Anak dah sunat belum? Kalau belum, korang yang tinggal berdekatan Bandar Puncak Alam cubalah bawa anak bersunat di Poliklinik UKM Kesihatan Puncak Alam. Tapi sebelum itu, jom kita didik diri kita dengan info yang berkaitan dengan sunat ini.
Mungkin ada yang tahu, mungkin ada yang kurang tahu. Sebenarnya, sunat adalah pembedahan membuang kulup, yang merupakan kulit yang menutupi hujung zakar. Pada kebiasaannya, prosedur ini dilakukan pada bayi yang baru lahir atas sebab peribadi atau agama. Sunat pada kanak-kanak dan orang dewasa juga boleh dilakukan dengan alasan yang sama. Selain itu, kanak-kanak atau orang dewasa mungkin berkhatan untuk merawat beberapa keadaan, termasuk balanitis (bengkak kulup), balanoposthitis (keradangan hujung dan kulup zakar), paraphimosis (ketidakupayaan untuk mengembalikan kulup yang ditarik ke keadaan asalnya) dan phimosis (ketidakupayaan untuk menarik kembali kulup).
Bagi bayi baru lahir yang sihat, tidak ada keperluan perubatan untuk berkhatan. Namun, keluarga boleh memilih untuk menyunatkan anak lelaki mereka kerana beberapa sebab. Salah satu sebab yang paling umum adalah tradisi agama. Undang-undang agama Islam mensyaratkan agar bayi lelaki yang baru lahir untuk disunat. Sebab-sebab lain untuk berkhatan termasuk:
Dalam budaya Islam, sunat ritual disebut khatan. Dalam dunia Islam, prosedur tersebut dilakukan sebagai sebahagian dari upacara keagamaan ataupun di kala zaman moden ini, ia turut dilakukan di persekitaran hospital. Di kebanyakan negara Islam, khatan dilakukan di usia kanak-kanak, tetapi kadang-kadang mungkin juga dilakukan ketika anak lelaki memasuki usia baligh.
Perkara sunat ini bukan prosedur biasa-biasa saja tau. Jika korang nak tahu, prosedur sunat sering dilakukan oleh pakar pediatrik, pakar obstetrik, doktor perubatan keluarga, pakar bedah, atau ahli urologi. Prosedur sunat yang dilakukan atas sebab agama kadang-kadang dilakukan oleh orang lain yang terlatih dalam prosedur tersebut.
Semasa berkhatan untuk bayi baru lahir, anak lelaki korang akan berbaring di punggung dengan menghalang pergerakan tangan dan kakinya. Anestetik diberikan melalui suntikan atau krim untuk mengebaskan zakar. Terdapat beberapa teknik untuk melakukan prosedur sunat. Pemilihan teknik yang sesuai bergantung pada pilihan dan pengalaman doktor.
Tiga kaedah prosedur sunat utama adalah pengapit Gomco, peranti Plastibell, dan pengapit Mogen. Masing-masing berfungsi dengan memotong peredaran darah ke kulup untuk mengelakkan pendarahan ketika doktor memotong kulup. Prosedur ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya sekitar 15 hingga 30 minit.
Kan korang dah tahu kenapa cara prosedur sunat ini dilakukan, tapi adakah korang tahu kenapa? Apakah manfaat bersunat? Malah bersunat ini bukan hanya terhad kepada kaum lelaki malah kaum perempuan diwajibkan bersunat mengikut Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia.
Walaubagaimanapun, sekiranya ia memudaratkan kepada diri, maka ia boleh dielakkan. Seperti yang dijelaskan di atas tadi, berkhatan atau bersunat adalah pemotongan penuh kulup sepenuhnya dan mendedahkan kepala zakar. Berkhatan adalah perkara yang baik untuk dilakukan untuk tujuan kesihatan korang kerana ia :
Baiklah, tadi kan disebutkan pasal Poliklinik UKM Kesihatan Puncak Alam, kan? Ha, jadi lepas baca apa semua info bersunat ini, korang pasti sudah mendapat sedikit gambaran mengenai prosedur sunat. Sama ada ia selamat atau tidak dan lain-lain.
