Sudah menjadi impian buat semua umat Islam untuk menunaikan rukum Islam yang kelima ini iaitu menunaikan Haji. Ibadah Haji ini berbeza dengan ibadah umrah kerana hanya boleh dilakukan pada masa tertentu iaitu bulan Zulhijjah. Malah, setiap negara turut diberikan kuota tetap oleh kerajaan Arab Saudi membuatkan ibadah ini hanya layak untuk memberi yang mampu, sihat tubuh badan serta cukup syarat untuk menyertainya. Salah satu syarikat penyedia pakej haji swasta berdaftar dengan Tabung Haji adalah MKM Ticketing Tour, tuan puan boleh rujuk website mereka untuk info lanjut dengan ketik di sini.
Maksud Haji
Sebelum itu, ayuh ketahui lebih lanjut mengenai maksud haji. Haji bermaksud menuju atau mengunjungi sesuatu tempat. Dalam konteks syarak, ia merujuk kepada kunjungan ke Masjidil Haram (Kaabah) pada bulan-bulan tertentu, bermula dari bulan Syawal hingga 10 hari pertama Zulhijjah, untuk melaksanakan rukun dan wajib haji.
Jenis-jenis dan cara untuk menunaikan ibadah haji
Ibadah haji terdiri daripada lima jenis iaitu, iaitu Haji Fardhu, Haji Badal, Haji Sunat, Haji Nazar, dan Haji Qada’. Selain itu, terdapat juga tiga cara untuk menunaikannya. Ayuh, kita ketahui setiap satu jenis-jenis haji ini.
1. Haji Ifrad
Haji Ifrad adalah salah satu jenis pelaksanaan ibadah haji dalam Islam. Dalam haji ifrad, seorang jamaah hanya melaksanakan ibadah haji tanpa menggabungkannya dengan umrah. Kata “ifrad” berasal dari bahasa Arab yang berarti ‘tersendiri’ atau ‘terpisah,’ mencerminkan bahwa ibadah haji dilakukan secara mandiri tanpa digabungkan dengan umrah.
Jemaah haji yang melakukan haji ifrad tidak dikenakan dam kerana tidak menggabungkan ibadah umrah dengan haji.
2. Haji Tamattu’
Haji Tamattu’ adalah salah satu dari tiga jenis ibadah haji yang pelaksanaannya melibatkan kombinasi haji dan umrah dalam satu perjalanan. Dalam haji tamattu’, jamaah melaksanakan umrah terlebih dahulu, kemudian menyempurnakan haji setelahnya. Kata ‘tamattu’ berasal dari bahasa Arab yang berarti ‘bersenang-senang,’ kerana jamaah diperbolehkan untuk keluar dari keadaan ihram setelah menyelesaikan umrah. Walau bagaimanapun, mereka yang melakukan haji ‘tamattu’ wajib membayar dam (denda) iaitu menyembelih seekor kambing. Jika tidak mampu, perlu digantikan dengan berpuasa selama 10 hari (3 hari di tanah suci dan 7 hari di tempat tinggal).
3. Haji Qiran
Haji Qiran adalah salah satu jenis ibadah haji yang melibatkan penggabungan antara haji dan umrah dalam satu niat dan satu pelaksanaan ihram. Kata ‘qiran’ berasal dari bahasa Arab yang berarti ‘menggabungkan’, kerana jemaah melaksanakan kedua ibadah ini sekaligus tanpa keluar dari ihram setelah umrah. Menyoal dari segi dam, jemaah haji qiran wajib membayar dam iaitu menyembelih seekor kambing. Jika tidak mampu, diganti dengan puasa selama 10 hari (3 hari di tanah suci dan 7 hari di tempat tinggal).
Rukun Haji
Rukun haji mempunyai lima terdiri daripada ihram, wukuf di arafah, tawaf ifadah, sai’e dan juga tahallul. Perkara-perkara asas ini perlu dilakukan agar ibadah ini sah. Berikut merupakan perincian bagi rukun haji.
Ihram: Ihram merupakan rukun pertama dalam ibadah haji. Secara istilahnya, ihram bermaksud berada dalam suci untuk menunaikan haji atau umrah dengan niat tertentu, disertai kepatuhan pada aturan-aturan khas selama dalam keadaan ihram.
Wukuf di arafah: Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang paling utama, karena keberadaannya menjadi inti dari pelaksanaan ibadah haji. Tanpa wukuf, haji menjadi tidak sah, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW:
“Haji adalah wukuf di Arafah.”
(HR. Tirmidzi, Abu Dawud, dan lainnya)
Tawaf ifadah: Tawaf ifadah bermaksud mengelilingi kaabah selama tujuh kali selepas wukuf di arafah. Tawaf dimulai dari Hajar Aswad dan dilakukan dengan arah lawan jam.
Sai’e: Menjadi simbol kepada perjalanan Siti Hajar mencari air untuk anaknya, Nabi Ismail, Sai’e merupakan ibadah di mana seseorang yang melakukan haji berjalan serta berlari kecil dari Bukit Shafa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali.
Tahallul: Tahallul atau bercukur merujuk kepada memotong rambut sebagai tanda kesempurnaan ibadah. Tahallul bagi laki-laki bermaksud mencukur rambut atau memotong sebahagian rambut dengan jumlah 3 helai bagi perempuan sebagai tanda keluar daripada keadaan ihram.
Wajib Haji
Wajib Haji merupakan amalan-amalan dalam ibadah haji yang harus dilakukan. Jika wajib haji tidak dilaksanakan, ibadah haji tetap sah, tetapi jamaah wajib membayar dam seperti menyembelih haiwan atau berpuasa. Berikut merupakan antara perkara-perkara wajib haji.
Untuk pengetahuan, perkara wajib haji jika ditinggalkan boleh digantikan dengan membayar dam manakala rukun haji jika ditinggalkan maka hajinya tidak sah.
Kelebihan Menunaikan Haji
Menunaikan haji ini sekaligus melengkapkan diri seseorang individu terhadap rukun Islam kelima disamping membawa pelbagai kelebihan. Antara kelebihannya:
Dengan memahami panduan dan rukun haji ini, diharapkan para jemaah dapat menunaikan ibadah dengan sempurna serta memperoleh haji yang mabrur.
Baca: Info Pakej Umrah Dari MKM Ticketing Travel Tour.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
ProfHariz
No.1 Modern Muslim's Lifestyle Website in Malaysia
Beli Sekarang