Untuk berjaya dan menjadi usahawan terkemuka di Malaysia bukanlah perjalanan yang mudah. Tetapi dengan strategi bisnes yang betul dan ilmu bisnes yang kukuh, siapa sahaja boleh menjadi usahawan yang berjaya dan mampu “maintain” kedudukannya dalam industri perniagaan. Jadi, apakah strategi bisnes dan ilmu bisnes yang patut anda ketahui untuk memegang nama sebagai usahawan berjaya di Malaysia?
Jawapannya terletak dalam buku yang berjudul “Jual Apa Sahaja Guna Video” ini. Semua yang anda patut tahu mengenai cara berkesan melakukan pemasaran yang secara langsung dapat membantu meningkatkan jualan. Buku ini boleh dikatakan kunci terbaik kepada setiap usahawan untuk menaiktaraf prestasi bisnes mereka ke taraf 100%. Buku ini pasti berguna kepada anda sebab perkara yang dikongsikan oleh penulis buku ini, Muaz Yaid bukan sekadar tips semata-mata tetapi buku pertama yang menceritakan secara praktikal tentang pemasaran video.
Nak lebih terus-terang, buku ini lebih sesuai untuk yang sudah mula dengan bisnes dan memerlukan strategi bisnes yang lebih berkesan dan berhasil. Ataupun anda mempunyai ilmu asas mengenai video marketing tetapi tidak berapa mengenali cara untuk mengaplikasikannya dalam bisnes anda, dapatkan buku Jual Apa Sahaja Guna Video secepat yang mungkin. Wajib!
Jika anda mahukan lebih ramai orang mengenali bisnes dan produk anda, strategi yang tepat untuk melakukannya adalah melalui pemasaran. Pemasaran yang menjurus kepada visual dalam bentuk video dan sebab itulah trend bisnes berkesan dan popular pada masa kini adalah video marketing. Maka, buku Jual Apa Sahaja Guna Video menjelaskan secara terperinci konsep dan kaedah menggunakan medium video untuk pemasaran dan jualan.
Apa yang mewajibkan anda untuk mendapatkan buku ini adalah kredibiliti dan kemahiran serta pengalaman luas penulis buku, Muaz Yaid dalam industri perniagaan dan video marketing. Berbekalkan dengan 12 bab, kandungan buku ini adalah hasil pengalaman Muaz di dalam bidang pemasaran dan jualan selama lebih dari 13 tahun di mana Muaz mula berkecimpung secara aktif dalam dunia jualan dan pemasaran seawal 17 tahun lagi.
Yang paling penting, 12 bab dalam buku ini penuh dengan teori, contoh-contoh dan praktikal langkah demi langkah menghasilkan video pemasaran yang sesuai untuk pemasaran online dan media sosial. Sehingga kini, prinsip dan asas yang terkandung di dalam buku Jual Apa Sahaja Guna Video telah digunakan untuk menghasilkan lebih 300 video bagi membantu pemasaran dan jualan pelbagai jenis produk dan servis.
Pasti tiada pemilik bisnes yang tidak kenal dengan Hasbul Brothers dan untuk pengetahuan anda, Muaz Yaid berperanan sebagai Business Growth Strategist di Hasbul Brothers lebih 1 setengah tahun dan telah menghasilkan lebih kurang 30 video marketing untuk Majalah Niaga dan Team Hasbul Brothers.
Hal ini kerana, kepakaran Muaz dalam bidang video marketing terletak dalam penghasilan video jualan berimpak tinggi. Salah satu sebab utama yang membezakan kepakaran video marketing Muaz daripada videographer yang lain adalah Muaz lebih mementingkan dan memahami tanggungjawab video pemasaran dengan jelas dan penghasilan video-nya tidak terbatas kepada visual yang cantik dan profesional sahaja. Penyampaian mesej yang relevan dan bermakna kepada audien berjaya meningkatkan jualan serta membina jenama pelbagai bisnes di Malaysia.
Oleh itu, dalam buku ini, anda boleh mempelajari dan mempraktikkan elemen video marketing yang berkesan dan berhasil daripada Muaz Yaid termasuk:
Malah, buku Jual Apa Sahaja Guna Video adalah contoh dan ilmu terbaik yang perlu anda pelajari sebagai pemilik bisnes di mana untuk penghasilan video marketing yang berkesan dan berhasil, anda tidak perlu pun menggunakan kelengkapan produksi atau kamera canggih untuk buat video. Cuma pakai handphone di tangan pun memadai!
Anda boleh dapatkan buku Jual Apa Sahaja Guna Video oleh Muaz di gedung buku yang ada di Malaysia. Miliki naskah anda yang tersendiri hari ini!