Demam kuning ini terbahagi kepada dua jenis iaitu demam kuning jenis fisiologi dan patologi. Demam kuning fisiologi adalah jaundis yang normal dan sering berlaku pada bayi baru lahir serta tidak merbahaya. Kebiasaannya, demam kuning ini bermula selepas 48 jam kelahiran dan akan beransur pulih dalam masa 5 hingga 7 hari. Jadi anda sebagai ibu-bapa perlu lebih peka kepada keadaan bayi anda.

Seterusnya ialah demam kuning jenis patologi. Demam kuning jenis patologi terjadi dalam masa kurang 24 jam selepas bayi dilahirkan atau berpanjangan lebih dari 14 hingga 21 hari. Antara punca berlakunya demam kuning jenis patologi ini disebabkan oleh ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak, masalah hati atau jangkitan kuman. Jadi, anda digalakkan membawa bayi anda berjumpa doktor seawal mungkin bagi memastikan bayi anda dalam keadaan sihat dan tiada demam kuning.

JOM CHECK TAHAP KUNING BAYI ANDA SEPANTAS 5 MINIT- KLINIK NUR MEDICARE

Anda rasa susah dan leceh untuk beratur di klinik-klinik kesihatan mahupun di hospital untuk periksa kesihatan dan tahap demam kuning bayi anda?

Anda boleh ke Klinik Nur Medicare di Shah Alam.

Apa yang menarik di Klinik Nur Medicare ini? Di Klinik Nur Medicare, hanya diperlukan masa kurang dari 5 minit sahaja untuk anda buat pemeriksaan kuning bayi anda. Prosesnya cepat, senang dan anda tidak perlu menunggu berhari-hari untuk mendapat keputusan tahap demam kuning bayi anda.

klinik nur medicare penyakit jaundis

Perkara yang menarik di Klinik Nur Medicare ini, keputusan demam kuning bayi anda akan dapat diketahui segera kurang dari 5 minit selepas pemeriksaan. Pemeriksaan jaundis ini tidak perlu pengambilan darah atau sebarang suntikan kepada bayi yang menyebabkan bayi sakit. Namun, ketepatan dalam ujian jaundis ini hampir mencapai 100 % ketepatannya iaitu 96% dan ia selamat digunakan untuk bayi.

Klinik Nur Medicare ini sangat membantu dan memudahkan urusan anda. Anda hanya perlu datang ke Klinik Nur Medicare untuk mendapatkan penjelasan lebih lanjut. Klinik Nur Medicare ini juga menawarkan pelbagai jenis rawatan lain, bukan sahaja untuk bayi tetapi juga untuk rawatan penyakit kanak-kanak, wanita dan dewasa. Harga di Klinik Nur Medicare ini jauh lebih murah berbanding klinik-klinik swasta yang lain dan yang paling penting, servis yang ditawarkan cepat, mesra pelanggan dan berpatutan. Klinik Nur Medicare boleh dikatakan sebagai klinik yang terbaik di Shah Alam. Jom ramai-ramai kita ke klinik Nur Medicare!

Dapatkan Pemeriksaan Jaundice Kuning Bayi

di Klinik Nur Medicare

Klinik Nur Medicare

Jom Dapatkan Pemeriksaan Jaundice Kuning Bayi!

Buat Appointment
Social Media

Klinik Nur Medicare 2A Jalan Pinggiran USJ 1/8, 47600 Subang Jaya, Selangor

Dapatkan Pemeriksaan Jaundice Kuning Bayi

di Klinik Nur Medicare

Call Whatsapp

Dapatkan Pemeriksaan Jaundice Kuning Bayi

di Klinik Nur Medicare