Jika anda merupakan seorang suami atau ibu tunggal, sudah tentu anda akan merisaukan nasib tanggungan anda sekiranya anda telah tiada satu hari nanti. Cukupkah makan pakai mereka? Bagaimana pula dengan pengurusan kewangan mereka? Sudah tentu mereka akan memerlukan bantuan kewangan untuk menguruskan anak – anak. Anda perlu memberikan mereka kewangan yang kukuh agar mereka boleh meneruskan kehidupan dengan baik setelah anda tiada.Â
Anda boleh mengambil pelan wasiat hibah sekiranya anda mahu memberikan mereka kehidupan yang selesa selepas anda meninggal dunia. Persediaan perlu dibuat mulai hari ini kerana kita tidak pernah tahu bilakah ajal akan datang menjemput kita. Persediaan terbaik yang kita boleh buat adalah dengan memberikan mereka wasiat hibah di mana jumlah pampasan yang diberikan boleh membantu mereka untuk menjalankan urusan kewangan dengan lebih mudah.Â
Anda boleh membuat pilihan yang bijak dengan memilih pelan wasiat hibah dari AIA kerana mereka memberikan pampasan minimum sebanyak RM50,000 kepada penama hibah dengan caruman bulanan serendah RM48 sahaja sebulan. Jadi, dengan harga ini, penama hibah anda sama ada isteri, anak, ahli keluarga meskipun sesiapa sahaja yang anda namakan boleh mendapat manfaat melalui pelan wasiat hibah AIA.Â
Dengan perancangan ini, anda pasti dapat memberikan bantuan kepada ahli keluarga anda dan memberikan kehidupan yang lebih bermakna kepada mereka meskipun sesuatu yang di luar jangkaan berlaku kepada anda ataupun anda telah meninggalkan mereka di dunia ini.Â
Antara wasiat hibah takaful dan faraid, yang mana lebih baik untuk orang tersayang anda? Seperti yang anda tahu, faraid merupakan harta pusaka yang perlu dibahagikan mengikut bilangan faraid yang betul, harta pusaka merupakan harta yang tidak ditukar nama kepada orang lain setelah pemilik tersebut telah meninggal dunia. Jadi, harta tersebut perlu dibahagikan secara adil.Â
Namun, dengan wasiat hibah takaful, penama hibah tersebut adalah penerima mutlak di mana tiada sesiapa pun yang boleh mempertikaikan penama tersebut dengan apa yang dilakukan oleh penama dengan pampasan yang diterima. Sudah tentu wasiat hibah adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai isteri, suami dan anak – anak kerana wang pampasan tersebut boleh digunakan untuk menguruskan hal mereka tanpa campur tangan orang lain.Â
Terdapat pelbagai jenis wasiat hibah AIA yang anda boleh pilih bersesuaian dengan bajet dan keperluan anda. Berikut adalah jenis – jenis wasiat hibah untuk anda;
A – Life Legasi memberikan perlindungan kematian yang unik, pelaburan patuh shariah dan fungsi infaq atau wakaf kepada organisasi pilihan anda. Minimum perlindungan adalah RM350,000. Ia sesuai diambil oleh peniaga, usahawan, pekerja sektor swasta dan kerajaan.Â
Perlindungan hibah A-Life Legasi;
Pelan wasiat hibah A-Life Kasih adalah pelan wasiat hibah yang lebih murah dan berbaloi. Ia sesuai diambil sekiranya anda memerlukan hibah untuk diberikan kepada waris atau pasangan.Â
Pihak AIA memberikan sehingga 200% pampasan kepada nama yang dicarum, berikut adalah peratus pampasan yang diberikan;
Berikut adalah perlindungan yang diberikan;
Pelan ini adalah pelan wasiat hibah keluarga yang menyediakan jaringan keselamatan kewangan sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka kepada anda.Â
Berikut adalah perlindungan yang diberikan dengan pelan wasiat hibah A-Life Ikhtiar;
Jadi, apa kelebihan pelan wasiat hibah dari AIA berbanding hibah – hibah yang ditawarkan oleh syarikat lain? Berikut adalah kelebihan pelan takaful hibah AIA;
Dengan pelan wasiat hibah AIA, pampasan yang diberikan kepada penama hibah adalah minimum RM50,000 hingga RM500,000, jadi sekiranya anda merupakan seorang suami yang mahu meninggalkan kehidupan selesa kepada isteri dan anak – anak anda setelah anda tiada nanti, pastikan anda mendapatkan pelan wasiat hibah dari AIA. Pelan ini sangat membantu sekiranya isteri anda merupakan suri rumah tangga dan perlu membayar bil – bil dan urusan anak – anak.Â
AIA sudah semestinya akan membantu anda untuk mendapatkan pelan wasiat hibah yang mampu milik agar para suami dapat meninggalkan sesuatu kepada isteri dan anak mereka suatu hari nanti. Dengan harga serendah RM48 sebulan, anda akan memberikan pampasan sehingga RM500,000 kepada mereka.Â
Pampasan yang diberikan akan cepat dicairkan seawal 5 hari waktu bekerja. Jadi, anda tidak perlu risau sekiranya anda hanya meninggalkan hibah sahaja kepada anak isteri kerana pihak AIA akan memastikan wang akan cepat masuk ke dalam akaun bank penama. Ia adalah lebih baik berbanding harta pusaka dan faraid kerana ia membuatkan pusaka dan faraid boleh membuatkan duit di dalam bank anda dibekukan.Â
Syarikat AIA telah memberikan satu jenis pelan yang sangat unik berbanding syarikat lain. Mereka memberikan pelan hibah suami isteri sekaligus di dalam satu pelan tanpa perlu mengambil pelan yang berbeza. Pelan ini dipanggil pelan A-Plus ProtectSpouse-i). Jadi, tidak perlulah anda mengambil pelan yang berbeza untuk pasangan anda lagi!
Pelan wasiat hibah AIA sudah semestinya mematuhi syariah dan akan memberikan anda pampasan yang tidak diambil melalui riba dan cara yang haram. Pampasan yang diberikan kepada penama adalah di dalam bentuk yang suci dan bebas dari sebarang riba. Anda akan mencapai matlamat kewangan anda dengan menggunakan pelaburan yang patuh syariah.Â
Quotation/ Sebut Harga Percuma!:Â
https://takafulhayat.com/quotation-sebutharga-takaful-percuma/