Bisnes
Dec 26, 2023, 4:50pm

Tempah Penapis Air Halal untuk Restoran di Selangor


Anda seorang pemilik kedai makan atau pemilik restoran? Tetapi selalu mempunyai masalah air kotor, berkarat, serta berbau? Ia lah kan? Sumber air bersih sangat penting di kedai-kedai makan atau restoran. Ini bagi memastikan sumber masakkan anda menjadi lebih bersih dan selamat untuk di makan serta memastikan kualiti rasa masakan & minuman tidak terjejas. Takkan kita sebagai pemilik kedai makan atau pemilik restoran nak membiarkan pelanggan kita makan dan minum dari sumber air yang tak bersih kan.  Lagi-lagi zaman media sosial ni. Semua benda orang nak viral kalau tak puas hati sikit.

masalah air kotor, berbau

Tahukah anda, menurut satu kajian industri Halal Malaysia (Makanan & minuman) pada tahun ini dijangka mencapai RM 50 billion? Ini menunjukkan restoran dan kedai makan yang mempunyai pengiktirafan pensijilan Halal semakin mendapat pilihan dan salah satu syarat mendapat kelulusan pensijilan Halal Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) adalah perlu menggunakan penapis air yang mempunyai pengiktirafan Halal juga.

Ada yang tertanya, penapis air pun perlu halal ke? Ramai pengguna yang tidak tahu bahawa wujud penapis air yang diperbuat dari sumber tulang haiwan seperti babi dan lembu.

penapis air tidak halal

Salah satu bahan di dalam penapis air iaitu karbon aktif yang merupakan bahan utama di dalam penapis air boleh diperbuat dari tulang haiwan, tempurung kelapa dan buluh.

Tambahan kita sebagai pengguna muslim sangat pentingkan sumber yang halal kerana ia akan menjadi darah daging kita. Di mana nak cari penapis air yang halal?

Hijrahwater HQ – Dapatkan Sumber Air yang Halal Sekarang

penapis air tidak halal

Anda sebagai muslim, anda perlu hati-hati. Kajian dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mendapati sekurang-kurangnya 120 jenama penapis air dipasaran Malaysia diragui status halalnya kerana diperbuat dari sumber tulang haiwan.  Kebanyakkan mereka yang menggunakan penapis air yang diragui ini adalah kerana tidak tahu tentang kewujudan penapis air dari sumber tulang haiwan dan kerana inginkan harga yang murah. Jadi, kita sebagai seorang muslim atau sebagai pemilik kedai atau restoran muslim perlu mengambil titik berat tentang penapis air yang digunakan kerana kita bertanggungajwab memberi makanan dan minuman yang halal dan selamat kepada pelanggan Islam.

penapis air halal Hijrah Water

Pernah dengar tentang Hijrah Water? Hijrah Water merupakan syarikat yang berkepakaran khusus dalam industri pembuatan penapis air Halal. Pendekatan dan pembangunan produk yang inovasi dan pengalaman luas sejak tahun 2006 telah menjadikan Hijrah Water pilihan ramai di dalam industry makanan dan minuman. Banyak restoran dan kedai makan yang gagal mendapatkan kelulusan sijil halal disebabkan menggunakan penapis air mereka yang tiada sijil halal. Banyak restoran dan café yang telah dibantu Hijrah Water untuk dapatkan sijil halal. Sebagai contohnya, sebuah rangkaian restoran Cina Muslim yang terkenal menghadapi kesulitan dalam proses permohonan sijil halal. Isu ini berlarutan agak lama juga dan apabila pihak restoran menukarkan penapis air lama kepada penapis air Hijrah Water, terus mendapat kelulusan sijil halal dari pihak JAKIM untuk ke semua cawangan mereka iaitu 25 cawangan yang ada.

