Tercari-cari sticker berkualiti tapi cepat siap? Harga berbaloi dan siap sepantas 1 JAM dengan kualiti tip-top di Kami Print. Sticker kini mempunyai permintaan yang tinggi dan menjadi semakin popular dari segi penggunaannya. Ia bukan sahaja bertujuan untuk berniaga tetapi ianya juga digunakan di dalam majlis-majlis keraian sama ada majlis kecil mahupun besar.
Kami Print adalah sebuah kedai percetakan yang menawarkan pelbagai servis cetakan seperti sticker, banner, bunting, dan sebagainya. Kami Print adalah salah satu kedai percetakan yang berjaya bertapak lama dalam industri percetakan, lebih kurang 10 tahun lamanya.
Jika anda memilih Kami Print dan berhasrat ingin tahu lebih lanjut tentang mereka, anda semestinya tidak perlu risau dan ragu-ragu kerana mereka sememangnya antara yang terbaik dalam perkhidmatan percetakan.
Sebagai usahawan, sudah pastinya anda mahukan perniagaan anda maju dan dikenali ramai. Justeru, kemahuan anda sememangnya seiring dengan objektif mereka, iaitu ingin membantu usahawan dalam mempertingkatkan perniagaan dengan kaedah mencetak serta menghasilkan packaging menarik setanding yang diiklankan.
Sehubungan dengan itu, selain menerima tempahan sticker, Kami Print juga menawarkan servis cetakan yang terbaik yang merangkumi pelbagai kegunaan untuk anda. Antaranya termasuklah;
Kualiti pasti terjamin dengan servis Kami Print! Lihat saja koleksi mereka yang pelbagai dan shopping di laman Shopee mereka.
Jenis material yang digunakan untuk sticker sangat penting untuk diberi perhatian kerana itu merupakan aspek penting yang akan menjaga dan meningkatkan kualiti hasil cetakan pada sticker dan juga kualiti sticker itu sendiri.
Kebanyakan daripada anda yang inginkan sticker yang terbaik untuk kegunaan/keperluan anda. Tapi apakah jenis atau material sticker yang sesuai yang boleh membantu menampilkan design sticker anda? Ini kerana terdapat beberapa jenis material sticker yang mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Kami Print mempunyai koleksi sticker yang luas dan pelbagai. Bagi memudahkan proses pemilihan sticker yang sesuai di Kami Print, terdapat tiga jenis sticker yang anda harus ketahui sebelum mula menempah order anda. Jom baca lebih lanjut di bawah.
Sebelum membuat tempahan sticker, perkara paling penting yang anda harus ketahui adalah jenis-jenis material sticker yang sesuai mengikut keperluan/kegunaan anda.
Sticker Transparent
Sticker Transparent adalah jenis sticker yang berasaskan berasaskan daripada bahan plastik. Material ini lebih nipis berbanding PVC sticker. Salah satu sebab sticker Transparent atau sticker lutsinar mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan kerana hasilnya yang nampak lebih eksklusif apabila ditampal pada produk.
Walaubagaimanapun, anda harus berhati-hati apabila memilih sticker transparent kerana sticker jenis ini tidak sesuai untuk permukaan gelap. Kebiasaanya sticker Transparent digunakan pada permukaan cerah dan terang. Sebagai contohnya, sticker Transparent sesuai untuk kegunaan produk label botol syampu, botol kosmetik dan botol gel sabun.
Jika anda inginkan penampilan sticker yang kelihatan eksklusif dan mudah menarik pandangan, sticker printing transparent mungkin boleh menjadi salah satu pilihan anda.
Sticker PVC atau PP White
Sticker PVC atau PP White ini pada dasarnya diperbuat daripada kertas plastik yang glossy. Jenis sticker ini amat sesuai digunakan untuk produk sejuk beku ataupun yang terdedah pada air. Hal ini disebabkan kelebihan ketahanannya apabila direndam di dalam air dan tidak mudah koyak.
Namun, sticker ini tidak boleh menggunakan dakwat daripada printer biasa. Ianya lebih sesuai dengan dakwat laserjet print. Kelebihan sticker printing jenis PP White ini adalah, ianya sesuai ditampal di bekas produk makanan sejuk beku dan botol minuman.
Sticker Mirrorcoat
Jika produk anda adalah jenis produk sejuk beku “frozen”, produk dapur atau produk mandian yang banyak terdedah kepada air, anda memerlukan material sticker jenis kalis air supaya sticker tidak mudah koyak dan luntur warna apabila terkena air atau direndam dalam air.
Sticker jenis mirrorcoat adalah pilihan sticker yang paling sesuai bagi anda yang tercari-cari sticker tahan lasak, tidak luntur warna dan kalis air. Namanya sebagai mirrorcoat sticker adalah disebabkan gloss pada sticker yang seakan kilauan seperti cermin pada permukaannya. Jenis sticker ini sering menjadi pilihan pengguna kerana kualiti, mudah diperoleh dan harga yang paling murah di kalangan jenis material sticker yang lain.
Antara ciri-ciri penting bagi sticker mirrorcoat ialah :
Sticker mirrorcoat menjadi pilihan utama ramai entrepreneur disebabkan kualiti sticker yang menghasilkan cetakan berkilat tinggi. Sticker ini sesuai digunakan untuk doorgift, botol minyak masak, botol kicap, botol sos, tin susu, produk kosmetik, F&B dan lain-lain produk yang mempunyai permukaan rata dan licin. Memandangkan bahan sticker ini mempunyai percetakan berkualiti tinggi, ia mencerminkan hasil cetakan yang sangat baik dan kesan gloss tinggi yang menarik perhatian.
Sticker mirrorcoat yang basic adalah water-resistant. Walaubagaimanapun, sticker ini boleh ditambah lapisan laminate selepas dicetak bagi menjadikan ianya waterproof. Cetakan pada sticker mirrorkote menggunakan teknik cetakan digital menggunakan toner yang berkualiti tinggi dimana hasil cetakan tidak boleh dikikis dan juga tidak akan luntur sekiranya terkena pada air biasa.
Kami Print mempunyai ramai tenaga pekerja yang sangat berpengalaman, pakar dan mahir untuk melakukan tugasan cetak sticker murah mengikut kehendak dan citarasa anda sendiri. Maklumkan saja design yang anda inginkan dan sticker anda dipastikan siap sepantas 1 jam di samping menjanjikan anda kualiti dan kepuasan hati yang secukupnya.
Sticker jenis apa yang anda tercari-cari? Ataupun anda tidak tahu sticker jenis apa yang sesuai dengan design anda? Jom lihat sendiri antara beberapa jenis sticker yang ditawarkan di Kami Print.
Nak tahu lebih lanjut mengenai koleksi sticker yang pelbagai di Kami Print? Klik di sini!
Print sticker design sendiri di KAMI PRINT, harga mampu milik dan siap sepantas 1 JAM sahaja! Jom tempah sticker pelbagai jenis ikut bajet anda di sini.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
Kami Print
Jom Dapatkan Sticker Cepat Siap di Malaysia
Beli Sekarang