Review
Sep 10, 2021, 10:56am

Tips Bina Rumah Atas Tanah Sendiri


bina rumah idaman keluarga

Memiliki kediaman sendiri memang sudah menjadi salah satu impian penting untuk semua orang namun sayangnya tidak semua rumah yang telah siap didirikan oleh pemaju itu menepati kriteria yang di cari oleh seseorang individu. Soal rekabentuk yang kurang menepati citarasa malah masalah ruangan tanah yang agak terhad juga sering dijadikan isu hingga lebih sanggup untuk memiliki tanah sendiri untuk dibangunkan rumah kediaman idaman meskipun proses untuk memiliki rumah di atas tanah sendiri ini lebih lama berbanding dengan membeli rumah yang telah siap didirikan sepenuhnya oleh pemaju yang banyak terdapat di merata negeri menunggu pemilik sah untuk mendudukinya.

tips bina rumah sendiri

Membina rumah di atas tanah sendiri itu tidak salah malah sebenarnya ia adalah salah satu cara terbaik untuk memiliki rumah idaman masing-masing namun sebelum meneruskan rancangan untuk membina rumah di atas tanah sendiri ini, anda harus tahu tips bina rumah atas tanah sendiri supaya impian yang ingin anda kabulkan itu dapat berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa mencetuskan masalah lain yang berbangkit di hadapan hari kelak.

Ketahui Tips Untuk Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Untuk membina rumah di atas tanah sendiri memanglah tampak mudah pada dasarnya tapi hakikat sebenar ia tidaklah semudah yang di sangka kerana masih terdapat selok belok yang perlu untuk ketahui demi untuk mengelakkan sebarang masalah seperti rumah terbengkalai, di tipu pihak pembina dan sebagainya. Makin risau sekiranya tuan empunya tanah yang ingin membina rumah ini sama sekali tidak punya pengalaman bagaimana untuk menjayakan misi membina rumah di atas tanah sendiri ini dek kerana baru saja ingin memiliki rumah yang pertama.

contoh rumah bina sendiri

Kerana itu adalah lebih baik sekiranya si empunya tanah ini dapat memahami dan mengetahui sedikit sebanyak tips dan cara bagaimana untuk melalui semua proses-proses yang ada dengan cara yang tepat supaya dapat mengelakkan diri daripada pelbagai masalah yang boleh timbul itu kelak. Secara umumnya terdapat 6 (enam) perkara utama yang perlu anda ambil peduli sepanjang proses untuk memiliki rumah idaman di atas tanah sendiri ini. Enam tips utama ini memang wajib anda fokuskan supaya impian anda itu tidak akan terkandas di tengah jalan.

6 tips bina rumah sendiri

6 (enam)  tips bina rumah atas tanah sendiri tersebut adalah :

  1. Pastikan nama diri sendiri ada terpampang di dalam geran tanah
  2. Jika guna khidmat dari kontraktor, sila buat site visit
  3. Kenal pasti bentuk muka bumi dan tanah di kawasan yang ingin didirikan rumah
  4. Persiapkan plan rekaan rumah yang diidamkan
  5. Bina rumah dengan mengikut tahap kemampuan diri sendiri
  6. Kenal pasti bahan dan spesifikasi rumah idaman

persediaan sebelum bina rumah

Tips #1 – Pastikan Nama Sendiri Ada Di Dalam Geran

Geran tanah adalah satu dokumen yang paling penting dan wajib di dalam proses pembinaan rumah kerana ia adalah bukti sahih bahawa tanah tersebut layak untuk didirikan sesebuah kediaman dan di geran tanah itu juga turut terpampang kategori untuk tanah tersebut samada untuk pertanian, komersial mahupun kediaman. Seandainya kategori yang tertera pada geran tanah tersebut adalah pertanian maka si pemilik haruslah terlebih dahulu menukarkan kategori tanah itu kepada kediaman bagi membolehkan tanah itu digunakan sebagai tapak sebuah kediaman. Dalam hal ini, anda boleh menukarkan kategori itu dengan sendiri ataupun anda juga boleh meminta khidmat perunding tanah mahupun peguam jika inginkan proses penukaran itu menjadi lebih lancar.

pengesahan pemilikan geran tanah

Akan tetapi terdapat satu lagi perkara yang lebih penting patut anda teliti terlebih dahulu yakni anda harus pastikan bahawa telah terdapat nama anda sendiri di atas geran tersebut sebagai pemilik tanah yang sah. Jangan nanti anda beli tanah dari individu lain dengan niat untuk terus saja membina kediaman di atas tanah itu tanpa menguruskan proses penukaran nama sehingga selesai. Ini bagi menjamin tahap keselamatan terhadap diri anda sendiri supaya tidak di tipu sehingga boleh mengalami kerugian yang besar.

