Bank di Malaysia ialah institusi kewangan yang berurusan dengan wang dengan cara yang sama seperti yang dilakukan oleh institusi perbankan di seluruh dunia. Manakala, pemberi pinjaman wang berlesen ialah syarikat atau kumpulan syarikat yang berdaftar di bawah Akta Pemberi Pinjaman Wang Berlesen 1951. Hal ini menunjukkan bahawa jenis perkhidmatan atau perniagaan tersebut adalah sah, dan pemberi pinjaman wang pada hakikatnya dipandang tinggi oleh masyarakat.
Tidak dapat dinafikan bahawa hampir kebanyakan individu mungkin menghadapi keperluan wang yang mendesak untuk memenuhi kewajipan mereka atau mengalami masalah kesempitan wang. Berikutan tujuan tersebut, kebanyakan orang lebih gemar pergi ke bank untuk tujuan pinjaman wang. Tetapi dalam banyak kes, bank selalunya mempunyai atau melibatkan banyak proses permohonan yang merumitkan untuk memastikan wang yang dipinjam dapat dikembalikan. Proses yang kompleks itu boleh melibatkan kriteria-kriteria seperti jaminan, had amaun, tempoh proses yang lebih lama dan sebagainya.
Di sinilah, manfaat pemberi pinjaman wang berlesen dapat menjadi penyelesaian yang terbaik untuk kumpulan individu yang mempunyai masalah kewangan mendesak atau sukar untuk mendapatkan pinjaman wang dalam tempoh yang singkat.
Yang paling penting, sebelum anda memutuskan untuk memilih antara bank atau pemberi pinjaman wang, mari teliti kedua-duanya dan kemudian anda tentukan sendiri pilihan yang terbaik dan sesuai untuk anda.
Secara umumnya, bank menjadi pilihan selamat untuk kebanyakan rakyat Malaysia kerana institusi perbankan menawarkan jumlah dan tempoh pinjaman yang lebih panjang. Walaubagaimanapun, dari segi tempoh kelulusan pinjaman, bank tidak dapat meluluskan jumlah pinjaman yang anda perlukan dalam tempoh yang pantas tidak kira jumlah pinjaman yang anda perlukan rendah atau tinggi. Selain itu, bank akan menilai kelayakan kredit peminjam untuk meluluskan pinjaman. Jika anda mempunyai skor kredit yang lemah, bank bukan pilihan yang sesuai untuk anda.
Kebanyakan individu yang mempunyai pekerjaan terjamin atau perniagaan kecil juga lebih suka mendapatkan perkhidmatan loan daripada bank untuk tujuan termasuk pinjaman peribadi kerana kadar faedah yang rendah. Sebaliknya, individu yang mempunyai skor kredit yang lemah pula mempunyai peluang untuk memohon pinjaman daripada pemberi pinjaman wang berlesen dan boleh mendapatkan pinjaman dengan senang kerana terma dan syarat yang ringkas serta mudah.
Bank adalah institusi kewangan yang lebih besar dan mempunyai hierarki tersendiri dari segi pihak berkuasa untuk meluluskan pinjaman. Oleh itu, apabila terdapat situasi di mana seseorang individu walaupun mempunyai skor kredit yang baik memerlukan wang secara mendesak, bank masih akan mengambil tempoh masa yang lama untuk meluluskan permohonan pinjaman tersebut.
Jadi, satu-satunya cara untuk mengelakkan masalah itu adalah dengan mendapatkan perkhidmatan pinjaman wang daripada pemberi pinjaman wang berlesen seperti Gains Credit Sdn Bhd untuk kelulusan segera pinjaman dan memenuhi keperluan wang mendesak. Begitu juga untuk individu yang memerlukan pinjaman peribadi dengan segera, atau mempunyai masalah kesempitan wang boleh memohon daripada Gains Credit Sdn Bhd dikenali sebagai pemberi pinjaman wang yang sah di Kuala Lumpur.
Skor kredit atau sejarah kredit memainkan peranan penting dalam urusan permohonan pinjaman wang. Sejarah kredit anda yang akan menentukan kelayakan permohonan anda dengan bank atau pemberi pinjaman wang berlesen untuk mendapatkan pinjaman. Dengan skor kredit yang lemah, bank akan mengenakan kadar faedah yang tinggi kerana tahap risiko pembayaran balik yang tinggi.
Pemberi pinjaman wang berlesen pula akan menawarkan syarat dan terma yang bersifat lebih longgar apabila ia melibatkan semakan skor kredit. Gains Credit Sdn Bhd, sebagai contohnya, menawarkan kadar pinjaman wang sehingga RM6000 dengan kadar faedah yang lebih rendah walaupun anda mempunyai skor kredit yang buruk. Sudah tentu, anda harus memenuhi syarat kelayakan mereka seperti pekerjaan dan pendapatan anda dan itu sahaja yang diperlukan.
Untuk memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh bank tidak selalunya mudah. Bank mengenakan syarat yang lebih ketat kerana keterlibatan jumlah pinjaman yang dipohon. Manakala syarat kelayakan yang diperlukan oleh syarikat pemberi pinjaman adalah sangat fleksibel dan tidak banyak melibatkan proses permohonan yang membebankan dan rumit untuk pemohon. Mereka mungkin hanya memerlukan maklumat tentang pekerjaan dan gaji atau pendapatan anda.