Sebab apa kena pergi Poliklinik UKM Kesihatan Puncak Alam ni? Sebab, poliklinik ini bukan hanya terkenal dengan program sunat untuk bayi sehingga ke dewasa malah terdapat juga pelbagai rawatan lain seperti vaksinasi rutin, perkhidmatan konsultasi kesihatan, rawatan pesakit luar, bayi dan kanak-kanak, ibu mengandung, pemeriksaan jaundis (bayi kuning), perkhidmatan minor surgery seperti sumbatan ear wax, skin tag removal dan lain-lain serta suntikan lutut.
Kalau korang ingin tahu ataupun berminat nak check out poliklinik tersebut, mudah jer! Cuma perlu pandu ke lokasi klinik mereka di No. 21-1, Jalan Puncak Alam Jaya 10, Pusat Perdagangan Puncak Alam Jaya, 42300 Bkorangr Puncak Alam, Selangor. Yang berdekatan dengan Bkorangr Puncak Alam, lagi dekat! Sebelum pergi ke klinik tu, pastikan korang pergi masa klinik buka. Nanti rugi pulak. Poliklinik UKM Kesihatan hanya beroperasi pada waktu-waktu operasi yang tertentu iaitu pada hari Isnin hingga ke Sabtu pada pukul 8.30 pagi – 10.00 malam dan hari Ahad waktu operasi poliklinik hanya akan bermula pada pukul 5.00 petang hingga 10.00 malam. Selain itu kan, korang juga tidak perlu risau akan kakitangan yang bekerja di sana kerana kesemuanya merupakan staf yang berpengalaman tinggi dan bertauliah. Nak dikatakan dalam bahasa mudah, gerenti layanan dan rawatan terbaik!
Tengok tu, superhero Anas okay jer, memang berani Anas nak sunat. Siap thumbs up lagi!
Dah baca-baca sampai sini, jika korang dah decide nak ke Poliklinik UKM Kesihatan, berikut adalah maklumat terpenting mengenai senarai dan butiran terperinci servis-servis yang disediakan di poliklinik ni.
Secara ringkasnya, seperti yang dinyatakan di atas, servis yang disediakan di Poliklinik UKM Kesihatan termasuklah sunat laser, sunat bayi lelaki, sunat kanak-kanak, sunat dewasa dan mereka juga mempunyai surgical clinic, vaccination center serta Klinik Ibu dan Anak. Tetapi, terdapat beberapa maklumat penting yang patut korang ketahui untuk setiap perkhidmatan yang disediakan di poliklinik ini. Antaranya adalah seperti berikut.
Prosedur sunat ataupun khatan untuk bayi lelaki yang berusia 1 hari sehingga 3 tahun dilakukan melalui kaedah sunat laser. Prosedur sunat untuk bayi perempuan yang berusia 1 bulan sehingga 1 tahun juga dilakukan di sini. Prosedur khatan ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih.
Kos prosedur: RM240
Prosedur sunat untuk kanak-kanak berusia empat hingga 12 tahun dilakukan oleh Pegawai Perubatan (Medical Officer) yang terlatih dengan pengalaman hampir 13 tahun. Prosedur khatan untuk golongan kanak-kanak dilakukan menggunakan kaedah terkini yang dipanggil Diathermy/Electrocautery. Pada umumnya, tempoh masa yang diambil untuk prosedur ini adalah selama 30 minit atau lebih.
Kos prosedur: RM170
Prosedur khatan untuk peringkat dewasa turut disediakan di Poliklinik UKM Kesihatan. Bersamaan dengan prosedur khatan untuk bayi dan kanak-kanak, untuk orang dewasa prosedur khatan dilakukan dengan menggunakan kaedah electrocautery (laser). Proses penyembuhan akan mengambil masa sekitar satu minggu. Untuk prosedur khatan dewasa, terdapat slot-slot tertentu sahaja iaitu Isnin hingga Jumaat (slot dari 8 – 10 malam sahaja), Sabtu (slot 9 pagi – 10 malam) dan Ahad (slot 8 – 10 malam).
