Review
May 24, 2021, 4:18pm

Tips Renovate Rumah Dengan Bajet Rendah Di Kuala Lumpur


Pengubahsuaian rumah boleh memakan banyak masa dan menjadi mahal, jika tidak dirancang dengan baik. Ya, anda boleh menyewa seorang arkitek untuk melakukan semua perancangan untuk anda dan pakar pengubahsuaian rumah seperti 3R Global Sdn Bhd untuk perkhidmatan pengubahsuaian yang berbeza mengikut kemahuan anda.

Walau bagaimanapun, kekangan kewangan terutamanya pada masa kemelesetan ekonomi disebabkan isu pandemik COVID-19 boleh membuatkan anda terfikir-fikir mengenai kos perbelanjaan anda untuk renovasi kediaman anda. Sama ada pembinaan rumah baru atau renovasi rumah adalah perkara penting juga dan ramai yang salah anggap dengan mengkategorikannya sebagai satu kehendak yang tidak munasabah atau kurang penting. Kediaman merupakan satu keperluan asas kepada kita dari segi perlindungan dan sudah tentu kita mahukan rumah (di mana kebanyakan waktu diluangkan) yang kemas dan selesa serta memberikan ketenangan.

Tetapi, bagaimana untuk mengatasi masalah kekangan kewangan dan membuat renovasi rumah dengan bajet rendah dan berkualiti? Mengendalikan pengubahsuaian rumah anda dengan sendiri dapat membantu menjimatkan sejumlah wang sambil mencabar kemampuan kreatif dan pemikiran pintar anda. Dalam artikel ini, anda boleh mengetahui beberapa tips berguna untuk renovate rumah anda dengan bajet rendah sekaligus mendapatkan hasil yang cantik dan berkualiti mengikut kemahuan anda. 

Apa Yang Boleh Anda Lakukan?

1. Mula Dengan Perubahan Secara Kecilan

Kadang kala, sekadar membuat perubahan rumah secara kecilan dapat membuat perbezaan besar kepada penampilan rumah anda. Sebagai contoh, anda boleh melabur dalam set TV HD berkualiti tinggi dan sistem soundset hanya untuk meningkatkan kesan sinematik di ruang anda. Tampilan ini dapat menonjolkan ruang tamu anda serta mewujudkan lebih banyak ruang, menjadikan keseluruhan ruangan kelihatan sedikit lebih besar.

Anda juga boleh mengganti beberapa permaidani atau karpet lama anda dengan karpet baru, kerana ia sering meningkatkan penampilan bilik. Pastikan mereka berpadanan dengan rekaan di ruangan anda dan tidak kelihatan ganjil. Contoh lain yang baik adalah mengubah suai pintu masuk rumah anda, kerana ia adalah laluan masuk utama ke dalam kediaman anda. Anda juga boleh mengubah hiasan dinding atau lukisan di rumah anda untuk menambah penampilan baru yang menyegarkan.

2. Mengemas Ruangan Kediaman Anda

Tidak ada cara lain yang lebih berpatutan dan munasabah untuk mengubah suai rumah anda daripada mengemas barangan di kediaman anda. Anda bahkan tidak akan menghabiskan sesen pun, tetapi hasilnya pasti bernilai setiap sen. Lazimnya, ruang yang bersih dan bebas daripada barangan yang tidak diperlukan sering kelihatan cantik walau apa pun. Oleh itu, mula mengemas ruangan anda dan jaga kebersihan harian. Anda mungkin akhirnya dapat mencipta lebih banyak ruang untuk perkara penting lain.

