Review
Nov 2, 2021, 8:06pm

Pakej Homestay Bajet Umi Nasaruddin Termurah RM50 Sebilik Di Kulim


Homestay adalah, secara ringkasnya, sebahagian daripada rumah seseorang yang diubahsuai menjadi sebagai tempat penginapan. Sebuah homestay adalah sama dari segi konsep “bed and breakfast” seperti di luar negara. Pada masa kini, kebanyakan homestay menyediakan kemudahan kepada para tetamu mereka dengan keselesaan seperti sebuah hotel bertarat 5 bintang dan bereputasi.

homestay bajet kulim

Ramai yang tidak sedar akan kelebihan menginap di homestay ataupun berpendapat bahawa homestay tidak dapat memberi kualiti keselesaan seperti di hotel. Hakikatnya, terdapat beberapa kelebihan yang ramai terlepas pandang mengenai homestay iaitu:

  1. Kadar harga sewa homestay jauh lebih murah berbanding di hotel. Dengan pilihan homestay, anda dapat sewa sebuah rumah pada kadar harga sebilik hotel!
  2. Mempunyai ruang tamu yang jauh lebih luas.
  3. Mempunyai dapur dan peralatan untuk memasak.
  4. Menjimatkan kos makan dan minum dengan cara memasak sendiri.
  5. Banyak kemudahan yang tidak disediakan di hotel yang boleh anda dapati di homestay seperti peti ais, mesin basuh, rice cooker, dapur, set meja makan, sofa dan lain-lain.
  6. Tidak payah berebut parking, parking yang luas.
  7. Boleh memuatkan lebih ramai orang dalam sebuah rumah berbanding cuma sebuah bilik jika menginap di hotel. Amat sesuai bagi yang mempunyai keluarga besar.
  8. Kadar sewa lebih fleksibel. Jika menginap lebih lama, lebih banyak diskaun diberikan. Jika hotel, kadar sewanya tetap walaupun menginap untuk tempoh yang lebih lama.

Yang paling menariknya, kami telah menjumpai satu homestay yang menawarkan kesemua 8 kelebihan yang tertera seperti di atas. Anda harus baca lebih lanjut di bawah mengenai homestay ini di Kulim yang menawarkan harga serendah RM50 sahaja sebilik!

Semua Yang Terbaik Dengan Pakej Homestay Bajet Umi Nasarudin 

Sebab rentas negeri dah boleh, jadi plan nak ronda-ronda bandar Kulim? Ataupun apa jua plan anda untuk berkunjung ke Kulim dan anda memerlukan tempat istirehat yang terbaik dan memenuhi had bajet anda, tidak perlu tercari-cari lagi. Jom pilih Homestay Umi Nasaruddin – tempat yang terbaik dan termurah yang anda boleh dapat di Kulim.

Terletak di lokasi alamat No.12, Taman Sri Tanjung, Jalan Kulim – Junjung, 09000 Kulim, Kedah Darul Aman, Homestay Umi Nasaruddin yang bertaraf 4 bintang di daerah Kulim, Kedah ini amat mementingkan kehendak pelanggan di mana perkhidmatan mereka lebih sesuai dipadankan dengan moto mereka iaitu, ‘Keselesaan Pelanggan Adalah Tanggungjawab Kami’.

pakej homestay bajet

Homestay Umi Nasaruddin dilengkapi dengan kawasan yang luas, parking yang luas, 4 bilik, dan salah satu keunikan homestay ini adalah homestay ini adalah tempat yang sesuai bagi yang hendak mengadakan majlis kenduri kahwin atau apa jua majlis secara besaran kerana kelebihan keluasan tempat mereka di mana nak pasang khemah untuk kahwin pun sangat cun!

Akses kepada Kolej Vokasional Kulim, Kolej Mara, Maktab Rendah Sains Mara dan PGA Kulim hanya bersebelahan sahaja. Nak hantar anak-anak pulang ke asrama? Senang dan berbaloi sangat dengan adanya Homestay Umi Nasaruddin dengan harga serendah RM50 sebilik!

homestay kulim murah

Antara lokasi lain yang berdekatan dengan Homestay Umi Nasaruddin termasuk: 

  • Bersebelahan Kolej Vokasional Kulim, Kolej Mara, Maktab Rendah Sains Mara (polis) dan PGA Kulim.
  • Pekan Kulim dan Tesco (2km)
  • Kulim Landmark/Giant (3km)
  • Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah dan UNIKL (7km)
  • Pasar malam Taman Selasih (6km) Jumaat. Kilang Lama Ahad dan Khamis
  • Kulim Golf and Country Resort (8km)
  • Hutan Lipur Sedim (22km)
  • Hutan Lipur Junjung (12km)

Homestay yang berdekatan lebih 10+ kawasan kunjungan/tarikan ramai bukan mudah untuk dicari. Lebih-lebih lagi, homestay yang menawarkan dengan pakej harga yang memang mesra-poket anda.

