Umum
Mar 7, 2023, 3:12pm

Panduan Cari Ejen Jualan Kereta Proton Terbaik Di Kuala Lumpur


Anda sudah mempunyai kerjaya yang stabil dan ingin membeli kereta baru? Sedang cari ejen jualan kereta Proton?

Pasti menyeronokkan apabila mendapat kereta baru. Tambahan pula, sekarang sudah hampir musim perayaan, bolehlah beraya dengan bergaya bersama kereta baru kan. Sabar, sebelum membuat keputusan membeli kereta, anda wajib memeriksa beberapa perkara yang penting dahulu.

tips beli kereta proton di kl

Banyak perkara yang perlu anda ambil tahu, antaranya harga kereta semasa. Hal ini bagi menilai kemampuan kita untuk memiliki kereta tersebut. Berikut adalah beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan sebelum membeli kereta.

Kenalpasti Kadar Tahun Pinjaman Dan Peratus Cukai 

Jika anda ingin membeli kereta anda perlu melihat berapa tahun anda perlu menanggung kos pinjaman tersebut. Pada individu yang pernah membeli kereta, mereka mungkin lebih tahu akan proses tersebut. Tetapi, jika anda yang tiada pengalaman dan ini pengalaman pertama anda, anda perlu membaca artikel ini untuk mengambil ilmu yang tepat dalam membeli kereta pertama anda.

cara beli kereta proton dengan betul

Jika anda membuat pinjaman di bank, bank akan menawarkan pinjaman selama 3 tahun, 5 tahun dan 9 tahun kepada anda. Jadi, anda boleh membuat penilaian berapa tahun yang anda mampu untuk membayar pinjaman kereta tersebut.

Cari Perkhidmatan Servis Yang Murah Dan Sparepart Mudah Didapati

Memang benar, zaman sekarang sudah menjadi kegilaan orang ramai dan golongan remaja yang suka akan jenama H (HONDA), akan tetapi ini amat bahaya kepada anda yang baru memulakan kerjaya.

servis terbaik kereta proton

Hal ini demikian kerana, perkhidmatan servis kereta Honda agak mahal berbanding servis kereta tempatan. Jadi, anda perlu memikirkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan membelinya. Selain itu, anda juga perlu membandingkan kos sparepart kereta anda. Ada jenis kereta yang susah mendapat spare part dan ada kereta yang susah mendapat spare part. Jadi, sebelum membeli, lebih baik anda membuat pertimbangan sewajarnya.

Harga Kereta Jangan Melebihi Gaji Setahun Anda 

Jika anda ingin membeli kereta, sebaiknya anda membuat kira-kira dahulu gaji setahun anda.

harga terbaik kereta proton di kl

Ini sebenarnya, untuk mengelakan anda merasa stress jika duit gaji anda hanya akan habis untuk membayar kereta sahaja. Jadi, bagi mengelakkan perkara ini terjadi, lebih baik anda mengawal nafsu untuk memiliki kereta jenama yang mahal.

Kereta Yang Sesuai Untuk Golongan Yang Baru Membina Kerjaya – Tips Cari Ejen Jualan Kereta Proton 

Bagi membandingkan jenama import dan jenama tempatan, pastilah ramai yang memilih jenama import bukan? Baru lah nampak bergaya! Tetapi anda disarankan mengukur baju di badan sendiri. Jangan biarkan diri anda sengsara hanya untuk mengikut nafsu semata-mata.

cara cari ejen jualan kereta proton

Bagi anda yang baru mula menapak dalam kerjaya, anda boleh memilih kereta Proton. Kereta Proton ini adalah kereta tempatan Malaysia. Harga kereta Proton ini jauh lebih murah berbanding kereta import.  Pasti anda mampu memilikinya.

Sebelum bercerita lebih lanjut, jom kita kenali terlebih dahulu sejarah syarikat PROTON ini. PROTON adalah singkatan bagi Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad. Syarikat Proton merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia yang ditubuhkan pada 9 Julai 1985. Penubuhan ini merupakan gagasan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Jadi, kita sebagai pengguna, jom lah support kereta buatan Malaysia.

Antara Kereta Yang Dijual Dalam Syarikat Automobil Proton

Sudah banyak jenis kereta yang dijual di dalam syarikat PROTON ini. Syarikat PROTON mengeluarkan jenis kereta kecil, sederhana dan besar. Jika anda mempunyai keluarga yang kecil anda boleh mencuba jenis proton IRIZ dan jika anda ingin kereta yang tampak mewah dan bergaya anda boleh mengambil keluaran terbaru PROTON iaitu PROTON X50 dan X70.

koleksi terbaik kereta proton

Okay, jom kita cerita sedikit tentang keluaran terbaru PROTON ini. PROTON X70 ini mempunyai kelebihan auto parking. Bonus kepada anda yang tidak cekap dalam parking, anda boleh membeli PROTON X70 ini. Pasti akan memudahkan urusan anda!

Maklumat Lanjut Tentang Kereta Proton

  1. PROTON IRIZ

  1. PROTON EXORA

  1. PROTON PERSONA

  1. PROTON X50

  1. PROTON X70

Jadi, jika dilihat modal kereta di atas, anda mungkin boleh membuat pilihan yang tepat. Bagaimana kereta yang anda mahukan, jenis kereta mana yang sesuai untuk anda, dan yang paling penting harga kereta yang mana mampu anda miliki.

Jom Dapatkan Nasihat Ejen Jualan Kereta Proton Terbaik Di Kl

Konklusinya, sudah habis perkara di atas dan masih bingung untuk membuat keputusan, jangan risau! Anda boleh mendapat nasihat agen kereta PROTON. Mereka pasti akan membantu anda membuat keputusan dan akan menceritakan lebih lanjut kepada anda tentang kenderaan yang anda ingin pilih. Agen kereta PROTON akan membantu anda dari A-Z.

Cari Ejen Jualan Kereta Proton Terbaik Di KL

hubungi ejen kereta proton terbaik di kl

Di sini akan menyarankan satu nama agen yang cekap dan tangkas dalam menguruskan kereta PROTON ini. Anda boleh mendapat maklumat dengan Encik Hafiz. Encik Hafiz akan membantu anda dengan sebaiknya. Hubungi sekarang atau klik butang di bawah!

Dapatkan Konsultasi Percuma Sekarang

dengan Ejen Kereta Proton Terbaik Di KL

Sales Advisor Kereta Proton (KL)

Ejen Proton Terbaik Di KL

Hubungi Sekarang
Social Media

IS Outlet - Puchong No 1, Jalan Kenari 1, Off Jalan Puchong, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan

Dapatkan Konsultasi Percuma Sekarang

dengan Ejen Kereta Proton Terbaik Di KL

Call Whatsapp

Dapatkan Konsultasi Percuma Sekarang

dengan Ejen Kereta Proton Terbaik Di KL