Sebelum berfikir tentang pakej umrah, ketahui terlebih dahulu bahawasanya umrah merupakan salah satu ibadah yang sangat dituntut untuk umat Islam yang berkemampuan. Tiada yang lebih menyeronokkan dalam hidup apabila menjadi tetamu Allah di tanah suci menunai ibadah umrah. Bayangkan anda melakukan tawaf, saie sekeluarga. Tidakkah itu satu perkara yang sangat kita impikan selama ini?
Oleh sebab yang demikian penting untuk kita mengkaji terlebih dahulu sebagai persediaan awal sebelum mengambil pakej umrah dengan mana mana syarikat. Buat makluman pembaca, MKM Ticketing Travel merupakan salah sebuah syarikat menguruskan umrah haji yang sah di sisi undang undang Malaysia. Ini adalah sebab kenapa anda harus menunaikan umrah bersama MKM.
#1- MKM sudah berpengalaman 13 tahun menguruskan jemaah dari pelbagai negara
Bermula tahun 2001 hingga kini, alhamdulilah MKM berjaya menguruskan lebih 67000 peserta ibadah umrah dan berjaya menguruskan jemaah haji lebih 11000 orang. Dengan pengalaman ini sedikit sebanyak membantu kepercayaan pelanggan kepada kami. Ini adalah respon dari figura terkenal di Malaysia iaitu Alif Satar.
#2- Mutawif Berpengalaman Mesra Jemaah
Adakalanya jemaah rasa segan untuk bertanyakan soalan kepada mutawif tetapi perkara tersebut tidak berlaku dengan MKM Ticketing Travel Tour. Petugas kami sangat mesra dengan jemaah dan anda boleh bertanya apa pun tentang ibadah umrah haji dengan mereka.
#3- Sah Berdaftar Dengan MOTAC & Tabung Haji
Dari segi undang undang, mana mana syarikat yang menjalankan perniagaan umrah haruslah berdaftar dengan MOTAC dan bagi penyedia pakej haji swasta haruslah sah berdaftar dengan Tabung Haji.
#4- Pakej Harga Berpatutan
Dalam kondisi ekonomi yang kian meningkat, semestinya setiap orang akan mementingkan harga dan apa yang terkandung dalam pakej mereka. MKM Travel pula menawarkan pakej yang berpatutan sesuai dengan anda yang ingin menunaikan umrah. MKM menawarkan pakej serendah RM7390 dan ada beberapa pakej lagi yang mungkin anda patut lihat. Paling penting, MKM memang mempunyai kontrak bersama pemegang hotel di sana dan inshaAllah anda tidak perlu hadapi sebarang gangguan penginapan di tanah suci kelak.
5- Semua tentang perjalanan tidak usah anda risaukan lagi
MKM menawarkan pakej umrah menggunakan penerbangan terus dari Malaysia ke Mekah atau Madinah tanpa perlu transit di tempat lain. Menjimatkan masa dan anda boleh fokus untuk beribadah. Tambahan, perjalanan anda termasuk insurans dan visa akan diuruskan oleh pihak MKM.
Sebahagian kita mungkin tidak mempunyai info mengenai umrah atau haji. Sebenarnya umrah satu ibadah yang tidak susah dan MKM menawarkan kursus umrah percuma untuk semua bakal jemaah. Jangan khuatir dengan bermacam macam persoalan, terus tanya petugas dan penceramah kami. Mereka sangat mesra dan boleh membantu anda tanpa prejudis. Sememangnya menunaikan umrah impian kita semua. Walaubagaimanapun, harus diingatkan kita perlu membuat persediaan yang rapi dari segi fizikal dan mental. Pesanan kami, carilah syarikat yang menawarkan pakej umrah yang anda mampu tidak membuatkan anda bimbang.
Selamat menunaikan ibadah umrah dari kami, warga MKM !
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
MKM Ticketing Travel Tour Sdn bhd
Pilihan Jemaah Malaysia Manasik Haji & Umrah
Beli Sekarang