Penapis Air Hijrah Water

Bermula dari tahun 2006 sehingga kini, mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang pembekal penapis air yang halal. Kini, Hijrah Water sangat terkenal dalam kalangan syarikat-syarikat makanan segera jenama antarabangsa mahupun tempatan. Antara syarikat-syarikat besar pengeluaran makanan yang menggunakan Hijrah Water ialah Tony Romas, Zus Coffee, Ayamas, Jalen, KFC, Seoul Garden, Ramly dan lain-lain lagi. Ini membuktikan Hijrah Water kini, sangat dipilih untuk mendapatkan sumber air yang halal.

penapis air halal Hijrah Water

Selain faktor halal, Hijrah Water terus menjadi pilihan dan diberi kepercayaan banyak syarikat kerana Teknologi Hydro Shield yang dibangunkan  khusus untuk mengatasi masalah air di Malaysia. Produk Hijrah Water mampu mengatasi masalah air di Malaysia dengan sangat berkesan dengan kos yang mampu milik.

Kebanyakan pemilik restoran dan kedai makan menghadapi masalah penapis air yang cepat tersumbat dan kos selenggara yang tinggi serta tempoh penukaran penapis air yang pendek. Ini kerana kebanyakkan mereka menggunakan penapis air dengan teknologi dari negara luar seperti Korea dan Taiwan yang mana teknologi penapis mereka dibangun untuk masalah air di negara mereka yang lebih bersih dan kualiti air yang sangat berbeza dengan masalah air di Malaysia

Justeru dengan pengalaman lebih 18 tahun, Hijrah Water mengambil kira faktor kualiti air, kos selenggara, ketahanan dan Halal dalam membangunkan produk Hijrah Water.

penapis air halal Hijrah Water

Hijrah Water telah menjual lebih 50 ribu unit sejak tahun 2006 lagi. Anda rasa kenapa orang ramai memilih Hijrah Water sebagai penapis air mereka? Ini pasti disebabkan Hijrah Water telah membekalkan sumber air yang dijamin bersih dan halal. Antara kelebihan lain yang anda akan nikmati ketika menggunakan Hijrah Water adalah:

  • Hijrah Water menggunakan teknologi hydro Shield 7 layer yang dibangunkan khusus untuk selesaikan masalah air di Malaysia.
  • Menggunakan Fiberglass Reinforced Epoxy & Stainless steel yang anti karat (Highest Quality Body)
  • Jaminan sehingga 10 tahun
  • Kos selenggara mampu milik dan penapis tahan lebih lama
  • Bebas penggunaan penapis air dari sumber haiwan (Diiktiraf HALAL oleh JAKIM)
  • Juruteknik berpengalaman di seluruh Malaysia – sokongan selenggara/ baikpulih yang pantas

penapis air halal Hijrah Water

Oleh itu, ramai sudah yang membuka mata bertapa pentingnya sumber air yang halal ini. Hijrah Water sangat penting untuk:

Pemilik restoran / kafe / kilang / pejabat – mempunyai masalah

  • Merancang untuk mendapatkan pensijilan Halal JAKIM
  • Meningkat kualiti air yang lebih baik untuk premis
  • Menghadapi masalah air kotor / berkeladak / berbau / berkarat
  • Keperluan khusus untuk pemprosesan makanan & minuman

Jadi, jom dapatkan Hijrah Water sekarang. Hijrah Water menawarkan dua jenis produk iaitu Splash (sistem penapis air untuk terus diminum) dan Renn (sistem penapis air untuk menapis air bersih namun belum boleh diminum).

Testimoni Hijrah Water

testimoni penapis air Hijrah Water

testimoni penapis air Hijrah Water

testimoni penapis air halal

penapis air halal

Ramai sudah yang berpuas hati dengan Hijrah Water. Jom dapatkan segera sementara tengah ada harga promosi serta diskaun sehingga RM 500 dan percuma pemasangan bernilai RM 150. Anda boleh hubungi di talian 019 7976 444 untuk maklumat lanjut.

Mencari Penapis Air Halal di Selangor?

Mari Dapatkan Penapis Air dari Hijrah Water yang Dijamin Halal!

Hijrah Water

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Tempah Sekarang
Social Media
Mencari Penapis Air Halal di Selangor?

Mari Dapatkan Penapis Air dari Hijrah Water yang Dijamin Halal!

Call Whatsapp

Mencari Penapis Air Halal di Selangor?

Mari Dapatkan Penapis Air dari Hijrah Water yang Dijamin Halal!