Vivo V60 Menyerlah di Pulau Pinang dengan Harga Permulaan RM1,999, 10x ZEISS Telephoto Zoom Portrait Terunggul dalam Segmen dan Ganjaran Eksklusif Bernilai Sehingga RM1,000
vivo V60 dilengkapi dengan 50 MP ZEISS Super Telephoto serta ZEISS Multifocal Portrait, pilihan ideal untuk merakam persembahan, potret, dan setiap detik istimewa dengan sempurna.
KUALA LUMPUR, 4 September 2025 – Vivo Malaysia secara rasmi melancarkan telefon pintar Flagship ZEISS Portrait terbaharunya, vivo V60. Pelancaran eksklusif dan roadshow vivo V60 Superday di Pulau Pinang, memberikan peminat tempatan akses pertama kepada pengalaman pengimejan berkuasa ZEISS.
Sempena pelancaran ini, vivo menawarkan promosi Superday istimewa. Di mana pelanggan yang membeli vivo V60 akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,000. Termasuk kotak hadiah edisi terhad vivo V60 × POPMART Zsiga dengan setiap pembelian. Selagi stok masih ada.
Diskaun tambahan untuk aksesori turut ditawarkan sepanjang acara yang berlangsung selama satu hari sahaja. Peminat dijemput hadir ke roadshow untuk menjadi antara yang pertama merasai kehebatan potret premium vivo V60.

“Dengan harga di bawah RM2,000. Pelanggan berpeluang memiliki telefon pintar flagship berkuasa ZEISS untuk potret,” kata Mark Long, Pengurus Wilayah Utara vivo Malaysia.
“Vivo V60 menggabungkan lensa potret ZEISS dengan prestasi pengimejan yang setanding dengan flagship premium. Menjadikannya pilihan naik taraf ideal untuk peminat fotografi.”
Sempena roadshow vivo V60 Superday di Pulau Pinang. Pelanggan yang membeli peranti ini dari tarikh pelancaran hingga 7 September akan menerima pek hadiah selepas jualan eksklusif bernilai sehingga RM1,000, termasuk kotak hadiah edisi terhad vivo V60 × POPMART Zsiga.
Sambutan amat menggalakkan, dan kami berbangga dapat membawa pengalaman ini kepada peminat kami di rantau ini.”

Pada hari acara, 20 pelanggan pertama yang membeli peranti ini akan menerima hadiah premium eksklusif sebagai tanda penghargaan vivo kepada pengguna terawal.
Pelanggan yang berada di kedudukan pertama hingga kesepuluh akan menerima kotak hadiah kolaborasi edisi terhad vivo V60 × POPMART Zsiga. Manakala pelanggan di kedudukan kesebelas hingga kedua puluh akan membawa pulang bagasi vivo V60 rekaan khas yang bergaya dan praktikal.
Selain itu, semua pelanggan yang membeli mana-mana telefon pintar vivo semasa roadshow Superday, layak menyertai cabutan bertuah dengan hadiah bernilai sehingga RM1,000 termasuk peranti pintar dan aksesori premium.
Vivo V60 Superday bukan sekadar pameran produk, tetapi ia merupakan sambutan dinamik inovasi dan komuniti. Hal ini, mengundang peminat untuk merasai kehebatan potret flagship vivo V60 dalam suasana yang imersif dan penuh keterlibatan.
Dibangunkan bersama ZEISS, vivo V60 baharu mendefinisi semula fotografi potret dengan Kamera Super Telefoto ZEISS 50 MP yang serba boleh. Menampilkan 10x ZEISS Telephoto Zoom Portrait terunggul dalam segmen, ZEISS Multifocal Portrait dengan dua panjang fokus emas terus dari flagship Vivo X200, iaitu 85mm dan 100mm, serta pelbagai ciri pengimejan lanjutan yang lain.

“Dibangunkan dengan visi untuk membawa fotografi potret setaraf profesional ke dalam telefon pintar, vivo V60 membantu pengguna merakam momen indah dengan mudah.
Dengan 50 MP ZEISS Super Telephoto Camera yang mampu menghasilkan potret jarak dekat yang lebih jelas walaupun dari jauh. Inilah peranti yang pasti anda ingin bawa ke acara istimewa seterusnya,” kata Mike Xu, CEO vivo Malaysia.
Daripada kemampuan fotografi yang mudah, reka bentuk tahan jatuh, hinggalah bateri yang tahan lama, vivo V60 adalah teman setia yang mampu mengikuti rentak anda serta menyokong tugasan paling mencabar.
Vivo V60 baharu hadir dengan sistem pengimejan serba boleh yang dibangunkan bersama ZEISS. Direka untuk menghasilkan potret memukau, vlog persembahan, serta momen istimewa bersama rakan dan keluarga.
50 MP ZEISS Super Telephoto Camera memberikan hasil setaraf profesional dengan sensor Sony IMX882 (1/1.953”) berkuasa tinggi dan bukaan besar f/2.65.
Reka bentuk periskop inovatifnya pula membolehkan zum telefoto yang lebih hebat tanpa menambah ketebalan modul kamera.

