Umum
Nov 18, 2023, 8:20am

Roomstay Coconut, Homestay Murah di Perlis – Sesuai Untuk Aktiviti Keluarga


Homestay atau roomstay semakin menjadi pilihan utama bagi pelancong yang menginginkan pengalaman penginapan yang lebih peribadi dan dekat dengan alam. Roomstay Coconut di Perlis adalah destinasi yang menawarkan lebih dari sekadar tempat menginap – ia merupakan perpaduan harmoni antara keselesaan moden dan keindahan alam semula jadi.

Kenapa Roomstay Coconut Menjadi Pilihan yang Tepat Untuk Anda

1. Lokasi yang Strategik

Roomstay Coconut terletak berdekatan dengan jalan besar, memudahkan para tetamu untuk tiba dengan lancar dan selesa. Selain itu, ia memudahkan anda untuk mencari Roomstay Coconut ini tanpa perlu bersusah-payah melalui jalan yang mencabar. Setibanya anda di sana, pasti anda akan terpukau dengan keindahan suasana di sana.

2. Keindahan Semula Jadi

Dikelilingi oleh bukit, homestay ini memberikan ketenangan khususnya pada pagi dan malam hari, memastikan pengalaman yang tenang dan santai. Seterusnya, udaranya yang nyaman membuatkan anda berasa seronok untuk terus tinggal di sini. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk menghilangkan segala penat lelah di Coconut Roomstay.

3. Tasik Timah Tasoh

Terletak hanya beberapa langkah dari Tasik Timah Tasoh, destinasi pelancongan utama di Perlis yang menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi dan keindahan alam yang menakjubkan. Ini membuatkan anda boleh meluangkan lebih banyak masa dengan keluarga atau dengan kawan-kawan anda. Pasti anda akan merasa lebih segar dan tenang selepas menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam hidup. Ini lah masa yang tepat untuk anda merehatkan diri dan melepaskan segala tekanan dan masalah.

4. Berdekatan dengan Padang Besar dan Thailand

Lokasinya yang “on the way” ke Padang Besar menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang merancang mengunjungi kawasan ini atau merentasi ke Thailand. Ini sangat penting, anda tidak perlu berjalan jauh untuk sampai ke Padang Besar dan membeli belah di sana. Rugi jika anda tidak singgah di Padang Besar tau. Padang Besar adalah dunia shopping untuk kaum wanita dan kaum lelaki. Jadi, jangan lupa sediakan duit shopping lebih!

5. Pengalaman Desa yang Tercinta

Seterusnya, perkara yang paling menarik adalah di sekitar homestay terdapat tanaman kelapa pandan yang membolehkan tetamu merasa air kelapa muda yang segar dipetik dari pokok. Jadi, anda sudah tahu kan? Kenapa nama homestay ini adalah Coconut Roomstay? Ini kerana terdapat puluhan pokok kelapa di sana. Jadi, untuk anda yang menginap di sini, anda dialu alukan untuk merasa kesegaran air kelapa itu sendiri.

6.Kebun Harumanis dan Buah Buahan

Seterusnya, perkara yang menarik lagi di Coconut Roomstay ini adalah ia dikelilingi oleh kebun harumanis. Anda tahu harumanis? Harumanis adalah buah mangga yang sangat popular di Negeri Perlis. Ia sangat sedap dan manis. Jadi, jika anda di sana, anda akan berpeluang untuk merasakannya sendiri. Selain itu, di Coconut Roomstay juga mempunyai pelbagai jenis tanaman buah buahan yang lain.

7. Kolam Mandi yang Besar dan Luas

Pelanggan dapat menikmati kolam mandi yang tersedia tanpa had, mencipta kenangan santai yang tak terlupakan hingga saat checkout.

Kepada pelanggan yang tinggal di Coconut Roomstay akan dapat menikmati kolam mandi yang tersedia tanpa had masa. Anda boleh mandi pada bila bila masa sahaja. Tambahan lagi, kolam yang disediakan sangat cantik dan luas. Jadi anda dapat mencipta kenangan yang santai bersama keluarga anda.