Kos prosedur: RM350
Umumnya, prosedur suntikan lutut dilakukan sebagai rawatan sakit sendi dan lutut. Di Poliklinik UKM Kesihatan, rawatan suntikan lutut dsediakan tetapi hanya pada hari Sabtu sahaja. Oleh itu, temujanji harus dilakukan pada hari Sabtu setiap minggu di mana Dr Faizal akan memeriksa dahulu keadaan pesakit dan kemudian akan memberi saranan jenis suntikan yang akan diberikan pada hari pemeriksaan.
Terdapat beberapa jenis rawatan suntikan lutut iaitu PRP (Platelet Rich Plasma), Hyaluronic Acid (HA) dan Shincort & Lidocain. Kos rawatan bermula dari harga RM200.
Kos prosedur:
Mereka turut menyediakan pelbagai vaksin wajib dan tambahan untuk bayi, kanak-kanak dan juga golongan dewasa. Poliklinik UKM Kesihatan mempunyai pusat vaksinasi yang lengkap. Antara vaksin yang disediakan adalah vaksin Pneumococcal (termurah), vaksin Rotavirus, vaksin Hepattits B, vaksin Typhoid, vaksin Pentaxim, Hexaxim, vaksin Umrah Haji Meningococcal, vaksin Influenza dan MMR.
Kos prosedur: bermula dari RM50 (semua jenis vaksin wajib tersedia)
Terdapat juga klinik kesihatan yang dikhususkan kepada wanita di Poliklinik UKM Kesihatan. Dipanggil sebagai Women Wellness Clinic, antara perkhidmatan yang boleh korang dapatkan termasuklah:
Kos prosedur: Bergantung pada jenis rawatan
Nak dijadikan cerita, setiap sunat pasti ada ceritanya tersendiri. Sebab ini hari istimewa buat anak-anak yang time nak bersunat. Satu kenangan abadi buat mereka. Contohnya, ada satu patient ni dari Taman Tun time nak sunatkan anak dia. Budak-budak kecil, biasalah macam-macam gelagatnya dalam bilik prosedur. Tenang dan cool je Dr Faizal handle mereka. Meriah sungguh budak-budak lepas habis bersunat. Semoga menjadi kenangan bermakna buat para ibu dan ayah. Pasti anak-anak korang pun boleh menikmati memori indah dan semoga menjadi anak-anak yang soleh. Aminnnn…
Happy jer anak-anak kecil yang bersunat di poliklinik ni! Bukan seorang dua orang jer, ramai yang dah berkunjung ke Poliklinik UKM Kesihatan untuk bawa anak-anak bersunat dan juga untuk rawatan-rawatan lain. Baby-baby kecil pun boleh disunat di sini. Memang tip top cara kerja Dr Faizal!
Nak letak semua gambar-gambar muka happy anak-anak dan patient memang tak akan muat di sini. Korang boleh juga tumpang tengok-tengok di laman Facebook dan Instagram mereka!
Sekiranya korang dari kawasan yang berdekatan dengan Poliklinik UKM Kesihatan Puncak Alam, dan ingin mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang merangkumi semua jenis rawatan kesihatan maka di sini korang boleh berbuat demikian. Untuk berhubung dengan pantas dan secara langsung, korang bolehlah hubungi mereka di talian bernombor 0122007890.
Untuk pertanyaan mengenai kami
Poliklinik UKM Kesihatan Puncak Alam
Kami menyediakan perkhidmatan konsultasi kesihatan, rawatan pesakit luar, bayi & kanak-kanak , ibu mengandung, berkhatan mulai bayi hingga dewasa , pemeriksaan jaundis ( bayi kuning ), Vaksinasi Rutin dan tambahan serta suntikan lutut.
Nak Sunatkan Anak