3. Pastikan Hiasan Rumah Yang Sangat Sederhana

Salah satu tips yang berkesan untuk renovasi rumah dalam bajet rendah adalah dengan guna pakai hiasan rumah yang sederhana. Untuk penampilan rumah yang menarik, tidak semestinya anda harus menggunakan hiasan rumah yang nampak grand

Beberapa contoh hebat adalah dekorasi lilin dapat juga mencantikkan ruangan anda. Ataupun, sekali sekala, anda boleh membuat dekorasi dengan bunga-bungaan segar. Anda juga boleh menukar langsir, menukar sarung bantal sofa anda dan juga permaidani sesekali, untuk meningkatkan nilai estetika ruangan anda. Sederhana, cantik dan menjimatkan, kerana anda mungkin sedia ada beberapa item hiasan rumah yang disebutkan ini.

4. Ubah suai Dapur Anda Dengan Bahan Yang Boleh Digunakan Semula

Semestinya, anda tidak boleh mengabaikan ruangan dapur anda semasa anda merancang pengubahsuaian rumah anda. Beberapa idea hebat adalah mengecat kabinet, membersihkannya, menyusun semula beberapa barang di sana sini sambil menggunakan semula bahan-bahan lama untuk menonjolkan penampilan ruangan anda. Ini bukan hanya suatu kaedah yang kreatif malah boleh menjadi sangat menjimatkan kepada anda.

Ruangan dapur juga boleh terdedah kepada keselerakan. Oleh itu, mula mengemas dan buangkan barangan yang tidak anda perlukan. Anda juga boleh meneliti beberapa idea DIY mengenai bagaimana menggunakan beberapa bahan yang boleh digunakan semula untuk mencantikkan ruangan dapur anda. Hal ini kerana dapur adalah satu tempat di mana anda dengan mudahnya boleh meningkatkan penampilan ruangan hanya dengan menggunakan recycled items. 

5. Berikan Lapisan Cat Yang Baru Kepada Perabot Lama Anda

Sekiranya anda mempunyai perabot lama tetapi kukuh, jangan buang untuk membeli yang baru. Cat saja. Menjimatkan dengan cara itu. Ini adalah sesuatu yang boleh anda lakukan pada masa lapang anda sendiri.

Kesimpulannya, semua yang anda perlukan adalah idea dan tips yang senang untuk diaplikasikan di dunia teknologi moden ini. Namun, perhatikan bahawa beberapa pengubahsuaian rumah mungkin memerlukan bantuan pakar kontraktor rumah, misalnya 3R Global Sdn Bhd, untuk mengelakkan sebarang kerosakan yang merugikan.

3R Global – Pakar Kontraktor Berkualiti Bina Dan Ubah Suai Kediaman Mengikut Kemahuan Dan Bajet Pelanggan

Sebagai kontraktor am, 3R Global Sdn Bhd percaya bahawa mewujudkan kepercayaan dan integriti tertinggi dengan pelanggan mereka merupakan antara aspek terpenting untuk mengukuhkan lagi mutu syarikat mereka. Syarikat tersebut juga sangat menghargai peranan mereka dalam menjayakan setiap projek klien mereka dengan berjaya di mana mereka dapat mengecapi kepuasan yang tinggi daripada pelanggan.

Sudah pasti anda terfikir bagaimana untuk membuat pengubahsuaian rumah jika kos perbelanjaan begitu tinggi sedangkan anda mahukan dalam bajet kos rendah. Jika anda dari kawasan Kuala Lumpur yang tercari-cari kontraktor rumah yang berkualiti dan dipercayai, maka anda bolehlah check out syarikat 3R Global Sdn Bhd. 

