Review
Apr 6, 2021, 3:16pm

Kelas Jahitan Bersijil Di Liana Training Centre


Anda mungkin mendapati bahawa menjahit adalah salah satu hobi terbaik yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja. Hari ini, kami akan menyenaraikan pelbagai faedah yang dapat dinikmati oleh orang yang selalu menjahit. Jadi tanpa berlengah lagi, mari kita bincangkan beberapa kelebihan mempunyai hobi kreatif. Walaupun anda baru hanya belajar menjahit, anda akan dapati bahawa terdapat banyak cara untuk memanfaatkan pengetahuan anda yang baru diperoleh. Berikut adalah beberapa cara untuk mengetahui aktiviti menjahit akan memberi manfaat kepada anda.

  • Jimat Duit

Jelas sekali, membuat pakaian anda sendiri atau memperbaharui gaya lama adalah cara yang pasti untuk mengelakkan anda menggunakan kad kredit anda secara boros atau berlebihan untuk membeli pakaian yang high-fashion.

  • Memupuk Kreativiti Anda

Selain itu, salah satu kelebihan kemahiran menjahit adalah ia membolehkan kita menunjukkan kreativiti kita. Kita dapat memilih segala-galanya sama ada, dari kain dan benang hingga gaya, dan bahkan hingga butang pada pakaian kita. Membuat corak jahitan sebenarnya lebih mudah daripada yang anda fikirkan.

Dengan kebebasan anda untuk berkreatif, anda akan dapat menjadikan idea paling liar anda menjadi kenyataan. Itu adalah sebanyak kebebasan kreatif yang kebanyakan daripada kita tidak biasanya merealisasikan melalui pekerjaan seharian kita. Itulah sebabnya menjahit adalah hobi yang sangat baik. Kini, anda boleh belajar menjahit dengan mudah dengan mengambil kelas jahitan dengan tenaga pengajar yang terbaik di Liana Training Centre. 

Tenaga Pengajar Yang Pakar Dalam Bidang Jahitan – Liana Training Centre

Kepada para peminat menjahit dan juga untuk yang berminat untuk mendalami kemahiran menjahit, Liana Training Centre menawarkan kelas jahitan di mana anda boleh mengasah kepakaran menjahit dengan cara belajar menjahit yang mudah. Tenaga pengajar di Liana Training Centre merupakan seorang yang berpengalaman mengajar dalam bidang jahitan dan rekaan fesyen selama 10 tahun.

Antara kemahiran menjahit yang boleh anda pelajari di sini adalah cara jahit pelbagai fesyen, cara membuat pola dan juga kaedah menjahit teknik-teknik asas kepada yang baru bermula. Jika anda langsung tidak mempunyai pengalaman menjahit pun tidak mengapa, di Liana Training Centre anda akan didedahkan dengan cara menjahit step by step.

Belajar Menjahit Di Liana Training Centre Boleh Dapat Sijil Juga

Di Liana Training Centre anda bukan hanya berpeluang untuk mempelajari pelbagai kaedah jahitan menarik dengan mudah malah anda juga dapat menerima sijil sebagai pengiktirafan untuk kemahiran anda. Untuk pengetahuan anda, Liana Training Centre menawarkan dua jenis pakej mengikut keperluan bajet dan kesesuaian anda.

  • Pakej A  

Yuran untuk pakej ini boleh didapati dalam harga RM 3,499 dan anda akan berpeluang belajar menjahit cara mudah untuk 10 fesyen pakaian wanita serta pakaian lelaki. Sijil juga akan diberi. Dalam pakej A, anda boleh belajar menjahit tudung secara PERCUMA (jahit tudung satu fesyen).

  • Pakej B 

Yuran untuk pakej ini boleh didapati dalam harga RM 5,999 di mana anda boleh mempelajari cara jahitan untuk 20 fesyen pakaian wanita dan pakaian lelaki. Sijil akan diberi sebagai tanda pengiktirafan anda. Dalam pakej B, anda boleh belajar menjahit tudung dan baju kanak-kanak secara PERCUMA (jahit tudung satu fesyen + belajar jahit baju kanak-kanak perempuan satu fesyen).

Mengenai pembayaran yuran kelas, di Liana Training Centre, tiada masalah jika anda hendak membuat pembayaran secara ansuran. Anda boleh bayar secara ansuran dalam kadar 3 kali atau 4 kali pembayaran untuk Pakej B manakala 2 atau 3 kali bayaran secara ansuran untuk Pakej A.

Jadual Kelas Jahitan Liana

Berikut merupakan maklumat waktu kelas jahitan Liana:

Sesi kelas terdapat dalam dua waktu iaitu sesi pertama pada waktu pagi dan sesi kedua pula di waktu petang. Kelas jahitan Liana dibuka pada setiap hari kecuali pada hari Khamis. 

Kelas pagi akan bermula pada jam 10 pagi sehingga 1 petang. Waktu rehat selama sejam bermula dari pukul 1 petang sehingga 2 petang. Sesi kelas petang bermula selepas waktu rehat iaitu pada jam 2 petang sehingga 5 petang. Durasi setiap kelas adalah selama 3 jam. Masa yang panjang untuk anda segala asas-asas jahitan. 

Jom Lihat Testimoni Peserta Belajar Jahit Di Liana Training Centre

Siapa kata belajar menjahit ini susah? Tengoklah sendiri, ramai orang seronok belajar menjahit di Liana Training Centre. Anda pun boleh belajar menjahit dengan mudah di sini. Banyak jenis teknik-teknik asas yang boleh dipelajari.



Kemudian, boleh pula menggayakan baju jahitan sendiri! Boleh belajar macam-macam stail baju yang diingini. Kalau tak percaya, lihatlah sendiri!

Begitu Mudah Untuk Belajar Menjahit – Jom Belajar Di Liana Training Centre

Kalau ada yang berminat nak asah kemahiran menjahit ataupun yang tahap beginner, bolehlah pelajari jahitan dengan cara mudah di Liana Training Centre. Boleh terus pergi ke Kedai Jahitan Liana di 3, Jalan Perjiranan 4, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor ataupun yang tinggal berjauhan boleh hubungi mereka di maklumat seperti berikut:

Email:  kursusjahitltc123@gmail.com

Tel: 016-7831120 / 0183989748

Whatsapp:  0167831120

Kalau ada yang berminat nak asah kemahiran menjahit ataupun yang tahap beginner

bolehlah pelajari jahitan dengan cara mudah di Kedai Jahitan Liana

Liana Training Center

SENANGNYA MENJAHIT - JOM BELAJAR DI KEDAI JAHITAN LIANA

Nak Belajar Menjahit
Social Media

3, Jalan Perjiranan 4, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor

Kalau ada yang berminat nak asah kemahiran menjahit ataupun yang tahap beginner

bolehlah pelajari jahitan dengan cara mudah di Kedai Jahitan Liana

Call Whatsapp

Kalau ada yang berminat nak asah kemahiran menjahit ataupun yang tahap beginner

bolehlah pelajari jahitan dengan cara mudah di Kedai Jahitan Liana