Bisnes
Feb 3, 2023, 3:30pm

Kelebihan Upgrade Sdn Bhd Dari Enterprise


Anda adalah usahawan Enterprise yang berhajat untuk upgrade bisnes anda ke Sdn Bhd? Pilihan terbaik untuk memulakan proses anda di sini. Jom baca lebih lanjut di mengenai kelebihan upgrade sdn bhd dari enterprise!

Menjalankan dan menguruskan sesebuah perniagaan adalah cabaran besar, tetapi proses transisi atau upgrade perniagaan anda ke tahap seterusnya adalah cabaran yang lebih besar. Dalam dunia perniagaan, membawa bisnes enterprise anda ke taraf syarikat sendirian berhad (Sdn Bhd) merupakan tahap yang penting bagi memastikan kejayaan dan pertumbuhan perniagaan. Dengan perkhidmatan korporat dan pensyarikatan terbaik, anda boleh memastikan bisnes anda berada dalam pengurusan yang efisien untuk membantu anda dalam proses penubuhan syarikat Sdn Bhd keinginan anda.

UPGRADE SDN BHD DARI ENTERPISE – KEPERLUAN YANG BAIK UNTUK PERKEMBANGAN BISNES ANDA

Memulakan sebuah perniagaan merupakan impian bagi kebanyakan usahawan-usahawan kecil. Namun, ada segelintir usahawan kecil yang terpaksa memulakan perniagaan dengan menubuhkan sebuah Syarikat Enterprise, sama ada milikan tunggal atau perkongsian. Secara kebiasaannya, hal ini disebabkan kekurangan modal yang mencukupi. Namun, apabila bisnes anda telah mula mempunyai perkembangan yang baik, maka, sudah tiba masanya untuk menaiktaraf perniagaan anda kepada sebuah Syarikat Sdn Bhd.

promosi daftar online sdn bhd

Menubuhkan atau menjalankan perniagaan menggunakan syarikat Sdn Bhd memiliki banyak kelebihan berbanding Syarikat Enterprise, milikan tunggal, atau perkongsian. Kelebihan ini akan membantu usahawan mencapai matlamat perniagaan mereka dan memastikan kelangsungan usaha mereka yang berterusan.

5 PERKARA YANG PERLU ANDA KETAHUI MENGENAI KEKURANGAN ENTERPRISE

Berikut adalah beberapa kekurangan perniagaan enterprise yang anda perlu ketahui, antaranya termasuk:

 

manfaat naiktaraf bisnes ke sdn bhd

  1. LIABILITI TIDAK TERHAD: Menurut undang-undang, perniagaan enterprise tidak terpisah dari pemiliknya. Jika terjadi masalah kebankrapan dan perniagaan harus ditutup, pemilik juga akan mengalami kebankrapan dan segala harta benda milik pemilik akan disita. Untuk syarikat sdn bhd, kerugian hanya terhad kepada jumlah modal yang disumbangkan. Harga benda milik pemilik tidak akan terjejas.
  2. KESINAMBUNGAN TIDAK TERJAMIN: Perniagaan milik tunggal atau enterprise akan terbubar jika salah satu pemiliknya meninggal dunia. Syarikat Sdn Bhd masih mampu diteruskan kerana mempunyai ahli lembaga pengarah yang boleh bertukar. Oleh itu, perniagaan syarikat sdn bhd masih boleh diteruskan.
  3. KREDIBILITI RENDAH: Perniagaan enterprise tidak memiliki kewajiban untuk memfailkan laporan kewangan beraudit kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Bank mungkin kurang yakin untuk memberikan pinjaman besar meskipun projek bisnes memiliki potensi untuk berkembang.
  4. BEBANAN PEMPROSESAN YANG LEBIH TINGGI: Dalam perniagaan enterprise, pemilik harus bertanggungjawab terhadap aspek perniagaan seperti kewangan, undang-undang, pengurusan klien dan bermacam-macam lagi. Ini boleh mengambil masa yang lebih lama dan membebankan kepada pemilik. Bagi syarikat sdn bhd, pemilik boleh melantik ahli lembaga pengarah proffesional untuk menjalankan tugas. Pemilik boleh melantik pengarah yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman bagi memastikan operasi perniagaan dijalankan dengan optimum.
  5. TIDAK BOLEH BERTUKAR MILIK: Perniagaan enterprise didaftarkan dibawah nama pemilik dan tidak boleh ditukar. Berbanding dengan syarikat sdn bhd yang mempunyai saham, pemilik memiliki saham. Pemilik boleh menjual saham untuk menukar pemilikan syarikat. Pemilik juga boleh menjual saham pada harga yang tinggi bagi mendapatkan keuntungan.