Kenali Perkhidmatan Yang Ditawarkan Oleh 3R Global

Keistimewaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat 3R Global Sdn Bhd adalah di mana mereka pastikan cara kerja mereka bercirikan “turning ideas into action”. Sekiranya, anda mempunyai design dan konsep anda yang tersendiri, 3R Global dengan mudahnya dapat menjadikannya kenyataan untuk anda dengan menggunakan kepakaran mendalam mereka dalam bidang kontraktor rumah. Jadi, antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh 3R Global Sdn Bhd meliputi:

  • Bina dan ubah suai rumah, pejabat, restoran dan lain-lain
  • Pendawaian (wiring) dan kerja-kerja elektrikal
  • Pemasangan jubin/mozek (tiles)
  • Pemasangan dan penukaran DB baharu
  • Kabinet dapur
  • Pemasangan lampu, kipas dan sebagainya

Dan banyak lagi! Selain itu, sekiranya anda mempunyai blueprint sendiri dan reka bentuk tersendiri dan unik untuk kediaman anda tetapi tidak tahu bagaimana untuk merealisasikan idea anda. Syarikat 3R Global boleh menjadikan keinginan anda menjadi kenyataan dengan kepakaran mereka yang meluas dalam bidang kontraktor. Yang paling menarik sekali, semua ini anda boleh melakukan mengikut bajet dan kemahuan anda! 

Memilih syarikat kontraktor bukan perkara yang mudah jika anda tidak tahu di mana anda harus bermula. Banyak perkara yang harus anda pertimbangkan supaya hasil kerjanya dapat memberi kepuasan kepada anda dan memenuhi keinginan yang anda idamkan. Di sini, kenapa 3R Global Group Sdn Bhd dapat menjadi pilihan bernas sebagai kontraktor rumah anda? Berikut adalah sebab kenapa: 

  1. Mempunyai lesen dan dokumen yang sah serta lengkap
  2. Mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang kontraktor
  3. Pekerja yang mahir dan skill yang tinggi
  4. Mesra pelanggan
  5. Kos yang mengikut bajet pelanggan

Terdapat juga beberapa projek pengubahsuaian rumah yang dikendalikan oleh mereka di beberapa kawasan seperti Shah Alam, Puchong dan lain-lain yang boleh dijadikan contoh yang menarik. 

Dapatkan Perkhidmatan Renovasi Dan Pembaikan Rumah Kos Rendah Dengan 3R Global Group Sdn Bhd

Adakah anda ingin bekerjasama dengan kontraktor pengubahsuaian terbaik di Kuala Lumpur? Sama ada anda ingin membina kediaman impian anda, mengubah suai seluruh ruang anda, atau sekadar memberi penampilan baru di dapur anda, jom jadikan 3R Global Sdn Bhd syarikat kontraktor pilihan anda.

Sambil-sambil online, boleh juga anda layari laman Facebook mereka di mana anda boleh lihat lebih banyak gambar projek yang telah mereka lakukan. Memang mengagumkan! Sekiranya anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut ataupun jika anda berminat untuk mendapatkan quotation, anda boleh mendapatkan maklumat tersebut di laman rasmi mereka. Malah boleh juga berhubung dengan mereka dan set appointment melalui Whatsapp di talian +6017-6789406.

Adakah anda ingin mengubah kediaman anda? Ingin mengubah suai rumah anda tetapi tidak pasti siapa yang hendak bertanya?

Berhubung segera dengan kontraktor berpengalaman dan dipercayai di Kuala Lumpur - 3R Global Group Sdn Bhd

3R Global Group Sdn Bhd

Perkhidmatan Pengubahsuaian Rumah Bajet Rendah

Nak Renovate Rumah
Social Media

14-B, Jalan BP 7/11, Bandar Bukit Puchong, 47120 Puchong, Selangor Darul Ehsan.

Adakah anda ingin mengubah kediaman anda? Ingin mengubah suai rumah anda tetapi tidak pasti siapa yang hendak bertanya?

Berhubung segera dengan kontraktor berpengalaman dan dipercayai di Kuala Lumpur - 3R Global Group Sdn Bhd

Call Whatsapp Layari Website

Adakah anda ingin mengubah kediaman anda? Ingin mengubah suai rumah anda tetapi tidak pasti siapa yang hendak bertanya?

Berhubung segera dengan kontraktor berpengalaman dan dipercayai di Kuala Lumpur - 3R Global Group Sdn Bhd