Tips #2 – Kenalpasti Bentuk Muka Bumi Kawasan Bakal Penempatan

Setelah proses geran tanah selesai maka anda bolehlah meneruskan langkah seterusnya dengan mengkaji dan mengenal pasti bentuk sebenar muka bumi kawasan yang bakal didirikan rumah itu dengan lebih teliti. Jika terdapat pokok, semak samun, hutan malah akses jalan juga tidak ada maka anda dengan sendirinya perlu mengambil jalan penyelesaian dengan membersihkan kawasan tersebut dengan sebaiknya. Jika kawasan tersebut agak rendah maka anda juga harus melakukan proses menambun tanah supaya proses pembinaan nanti dapat dilakukan dengan lebih lancar dan cepat.

lokasi bina rumah dan jenis tanah

Kos-kos untuk kerja pembersihan dan meninggikan tapak rumah ini adalah tugas si empunya tanah itu sendiri dengan menggunakan kos sendiri juga kerana ianya adalah berasingan dengan kos yang perlu diperuntukkan untuk kerja pembinaan nanti. Jangan juga lupa untuk meletakkan batu tanda sempadan supaya pihak kontraktor akan tahu had kawasan sebenar tanah anda nanti.

perbincangan kos pembinaan rumah sendiri 

Setelah selesai kerja pembersihan tanah dan batu sempadan maka bolehlah anda mula meluangkan masa untuk bertemu secara berhadapan dengan pihak kontraktor yang boleh dipercayai bersama dengan segala dokumen yang berkaitan untuk diteliti. Pihak kontraktor akan turut membantu dengan menjelaskan dengan lebih terperinci akan proses-proses yang perlu dilalui termasuk mendapatkan kelulusan dari majlis daerah bagi pihak anda.

Tips #3 – Upah Arkitek Untuk Siapkan Pelan Reka Bentuk Rumah Yang Sesuai Mengikut Keluasan

Kelebihan yang paling utama jika membina tanah di atas tanah sendiri seperti ini adalah apabila si pemilik ini boleh memberikan idea dan juga mengemukakan kehendak bagaimana rupa kediaman yang diingini sejak sekian lama itu. Sekadar bercerita tentang apa yang diidamkan adalah agak sukar untuk difahami oleh orang lain maka cara yang paling tepat adalah dengan menyiapkan pelan reka bentuk rumah tersebut supaya jelas di kaca mata semua orang lain yang perlu terlibat sepanjang proses pembinaan rumah tersebut.

pelan rekabentuk rumah

Tugas ini boleh diserahkan kepada pihak pelukis pelan. Dengan adanya si pelukis pelan ini anda dapatlah menentukan reka bentuk dan konsep rumah yang anda idamkan itu kerana secara tidak langsung sebenarnya anda juga sedang sedaya upaya membina rumah idaman anda sendiri daripada hanya impian mimpi kepada sebuah realiti yang pasti.

gambar 3D rekaan rumah

Tips #4 – Tetapkan Hati Untuk Membina Rumah Mengikut Kemampuan

Kos pembinaan ini sebenarnya boleh di kawal oleh anda sendiri kerana hakikatnya reka bentuk untuk rumah tersebut adalah hasil daripada cetusan idea anda sendiri. Anda tentukan samada ingin membina rumah kediaman di dalam bentuk banglo, semi D mahupun rumah bersaiz yang agak kecil. Tugas kontraktor adalah untuk mengikut kehendak anda dan dalam masa yang sama pihak kontraktor juga akan membantu memberi cadangan bentuk rumah mengikut budget yang telah ditetapkan sejak awal itu.

bina rumah mengikut kemampuan

Yang pasti sebenarnya kos pembinaan ini akan sangat jimat sekiranya anda mengambil keputusan untuk membinanya di atas tanah sendiri. Ini kerana kos pembinaan rumah di atas tanah sendiri ini sebenarnya jauh lebih rendah berkali-kali ganda jika hendak dibandingkan dengan kos rumah yang telah dipersiapkan oleh mana-mana pihak pemaju di luar sana kerana kita sedia maklum yang pihak pemaju ini juga akan meraih keuntungan di atas kos pembelian anda ke atas rumah tersebut.