Meriah, Murah Dan Selesa – Pakej Homestay Murah Umi Nasarudin

Bagi yang berkunjung ke Homestay Umi Nasaruddin di Kulim, anda boleh menikmati suasana dan persekitaran seakan halaman rumah kampung anda. Untuk pengetahuan anda, Homestay Umi Nasaruddin terkenal dengan pakej bajet termurah yang dilengkapi dengan segala kemudahan yang anda perlukan. 

Antara kemudahan yang disediakan:

Bilik

  • Master bedroom – dilengkapi pendingin udara, tandas dan mandian air panas.

bilik master bedroom homestay

  • Bilik kedua – berhawa dingin, kipas.

bilik nombor 2

  • Bilik ketiga – Katil berkembar & kipas siling.

bilik 3 katil berkembar

  • Bilik keempat – pendingin hawa, katil berkembar, kipas bantal dan selimut.

bilik empat

Ruang tamu

  • Pendingin hawa, set sofa, kipas siling, seterika dan TV 29-inci

ruang tamu luas

Dapur

  • Meja makan, dapur untuk memasak, alatan memasak periuk, kuali, peti ais, cerek elektrik dan juga periuk nasi elektrik.

barangan memasak di dapur homestay

Ramai juga pengunjung yang tinggal di homestay ini yang beli bungkus dan makan di homestay kerana kemudahan ruang makan yang disediakan selesa macam rumah sendiri.

Kemudahan lain-lain

  • Mesin basuh automatik di porch. 
  • Parking berbumbung yang boleh muat 3 kereta
  • Parking di luar sesuai untuk muat 8 kenderaan
  • Bangunan belakang berlantai kosong (saiz 40′ x 14′) untuk pelbagai aktiviti 

ruang parking homestay yang luas

Dengan segala kemudahan yang disediakan, bolehlah anda jimat bajet anda. Kalau nak makan, tak perlulah pergi makan dekat restoran ataupun hotel, memang mahal. Lagipun masak-masak sendiri dan makan beramai-ramai kan lagi best! 

pintu masuk yang selamat

Pelbagai kemudahan yang boleh anda dapat dengan pakej harga yang sangat berbaloi. Pergi hotel tak tentu lagi dapat memenuhi segala keperluan anda. 

Pakej Harga Termurah Umi Nasaruddin Yang Pasti Anda Tertarik

Cuma RM250.00 saja untuk satu malam, dah boleh dapat sebuah rumah yang besar, lengkap perkakas rumah serta mempunyai halaman yang luas. Siapa yang ada keluarga besar, mesti seronok melakukan aktiviti seperti BBQ dan riadah antara ahli keluarga.

homestay sekitar pga kulim

Kadar sewa:

  • Sebuah RM250.00 sehari.

Sewa sebilik

  • dari RM 80.00 hingga RM120.00.

Yang paling istimewa dengan pakej homestay bajet Umi Nasaruddin, anda boleh negotiate harga untuk kadar sewa 3 hari dan ke atas. Anda tidak perlu risau jika anda akan terlebih bajet yang telah anda tetapkan.

Dengan pakej harga yang ditawarkan oleh Homestay Umi Nasaruddin, tempat ini sangat sesuai untuk kegunaan:

  • Majlis kenduri kahwin seribu tetamu (untuk majlis perkahwinan pakej harganya berbeza, anda boleh ketahui lebih lanjut di sini).
  • Majlis hari jadi (yang ingin membuat sambutan besaran bersama keluarga)
  • Majlis Reunion

Ini adalah antara kemudahan yang boleh anda nikmati dengan pakej harga termurah Homestay Umi Nasaruddin.

Jom Sewa Tempat Istirehat Yang Murah Dan Juga Lebih Selesa Dengan Homestay Umi Nasaruddin 

booking pakej homestay bajet

Homestay Umi Nasaruddin boleh menjadi pilihan yang bijak buat anda yang tercari-cari tempat istirehat yang bukan hanya mengikut bajet anda tapi juga menyediakan segala kemudahan yang diperlukan untuk keselesaan anda! Jika anda berminat dengan pakej homestay yang ditawarkan, anda boleh hubungi mereka di sini untuk tempahan. 

Mencari homestay bajet di Kulim?

Homestay Umi Nasaruddin. Pilihan berpatutan untuk anda.

Homestay Bajet Umi Nasaruddin

Homestay murah dan terbaik di Kulim, dari serendah RM50 sahaja

Booking Sekarang
Social Media

No.12, Taman Sri Tanjung, Jalan Kulim - Junjung, 09000 Kulim, Kedah

Mencari homestay bajet di Kulim?

Homestay Umi Nasaruddin. Pilihan berpatutan untuk anda.

Call Whatsapp Layari Website

Mencari homestay bajet di Kulim?

Homestay Umi Nasaruddin. Pilihan berpatutan untuk anda.