Dari segi kadar faedah yang dikenakan ke atas peminjam, kedua-dua pihak; bank dan pemberi pinjaman wang berlesen dikawal oleh undang-undang kerajaan. Kadar faedah yang dikenakan oleh pemberi pinjaman wang berlesen dan bank ditentukan oleh risiko yang terlibat dan saiz pinjaman. Dalam kebanyakan kes, bank mengenakan faedah setiap tahun, dengan kadar yang telah ditetapkan. Syarat umumnya adalah bagi yang mempunyai skor kredit yang tinggi boleh mendapatkan pinjaman wang dalam kadar faedah yang lebih rendah.
Sebaliknya, kebanyakan pemberi pinjaman wang lebih fleksibel dari segi kelayakan tetapi mengenakan kadar faedah yang tinggi kerana tahap risiko lebih tinggi. Walaubagaimanapun, tidak seperti kebanyakan pemberi pinjaman wang berlesen lain di Kuala Lumpur, Gains Credit Sdn Bhd hanya mengenakan kadar faedah yang berpatutan walaupun jumlah pinjaman yang tinggi.
Anda perlukan personal loan dalam kadar yang segera? Tertanya-tanya bagaimana? Jom ketahui lebih lanjut di bawah!
Syarikat penyedia pinjaman wang Gains Credit Sdn Bhd yang terletak di M4-D9, Jalan Pandan Indah 4/1, Pandan Indah 55100, Ampang, Selangor merupakan syarikat pemberi pinjaman wang berlesen yang diluluskan oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951. Gains Credit Sdn Bhd (77769-A.)Â adalah syarikat pinjaman wang berlesen yang sah. Mereka sedia memberi perkhidmatan pinjaman kepada pelanggan-pelanggan yang memerlukan terutamanya di Kuala Lumpur.
Mereka sedia memberikan keperluan dan permintaan anda. Bagi yang berminat untuk perbincangan secara bersemuka, anda boleh mengatur janji temu dengan segera dan membincangkan terma & syarat yang mampu memuaskan anda serta-merta. Tempoh operasi Gains Credit adalah dari hari Isnin – Jumaat, 9.30am – 5.30pm, dan di hari minggu, hanya akan beroperasi pada hari Sabtu sahaja, dari jam 9.30am – 2.00pm.
Tanpa sebarang bayaran pendahuluan, anda boleh dapatkan jumlah pinjaman yang penuh hanya dalam tempoh satu hingga 2 jam paling maksima. Pasaran sasaran syarikat Gains Credit berlesen ini adalah golongan peminjam yang memerlukan pinjaman cepat terutamanya yang memerlukan pinjaman peribadi. Sekiranya anda merasakan diri anda dalam golongan tersebut, anda cuma perlu hubungi mereka di sini.
Apakah syarat-syarat permohonan yang diperlukan? Jangan khuatir, proses permohonan pinjaman wang dengan Gains Credit hanya melibatkan langkah-langkah yang mudah dan ringkas. Anda cuma perlu memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
Anda cuma perlu menyediakan dokumen-dokumen seperti yang tertera dan ini dan anda boleh mendapatkan kelulusan permohonan anda dalam tempoh 1-2 jam sahaja. Begitu mudah dan pantas sekali!
Gains Credit Sdn Bhd boleh menjadi pilihan yang terbaik dan selamat untuk anda disebabkan kelebihan perkhidmatan pinjaman wang yang ditawarkan oleh mereka. Berbanding dengan pinjaman wang berlesen lain di Kuala Lumpur, mereka menawarkan kemudahan kadar faedah paling rendah, tempoh pembayaran yang fleksibel tanpa bayaran pendahuluan dan maklumat peribadi anda juga akan dirahsiakan/selamat.
Antara lain-lain kelebihan perkhidmatan Gains Credit Sdn Bhd juga termasuk:
Anda mempunyai keperluan kewangan yang mendesak? Sukar untuk mendapatkan pinjaman wang yang anda perlukan dalam masa yang singkat? Jom semak kelayakan permohonan anda sekarang di sini, Gains Credit mungkin dapat memberikan penyelesaian untuk anda yang memerlukan.
Sekarang ini, terutamanya di kala musim pandemik dan ekonomi yang tidak menentu, bukan mudah untuk mendapatkan pinjaman kewangan yang anda perlukan. Jadi, pada masa yang anda memerlukan, ini adalah peluang anda untuk memohon pinjaman kewangan yang selamat dan sah daripada syarikat Gains Credit Sdn Bhd. Anda boleh dapatkan perkhidmatan mereka atau makluman lebih lanjut dengan menghubungi number di talian 018-2114012 (Aisyah), 017-7871979 (Beeha) dan 013-9309372 (Mira) ataupun di laman Facebook mereka.
Alternatif terbaik dengan Pinjaman Berlesen. Mohon Hari Ini, Lulus 1 Jam Sahaja
Agensi Pinjaman Wang Gains Credit Sdn Bhd
Pinjaman Berlesen Tanpa Bayaran Pendahuluan
Mohon Pinjaman