Tips #5 – Ambil Tahu Bahan Yang Digunakan Termasuk Spesifikasi Rumah

Setelah segala pelan itu siap, apa yang perlu diambil peduli adalah pada jenis-jenis bahan yang akan digunakan untuk membina rumah tersebut. Bahan yang akan digunakan ini wajib di ambil tahu satu persatu supaya sebagai pemilik akan berasa sangat selamat malah akan berasa sangat berpuashati kerana dapat tinggal di dalam rumah kediaman hasil dari cetusan idea sejak bertahun lama.

bahan untuk bina rumah

Tips #6 – Dapatkan Kontraktor Terbaik Dan Luangkan Juga Masa Untuk Membuat Site Visit

Tips terakhir yang amat penting semestinya adalah dengan mendapatkan kontraktor terbaik untuk di upah dan di beri kepercayaan untuk menjalankan misi membina kediaman impian ini. Jangan juga lupa untuk turun padang bagi melawat tapak pembinaan bagi turut meninjau tahap kemajuan pembinaan tersebut dari masa ke semasa.

kontraktor bina rumah yang dipercayai

Jom Bina Rumah Idaman Dengan Cari Kontraktor Yang Boleh Dipercayai

Jika anda mempunyai tanah yang ingin di bina rumah di sekitar kawasan di dalam negeri Kelantan dan Terengganu maka pihak kontraktor yang patut anda pertimbangkan adalah HARDY CONSTRUCTION TRADING yang sememangnya telah semakin terkenal kerana kecekapan dan kepakaran yang sangat bagus demi untuk menyiapkan rumah kediaman mengikut rekabentuk,kos dan juga had masa yang telah dipersetujui.

ruangan dalaman rumah

Pihak Hardy Construction Trading ini juga sangat komited dengan mengikut prosedur yang telah ditetapkan demi untuk melindungi si pemilik tanah yang ingin mendirikan rumah impian ini dengan menyediakan pelan dan juga perjanjian yang sah! Hanya deposit sebanyak 20% sahaja yang diperlukan dan setelah itu pihak pekerja akan mula memasuki tapak pembinaan rumah dalam masa 7 hari selepas selesai membuat pembayaran deposit supaya proses pembinaan rumah ini dapat disiapkan secepat yang mungkin. Untuk bayaran yang seterusnya boleh dilakukan secara teratur mengikut jadual bayaran yang telah disediakan.

jadual pembayaran kos bina rumah

Setelah rumah kediaman tersebut siap sepenuhnya maka pihak Hardy Construction Trading akan terus menyerahkan kunci kediaman secara mutlak kepada si pemiliknya yang sah hanya dalam masa 3 (tiga) hari selepas segalanya selesai.

Maklumbalas Daripada Sebahagian Pemilik Kediaman Dengan Bantuan Hardy Construction Trading

testimoni pelanggan hardy construction testimoni pelanggan hardy construction

Anda Ada Tanah Sendiri? Anda Mahu Bina Rumah? Inilah Peluang Terbaik Untuk Anda!!

Jangan tunggu lama-lama kerana menambah aset kekal di atas tanah sendiri itu adalah salah satu langkah yang amat bijak kerana harga untuk aset sebegini tidak akan jatuh sebaliknya akan semakin meningkat nilainya dari masa ke semasa.  Jika telah mempunyai kediaman rasmi lain sekalipun, anda masih boleh membina rumah ini untuk dijadikan sebagai homestay mahupun sebagai rumah sewa. Benar-benar mahukan kontraktor bina rumah atas tanah sendiri di Kelantan dan Terengganu? Hubungilah pihak Hardy Construction Trading ini kerana anda pasti akan tersenyum lebar di hari penerimaan kunci kediaman anda itu nanti.

kontraktor bina rumah di kelantan

Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi :

HARDY CONSTRUCTION & TRADING | KONTRACTOR BINA RUMAH TERBAIK DI KELANTAN
Hotline 1: Tekan untuk telefon (016-4448949) | Tekan untuk Whatsapp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (016-7118949) | Tekan untuk Whatsapp
Hotline 2: Tekan untuk telefon (019-9288156) | Tekan untuk Whatsapp

Alamat:
Hardy Construction & Trading
Lot 1738, Parit Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bahru, Kelantan

Anda Ada Tanah Sendiri? Anda Mahu Bina Rumah? Inilah Peluang Terbaik Untuk Anda!!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Nak Bina Rumah
Social Media
Anda Ada Tanah Sendiri? Anda Mahu Bina Rumah? Inilah Peluang Terbaik Untuk Anda!!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp Layari Website

Anda Ada Tanah Sendiri? Anda Mahu Bina Rumah? Inilah Peluang Terbaik Untuk Anda!!

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: