Sejak dua menjak ini, rakyat semakin buntu mencari nafkah untuk meneruskan kehidupan akibat virus COVID-19 yang melanda ini. Namun, ramai yang tidak arif tentang cara-cara mencari wang yang boleh diilakukan sepenuhnya secara online. Salah satunya adalah perdagangan forex, ataupun pertukaran asing.
Perolehan pendapatan melalui laman-laman perdagangan forex ini biasanya kelihatan kompleks dan menggerunkan. Namun, realitinya tidaklah sebegitu rupa. Dagangan forex atau pertukaran asing ini akan melibatkan pelbagai jenis aset finansial, termasuklah emas, minyak mentah, matawang, kripto dan pelbagai lagi. Banyak laman-laman forex diluar sana yang menawarkan servis pelaburan seperti ini. Salah satunya adalah Liteforex. Anda cuma perlu mendahulukan sedikit wang untuk dibuat modal dan anda boleh melabur pada mana-mana aset yang anda mahu, melalui Liteforex.
Sebagai platform perdagangan dan pelaburan saham dan aset, Liteforex mempunyai beberapa ciri tersendiri yang menjadikannya lain dari yang lain.
Ssistem dagangan sosial ini memberikan peluang kepada pengguna Liteforex untuk menyalinguna strategi-strategi pelabur lain yang berdagang pada laman tersebut. Pada kebiasaanya, mereka ini adalah di antara pelabur yang mengaut keuntungan dagangan yang tertinggi pada Liteforex. Anda boleh menganalisa serta mengaplikasikan cara-cara dan strategi mereka dengan satu klik sahaja.
Program afiliasi mereka juga cukup lumayan. Bagi setiap rakan yang anda syorkan anda akan mendapat $15 melaui perkongsian untung. Dan 10% dari keuntungan pelaburan mereka akan menjadi milik anda. Anda juga akan menjadi sebahagian daripada perwakilan tempatan/serantau. Bagi mereka yang menyempurnakan 50 transaksi, anda akan dihadiahkan $ 50 serta 10% dari keuntungan rakan kongsi sub.
Tidak banyak laman yang menawarkan akaun dagangan Islamik. Akaun Liteforex mematuhi segala keperluan dagangan dari segi Syariah serta memberikan segala kemudahan kepada opengguna dari negara-negara Islam untuk berdagang secara berhemah mengikut garis panduan Islam.
Liteforex menawarkan pelbagai jenis aset finansial untuk tujuan pelaburan. Ini membolehkan anda menjana pendapatan dari beberapa saluran, tanpa perlu bekerja keras. Kebanyakan aset ini mempunyai posisi yang stabil dalam pasaran, terutamanya minyak mentah dan emas. Dengan sedikit usaha dan ilmu dagangan, anda boleh mengambil kesempatan trend naik aset-aset ini dan menjana pendapatan instan.
Liteforex juga mempunyai lebih 15 tahun pengalaman dalam bidang pelaburan serta memberikan pengguna-penggunanya pelbagai instrumen dagangan yang berbeza bagi mengenalpasti pertukaran-pertukaran yang paling lumayan pada pasaran semasa.
Apabila menyentuh isu wang dan pelaburan, sudah pasti terdetik dalam hati, apakah ianya selamat dan terjamin? Jangan risau! Laman Liteforex dilesenkan untuk menjadi peniti di antara anda dengan aset-aset yang disenaraikan pada pasaran saham terkemuka dunia. Mereka juga giat menggunakan sistem sekuriti dan enkripsi data yang terkini untuk memastikan yang segala data dan transaksi anda dilindungi.
Kalah dan menang adalah lumrah kehidupan, apalagi dalam pelaburan. Ada pelbagai strategi dagangan yang boleh anda gunakan daripada paduan strategi Liteforex untuk meminimakan risiko pelaburan anda. Tambahan pula, ada strategi yang dicipta khas untuk membantu para pelabur untuk mengejar kembali wang yang hilang dalam pelaburan.
Janganlah dianggap perdagangan forex seperti ini sebagai terlalu susah atau memerlukan tenaga dan ilmu yang amat teknikal. Dengan laman seperti Liteforex dan pebagai lagi laman dagangan di luar sana, pasti ada punca pendapatan baru yang menanti anda.
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut:
Liteforex
Platform Forex Terbaik
Daftar SekarangDaftar Forex
Klik pada mana-mana pautan di bawah untuk info lanjut: