Review
May 10, 2023, 10:14am

Toyota Vellfire – Kereta Sewa Bajet di Kota Kinabalu


Jom Rancang Percutian Menarik di Kota Kinabalu! Nak tahu kereta sewa bajet Kota Kinabalu? Ikuti artikel ini sehingga habis.

tempat menarik di sabah

Dengan tentatif perancangan yang baik, anda akan bercuti sepuas hati dengan mengurangkan risiko buruk terjadi sepanjang percutian anda nanti. Tambah pula, sekiranya anda tidak mempunyai kenalan atau keluarga di bumi Sabah, ini akan menyulitkan lagi perjalanan anda sepanjang bercuti nanti.

Sebab itulah anda perlukan tentatif yang lengkap dan teratur. Tempat lawatan pula harus disusun mengikut jarak lokasi, mengambil kira kesesuaian peringkat umur ahli rombongan, bajet yang diperuntukkan dan juga tempoh masa percutian anda di Kota Kinabalu nanti. Mari baca perkongsian artikel seterusnya untuk mengetahui 5 tempat wajib pergi di Kota Kinabalu!

5 Tempat Wajib Singgah di Kota Kinabalu

#1 Pasar Filipina Sabah

pasar filipina

Terletak di Pusat Bandar Kota Kinabalu, Pasar Filipina menjadi tumpuan pelancong dari luar Sabah dan juga penduduk tempatan sendiri. Di sini anda boleh lihat lambakan jualan hasil laut yang jarang kita jumpa di Semenanjung Malaysia dan dijual dengan harga yang murah. Lagi murah jika anda pandai tawar menawar. Anda boleh beli makanan laut segar di Pasar Filipina Sabah dan bawa ke restoran untuk terus dimasak. Sangat menyelerakan bila dapat makan makanan laut yang segar.

#2 Taman Tunku Abdul Rahman

Taman Tunku Abdul Rahman

Bagi anda yang sukakan laut dan aktiviti air, anda disarankan untuk pergi ke Taman Tunku Abdul Rahman atau dikenali juga sebagai Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Terdiri daripada 5 buah pulau yang berhampiran iaitu Pulau Manukan, Sapi, Gaya, Sulug dan Mamutik. Di sini ada pelbagai aktiviti boleh dilakukan termasuklah snorkeling, berkayak, menyelam skuba, mandi manda, dan sebagainya.

#3 Pantai Tanjung Aru

melancong di Sabah

Bagi anda yang sukakan ketengangan laut dan kecantikan sunset, menjadi kerugian jika anda tidak singgah di Pantai Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Pemandangan sunset Pantai Tanjung Aru cukup terkenal sebagai pemandangan sunset paling cantik di Asia. Selain melihat pemandangan yang cantik, boleh juga anda lepak sambil makan-makan di deretan kedai makan di Pantai Tanjung Aru.

#4 Mari Mari Cultural Village

mari-mari cultural village

Mahu mendekati semua etnik dan budaya di Sabah merupakan suatu yang mustahil. Jimat masa dan tenaga, anda hanya perlu ke Perkampungan Budaya Mari Mari yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Di sini, anda boleh lihat dengan dekat bagaimana budaya mereka, dialek, sumber pekerjaan, makanan dan juga gaya hidup mereka. Malah, anda juga diberi kebenaran untuk mencuba sendiri aktiviti lasak etnik di Sabah dengan pemantauan rapi dari pihak pengurusan Perkampungan Budaya Mari Mari.

#5 I Love KK Sign

i love kk sign

Wajib hadir di mercu tanda Kota Kinabalu untuk menandakan anda sudah menjejakkan kaki di Kota Kinabalu. Tidak sah rasanya kalau tidak bergambar di ‘I LOVE KK’ ini untuk mengabdikan kenangan percutian menarik anda di Kota Kinabalu.

Rancang Perjalanan dengan Sewa Kereta Bajet di Kota Kinabalu

Kalau mahu ke semua tempat yang dikongsikan, anda perlu merancang perjalanan anda dengan rapi. Lagi mudah bila anda dapatkan kereta kereta sewa KK murah. NH Travel menyediakan servis kereta sewa harga bajet di Kota Kinabalu. Servis NH Travel sangat berkualiti, cepat dan keadaan kereta terbaik menjadikan NH Travel adalah syarikat kereta sewa terbaik di Kota Kinabalu.

NH travel

Toyota Vellfire – Kereta Sewa Bajet di Kota Kinabalu

NH Travel menawarkan harga sewa kereta mewah Vellfire yang murah dan berpatutan. Nikmati pemanduan dan pengalaman unik bercuti dengan Toyota Vellfire di Kota Kinabalu. Toyota Vellfire akan memastikan anda dan keluarga bercuti dengan keselesaan, ruang tempat duduk yang luas, ruang bagasi yang besar, dan pengalaman pemanduan yang memuaskan. Percutian di Kota Kinabalu dengan Toyota Vellfire NH Travel pasti membawa keseronokan kepada semua.

Boleh Tempah Pemandu Toyota Vellfire Kereta Sewa Bajet Kota Kinabalu

NH Travel juga menyediakan pemandu jika anda ingin menikmati percutian anda di Kota Kinabalu dengan lebih sepenuhnya. Pemandu yang disediakan telah mempunyai pengetahuan tentang tempat-tempat menarik yang seharusnya dilawati, kecekapan dalam navigasi jalan di Kota Kinabalu, dan pengalaman yang cukup. Ini akan menjimatkan masa anda dan menjadikan perjalanan dari satu tempat ke tempat lain di Kota Kinabalu lebih lancar.

chauffer

NH Travel Menjadi Pilihan Ramai Artis dan Selebriti Tanahair

nabila huda

artist

artist

artist

Tempah Sekarang dan Dapatkan Sewa Murah dan Bajet dari NH Travel

NH Travel menawarkan polisi tempahan dan pembatalan yang fleksibel. Keutamaan NH Travel adalah kepuasan anda. Tempah sekarang kereta sewa bajet murah di Kota Kinabalu! Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian hotline 013-865 8484, 088-25 8484 atau 010-810 8484. Anda juga boleh menghubungi mereka melalui WhatsApp dengan klik butang di bawah!

Nak sewa kereta di Kota Kinabalu?

Jom sewa kereta murah di NH Travel

NH Travel

Kereta Sewa Murah Kota Kinabalu

Tempah Sekarang
Social Media
Nak sewa kereta di Kota Kinabalu?

Jom sewa kereta murah di NH Travel

Call Whatsapp Layari Website

Nak sewa kereta di Kota Kinabalu?

Jom sewa kereta murah di NH Travel