8. Kawasan Homestay yang Peribadi

Seterusnya, keseluruhan kawasan homestay adalah persendirian, memberikan kebebasan dan privasi kepada para tetamu. Jadi, jika anda datang dengan keluarga yang ramai, anda tidak perlu takut jika kemeriahan keluarga anda mengganggu orang sekeliling. Oleh itu, anda boleh nikmati masa-masa anda sehingga puas dan bergembira sepenuh hati tanpa gangguan.

9.Kelengkapan Asas yang Komprehensif

Coconut Roomstay dan homestay dilengkapi dengan kemudahan asas seperti aircond, kipas, tilam, bantal, TV LED, bilik mandi, dan tandas. Jadi, untuk mereka yang suka memasak, homestay menyediakan kelengkapan yang mencukupi. Oleh itu, anda tidak perlu risau lagi dengan kelengkapan di Coconut Homestay.

10. Kemudahan Parking yang Luas

Kawasan parking yang luas dan selesa akan membuatkan anda hilang rasa kebimbangan berkaitan tempat letak kereta. Jadi, anda tidak perlu risau jika anda datang dengan banyak biji kenderaan. Anda boleh parking di tempat yang disediakan. Dijamin selamat!

11. Berpeluang Membeli Produk Tempatan

Sebelum pulang, jangan lupa untuk membeli ikan pekasam tempatan yang dijual berhampiran homestay ini, memberikan peluang untuk merasai keaslian ikan pekasam dari sumber air tawar tempatan.

Kebaikan Coconut Roomstay

Jom kita selami lebih mendalam tentang Coconut Roomstay ini. Adakah anda tahu, bahawa Coconut Roomstay ini juga tersedia sebagai mesra Orang Kurang Upaya (OKU). Jadi, sesiapa yang ada keluarga yang OKU, anda tidak perlu risau. Hal ini demikian kerana, pemilik Coconut Roomstay ini menyediakan Homestay nya yang mesra OKU.

Selain itu, anda yang ingin berkumpul beramai-ramai dengan ahli keluarga anda atau ingin menyambut Family Day, Coconut Roomstay adalah pilihan yang tepat untuk anda. Hal ini kerana, ruangannya yang besar dan Coconut Roomstay juga menyediakan tempat untuk membuat BBQ. Oleh itu, anda dapat meluangkan masa yang lebih lama dan berharga bersama keluarga anda di Coconut Roomstay. Pasti anda akan mengenangkan sebagai kenangan manis yang tidak dapat dilupakan lagi.

Seperti yang kita tahu bahawa Coconut Roomstay ini adalah kawasan persendirian. Jadi, anda boleh membuat apa sahaja dengan keluarga anda tanpa rasa terganggu. Sebagai contohnya, anda boleh membuat sukaneka. Sebelum terlepas maklumat penting, di sini juga ingin memaklumkan bahawa Coconut Roomstay ini boleh memuatkan sehingga 30 orang. Jadi, anda yang mempunyai keluarga yang besar, sangat sesuai untuk menempah Coconut Roomstay sebagai destinasi percutian anda.

Kepada peminat cempedak juga, anda boleh merasai buah cempedak di Coconut Roomstay. Buah yang manis tetapi ikut pada musim juga. Jadi, jika anda nak rasa kemanisan buah cempedak haruslah menempah di Coconut Roomstay.

Jadi, terlampau banyak kelebihan dan kebaikkan jika anda memilih Coconut Roomstay ini untuk menjadi tempat penginapan anda. Pasti anda tidak akan rasa menyesal. Oleh itu, pastikan Coconut Roomstay tau dijadikan pilihan utama sebagai tempat penginapan.

Cara Mudah untuk Membuat Tempahan di Coconut Roomstay

Bagi anda yang ingin membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi nombor berikut melalui WhatsApp:

https://wasap.my/60194300185/roomstay+coconut

https://wasap.my/601169442170/roomstay+coconut

https://wasap.my/601112515254/roomstay+coconut

Akhir kata, nikmatilah percutian yang unik dengan menginap di Roomstay Coconut. Di mana keselesaan bertemu dengan keindahan alam. Sebuah destinasi yang memenuhi impian pelancong yang menginginkan ketenangan dan keunikan dalam satu pakej.

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

ProfHariz

No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia

Beli Sekarang
Social Media
Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:

Call Whatsapp

Ingin pasarkan bisnes bersama ProfHariz.com?

Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: