Hampir nak pecah “power button” sebab dah tekan berkali-kali tapi laptop masih tak boleh on? Terdapat beberapa sebab yang mungkin menjadi punca kepada isu ini. Hal ini mungkin sebab “power button” laptop anda bermasalah dan berhenti berfungsi. Bateri laptop ataupun motherboard laptop anda bermasalah. Walau apa pun sebabnya, anda mungkin ingin membetulkannya dengan cepat, tetapi anda mungkin tidak tahu bagaimana masalah ini boleh diselesaikan.
Artikel ini akan menerangkan bagaimana anda boleh menyelesaikan masalah laptop tak boleh on tanpa perlu beli laptop baru atau habiskan kos yang tinggi untuk servis repair laptop. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, sambung baca artikel di bawah.
Bila berdepan dengan situasi laptop tak boleh on, mungkin anda merasakan “power button” laptop anda bermasalah. Tapi, kadangkala isu ini boleh juga disebabkan oleh komponen lain dalam laptop tersebut. Sebagai contohnya, “power button” laptop mungkin kelihatan normal sepenuhnya kecuali skrin laptop tetap gelap walaupun suis ON ditekan beberapa kali.
Hakikatnya, selain daripada “power button” yang bermasalah terdapat beberapa masalah lain yang boleh menghalang laptop anda untuk boot. Hal ini mungkin disebabkan kerosakan AC adapter, bateri, DC jack, hard drive, RAM atau komponen internal laptop yang lain.
Kadangkala isu laptop tak boleh on boleh diselesaikan dengan beberapa langkah mudah saja. Jadi sebelum anda bawa laptop anda kepada technician laptop, anda boleh mencuba tips
mudah ini. Tiada risiko dan mana tahu, tips ini boleh bantu laptop anda kembali berfungsi macam biasa.
Tips penyelesaiannya mudah sahaja untuk diikuti:
1. Cabut kabel kuasa dari laptop anda.
2. Keluarkan bateri dari laptop.(Untuk bateri laptop “built-in”, secara amnya terdapat lubang sebesar pin pada bahagian bawah laptop untuk reset laptop)
3. Tekan dan tahan “power button” selama 30 saat.
4. Kemudian, pasang semula bateri dan kabel kuasa pada laptop anda. 5. “Restart” laptop dengan tekan “power button” semula.
Sekiranya tips ini tidak berkesan untuk anda, kemungkinan besar anda memerlukan bantuan profesional untuk masalah laptop anda misalnya AAF COMPUTER SERVICE.
Ramai pengguna stress bila mereka menghadapi masalah laptop tak boleh on langsung. Pasti ramai yang pernah berdepan dengan situasi di mana ada saja kenalan yang akan mengeluarkan spekulasi awal seperti “Laptop tu dah tak boleh repair. Beli yang baru sahaja lah!”.
Berbekalkan dengan pengalaman lebih dari 7 tahun dalam bidang elektronik, AAF Computer Service menawarkan perkhidmatan repair computer dan laptop (termasuk TV!) kepada
pelanggan yang memerlukan dalam harga yang sangat berpatutan dan menepati bajet pelanggan dengan kualiti yang dijamin terbaik.
Selain masalah laptop tak boleh on, mereka mempunyai tenaga kerja yang berkemahiran dalam membaikpulih isu-isu laptop seperti berikut:
? Screen Replacement
? Keyboard Replacement
? Battery Replacement
? Motherboard Repair
? Chipset Level
? Shortage
? No Power
? No Display
? Upgrade – HDD/SSD
? Reformat Windows – Backup
Nama saja isu yang dihadapi oleh laptop anda, technician berpengalaman dan berkemahiran AAF Computer Service boleh bantu anda.
Tak perlu risau bila laptop tidak fungsi macam biasa. Jom dengarkan penerangan dari technician AAF Computer Service berkaitan laptop yang mempunyai masalah teknikal seperti isu laptop tak boleh on. Pakat datang hantar laptop (TV pun boleh!) kepada mereka! Insyallah
servis yang anda dapat bukan sahaja cepat dan pantas, malah harga murah yang sangat berbaloi.
Boleh hubungi mereka melalui WhatsApp ataupun boleh direct singgah kedai fizikal mereka di Pulau Pinang.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
AAF Computer Service
Servis Repair Laptop Tak Boleh On Di Pulau Pinang
Beli Sekarang504 (GROUND FLOOR) KAWASAN PERNIAGAAN PERMATANG RAWA, JLN PERMATANG RAWA BUKIT MERTAJAM 14000 Pulau Pinang (HQ)