UPGRADE SDN BHD DARI ENTERPRISE SECARA ONLINE DENGAN FRAZ CORPORATE SERVICES 

FRAZ Corporate Services adalah sebuah setiausaha syarikat berlesen yang menawarkan perkhidmatan register sdn bhd berkualiti tinggi. Mereka terdiri daripada kumpulan profesional seperti akauntan bertauliah, peguam dan agen cukai untuk membantu anda memperoleh manfaat maksimum daripada penubuhan syarikat sdn bhd.

daftar sdn bhd dengan fraz corporate services

Berbekalkan pengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang pensyarikatan dan pelbagai industri, mereka sangat memahami cabaran dan halangan yang sering dihadapi oleh usahawan dalam pembentukan syarikat. Mereka juga menawarkan sesi konsultasi percuma untuk memastikan anda mempunyai pemahaman yang sempurna tentang syarikat sdn bhd dan kelebihan yang boleh anda peroleh.

Mereka telah membantu ratusan usahawan untuk upgrade sdn bhd dari enterprise. Oleh itu, FRAZ Corporate Services mampu memberikan khidmat nasihat yang tepat dan bersesuaian dengan keperluan bisnes anda semasa proses daftar sdn bhd. Dengan ini proses register sdn bhd anda akan berjalan lancar dan dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat.

MANFAAT DAFTAR SYARIKAT SDN BHD DENGAN FRAZ CORPORATE SERVICES

Dengan memilih FRAZ Corporate Services, anda sebagai pemilik bisnes boleh fokus pada pengembangan perniagaan anda tanpa mengalami kesukaran memikirkan dari segi hal register sdn bhd dan urusan lain yang berkait dengan proses register sdn bhd tersebut. Selain itu, pemilik bisnes boleh mengelakkan kesalahan dan kesilapan yang boleh menyebabkan proses register sdn bhd menjadi panjang kerana telah menyerahkan kepada ahli yang bertauliah dalam menguruskan pendaftaran syarikat sdn bhd.

manfaat daftar online sdn bhd

Sebaliknya, para usahawan dan pengusaha boleh memfokuskan perhatian mereka kepada aspek perniagaan yang lain, seperti pemasaran dan pembangunan produk, sambil mengetahui bahawa proses daftar sdn bhd mereka sedang berada dalam tangan yang baik. Selain itu, mereka juga menawarkan pakej promosi daftar syarikat sdn bhd murah, boleh siap dalam masa 3-5 hari bekerja sahaja. Harga pakej register syarikat sdn bhd ini sememangnya tawaran harga yang mampu milik berbanding dengan harga biasa yang boleh mencecah sehingga RM2000.

LIHAT SENDIRI TESTIMONI MENARIK DARIPADA PELANGGAN REGISTER SDN BHD MEREKA

Berikut adalah antara lebih dari ratusan enterprise yang mereka berjaya bantu upgrade ke sdn bhd.

daftar online sdn bhd terbaik

Bagi anda yang berminat untuk daftar sdn bhd online dengan FRAZ Corporate Services, anda boleh dapatkan khidmat sokongan tambahan daripada mereka yang merangkumi;

  • Secretarial Fee yang cuma RM50 sebulan
  • Group support WhatsApp bagi director
  • Panduan digital asas sdn bhd

UPGRADE BISNES ANDA KE SYARIKAT SDN BHD DENGAN MUDAH – HUBUNGI SEKARANG!

upgrade bisnes terbaik

Sedia untuk naik taraf perniagaan anda ke tahap seterusnya dengan menjadi syarikat Sdn Bhd? Fraz Corporate Services sedia untuk membantu anda mencapai puncak kejayaan dengan memudahkan proses anda. Jom daftar Sdn Bhd online dengan mereka dan sudah pasti anda akan menerima perkhidmatan terbaik dan mengubah perniagaan anda menjadi lebih hebat dari sebelumnya. Jangan tunggu lagi, upgrade perniagaan anda dengan klik butang di bawah! Diharapkan anda beroleh manfaat dari artikel kelebihan upgrade sdn bhd dari enterprise ini dan mampu mengembangkan bisnes anda ke tahap yang lebih maju.

Jom Daftar Sdn Bhd Online

dengan FRAZ Corporate Services

FRAZ Corporate Services

Jom Upgrade Bisnes Sdn Bhd Secara Online

Daftar Sekarang!
Social Media

11A, Jalan Tengku Ampuan Zabedah J/9J, Shah Alam, Selangor, 40100 Malaysia

Jom Daftar Sdn Bhd Online

dengan FRAZ Corporate Services

Call Whatsapp Layari Website

Jom Daftar Sdn Bhd Online

dengan FRAZ Corporate Services