(Gambar hanyalah simulasi untuk tujuan demonstrasi. Sila rujuk hasil rakaman sebenar sebagai standard.)

(Gambar hanyalah simulasi untuk tujuan demonstrasi. Sila rujuk hasil rakaman sebenar sebagai standard.)
Vivo V60 dengan 10x ZEISS Telephoto Zoom Portrait membolehkan pengguna merakam close-up persembahan pentas yang jelas dan hidup, seolah-olah mereka berada di barisan hadapan.
Ia mengekalkan perincian halus seperti ekspresi wajah, tona kulit semula jadi dan tekstur pakaian, menjadikan tenaga persembahan terasa dalam setiap foto. Dengan algoritma eksklusif vivo, pengguna hanya perlu menekan mod Stage Style untuk mengoptimumkan rakaman pentas secara automatik.
Satu lagi ciri hebat ialah ZEISS Multifocal Portrait yang menawarkan lima panjang fokus potret emas, diinspirasikan daripada kamera profesional.
Dipertingkatkan dengan ZEISS Style Bokeh, pengguna kini lebih mudah merakam potret sinematik yang menampilkan gaya ikonik lensa ZEISS.
Untuk acara khas seperti konsert atau festival muzik, panjang fokus 85 mm dan 100 mm membolehkan pengguna merakam detik penuh emosi dari jauh dengan kualiti sinematik dan kesan bokeh yang lembut.
vivo V60 tersedia dalam tiga pilihan warna yang diinspirasikan oleh alam semula jadi: Berry Purple, Summer Blue dan Misty Grey.
Setiap warna direka dengan teliti untuk mengimbangi keanggunan visual dan praktikaliti harian, sesuai dengan pelbagai gaya dan citarasa peribadi.

Bermula hari ini, vivo V60 boleh didapati pada harga RM1,999 untuk varian 12GB + 256GB dan RM2,299 untuk varian 12GB + 512GB. Pelanggan juga boleh menikmati tawaran eksklusif dalam talian pada harga RM1,899 untuk varian 8GB + 256GB.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.vivo.com/my
Laman Web Rasmi: https://www.vivo.com/my
Facebook: https://www.facebook.com/vivoMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/vivo_malaysia/
Maklumat PR?
Saiyidai – saiyidai@my.vivo.com
Vivo merupakan syarikat teknologi yang mencipta produk hebat berdasarkan nilai berasaskan reka bentuk, dengan peranti pintar dan perkhidmatan pintar sebagai terasnya.
Syarikat ini bertujuan untuk membina jambatan antara manusia dan dunia digital. Melalui kreativiti yang unik, vivo menyediakan pengguna dengan kehidupan mudah alih dan digital yang lebih selesa.
Mengikuti nilai teras syarikat, termasuk Benfen*, orientasi pengguna, nilai berasaskan reka bentuk, pembelajaran berterusan, dan semangat berpasukan. Vivo telah melaksanakan strategi pembangunan mampan dengan visi untuk berkembang menjadi sebuah syarikat bertaraf dunia yang lebih sihat dan mampan.
Sambil menghimpunkan dan membangunkan bakat tempatan terbaik untuk memberikan kecemerlangan. Vivo disokong oleh rangkaian pusat R&D di Shenzhen, Dongguan, Nanjing, Beijing, Hangzhou, Shanghai dan Xi’an. Yang memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi pengguna canggih, termasuk 5G, kecerdasan buatan, reka bentuk industri, sistem pengimejan, dan teknologi lain yang kian berkembang.
Vivo juga telah menubuhkan rangkaian pembuatan pintar (termasuk yang dibenarkan oleh vivo) dengan kapasiti pengeluaran tahunan hampir 200 juta telefon pintar.
Sehingga kini, vivo telah mengembangkan rangkaian jualannya di lebih daripada 60 negara dan wilayah serta disukai oleh lebih daripada 400 juta pengguna di seluruh dunia.
*”Benfen” ialah istilah yang menggambarkan sikap terhadap melakukan perkara yang betul dan melakukan perkara dengan betul – yang merupakan gambaran ideal tentang misi vivo untuk memberi nilai kepada masyarakat.
Untuk artikel penuh, layari : https://khalifahmedianetworks.com/vivo-lancarkan-telefon-pintar-vivo-v60/
Alaminya dengan vivo V60 50MP ZEISS Super Telephoto Camera hari ini !
vivo V60
50MP Super Telephoto Camera
Dapatkan Sekarang!