Bisnes
Mar 6, 2023, 6:11pm

Tawaran Terbaik Condo Setapak Murah: Harga Bermula RM399K Dengan Kemudahan Lengkap


Condo Setapak murah atau rumah teres? Yang mana satu pilihan anda? Rumah teres terdiri banyak jenis seperti rumah berkembar, rumah bertingkat atau rumah sebuah. Kebiasaan masalah rumah teres adalah masalah tempat letak kenderaan yang terhad, masalah perparitan dan masalah kemudahan yang terhad. Condo ini pula sebaliknya, mempunyai banyak kemudahan seperti taman permainan, kolam renang, pasaraya, gim dan juga sistem pengurusan bangunan yang lebih baik.

pelaburan hartanah terbaik kondo setapak

Walau apa pun pilihan anda, rumah idaman haruslah dibeli mengikut kemampuan masing-masing. Anda juga perlu menitikberatkan tawaran terbaik yang ditawarkan oleh perunding hartanah supaya nilai pelaburan dan pembelian anda berbaloi – baloi. Sebab itulah, anda perlu membuat kajian atau selidik tentang hartanah yang diminati sebelum membuat keputusan seterusnya.

Dapatkan Tawaran Terbaik Condo Setapak : Harga Bermula RM399K Dengan Kemudahan Lengkap

Berita baik untuk anda yang sedang mencari kondominium murah dengan tawaran kemudahan yang serba lengkap. Hanya dengan gaji minimum RM 3500, anda berpeluang untuk miliki kondominium yang berharga serendah RM399K. Lokasi di Setapak pula sememangnya sudah strategik kerana berhampiran dengan semua kemudahan dan tempat menarik di Kuala Lumpur.

Setapak Central Condominium memberikan anda kepuasan dengan tawaran yang menarik selain harga condo yang murah. Apa yang dimahukan adalah tawaran fasiliti yang serba lengkap. Dan itulah yang anda bakal peroleh apabila memiliki satu lot kediaman di Setapak Central Condominium.

Sistem Keselamatan Kondominium Lebih Ketat Dan Menyakinkan

Apabila sudah membeli aset yang mahal, perkara yang paling utama yang harus dititikberatkan adalah soal sistem sekuriti dan keselamatan. Sistem keselamatan di kondominium ternyata lebih baik kerana hanya pemilik atau penyewa condo sahaja dibenarkan masuk menggunakan kad akses penghuni tetap. Jika ada pelawat, anda akan diberikan kad akses sementara terhad kepada penggunaan untuk beberapa hari sahaja.

Setapak Central Condominium memberi kemudahan ruang parking untuk 2 hingga 3 kenderaan. Mudah untuk ada ruang parking sendiri, tanpa perlu berebut tempat parking dengan penghuni lain. Selain itu, pintu utama kondominium juga ada pondok pengawal yang dijaga oleh pengawal keselamatan untuk tempoh 24 jam sehari. Hanya mereka yang ada kad akses masuk sahaja boleh melepasi pintu utama kondominium. Ini boleh mengurangkan risiko kecurian atau jenayah di dalam kawasan kondominium.

Setapak Central Condominium Harga Berpatutan Serba Lengkap Dengan Kemudahan

#1        Kemudahan Pusat Asuhan Kanak-Kanak

Wah sangat mudah kalau tak perlu redah kesesakan lalu lintas untuk menghantar anak ke taska dan tadika! Kemudahan ini jarang disediakan, namun ia adalah bonus untuk pembeli atau penyewa di Setapak Central Condominium nanti. Anda tak perlu mencari atau membazir masa menghantar ke tempat yang jauh, yang perlu berjalan kaki sahaja untuk menghantar anak ke taska.

#2        Kemudahan Kolam Renang

Olympic Length Infinity Pool pasti memberikan kepuasan untuk anda yang suka berenang. Salah satu kemudahan yang semua inginkan apabila membeli rumah sendiri adalah mahu kemudahan kolam renang di rumah sendiri. Akses percuma kolam renang akan memberikan keseronokan untuk anak-anak anda nanti bila tinggal di Setapak Central Condominium ini.

#3 Kemudahan Gim Secara Percuma

Mahu melanggan akses gim bulanan mahal juga apatah lagi untuk memiliki semua kelengkapan gim. Namun, jika anda beli condo Setapak murah ini, anda boleh akses ke gim bila – bila masa sahaja, dan boleh bermain semua kelengkapan gim yang disediakan dengan percuma. Masa juga dapat dijimatkan kerana lokasi gim hanya beberapa langkah sahaja daripada rumah kediaman anda.

kemudahan gim terbaik kondo setapak baru

#4        Kemudahan Ruang BBQ Dan Ruang Makan

Seronok juga sesekali mahu buat aktiviti bbq bersama keluarga. Setapak Central Condominium ada menyediakan kemudahan tempat bbq beserta ruang makan untuk anda di sini. Konsep bbq di dalam taman boleh juga dilakukan sesekali jika sudah bosan makan di dalam rumah. Hanya berada di taman condo sahaja, ini sangat memudahkan anda nanti.

#5        Kemudahan Bilik Komputer Dan Bilik Permainan

Pasti seronok anak-anak apabila seminggu sekali dapat membuat aktiviti di dalam bilik permainan dan bilik komputer. Anda juga mempunyai alternatif dan pilihan aktiviti untuk anak-anak pada waktu lapang mereka selain membawa mereka keluar dari rumah. Aktiviti di bilik komputer dan bilik permainan dapat juga digunakan ketika musim cuti sekolah atau cuti hujung minggu.

Ramai Dah Tempah Condo Setapak Murah Dan Terbaik

Tempah Condo Setapak Lengkap Dengan Fasiliti Dan Kemudahan Yang Pelbagai!

Hanya tinggal lagi 35% unit sahaja lagi! Kondominium serba lengkap ini, sangat laris disebabkan lokasi yang dekat dengan pasaraya, sekolah, hospital dan juga stesen MRT. Ini akan memberi kemudahan untuk anda nanti. Cepat tempah unit anda sekarang. Tekan butang di bawah untuk info lanjut dan urusan tempahan.

Beli Property Idaman Anda Dengan Trusted Agent

dan buat investment hartanah berbaloi

Kun Property

Jom beli hartanah untuk investment

Hubungi Sekarang
Social Media

-

Beli Property Idaman Anda Dengan Trusted Agent

dan buat investment hartanah berbaloi

Call Whatsapp

Beli Property Idaman Anda Dengan Trusted Agent

dan buat investment hartanah berbaloi