Bilangan pasaran populasi Muslim yang semakin meningkat di peringkat antarabangsa yang pada tahun 2015 dianggarkan sebanyak 1.8 bilion merangkumi sekitar 23% populasi dunia. Maka, hal ini dapat mewujudkan peluang untuk pasaran kosmetik halal dan industri penjagaan diri. Kekuatan ekonomi negara-negara Islam yang semakin meningkat juga mempengaruhi perbelanjaan yang lebih tinggi untuk produk-produk kecantikan dan barangan peribadi. Malaysia merupakan negara di mana populasi masyarakatnya terdiri daripada lebih daripada 60% umat Islam sekaligus ini menyediakan pasaran yang menguntungkan bagi pengeluar kosmetik Halal di Malaysia dan juga industri kosmetik utama di negara.Â
Barangan kosmetik mempunyai pasaran yang besar dan mempunyai sambutan hangat di Malaysia. Oleh itu, sekiranya anda membuat pemasaran yang strategik dan menghasilkan produk-produk kosmetik yang berkualiti tinggi, sudah tentu anda dapat mengaut keuntungan dengan mudah. Bukan itu sahaja, produk kosmetik yang diperakui halal mempunyai permintaan yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi di pasaran Malaysia. Penglibatan dalam industri kosmetik dapat memberikan hasil yang menguntungkan jika anda mempunyai minat yang mendalam dan mengetahui selok-belok perniagaannya. Dalam pembelian produk kosmetik pelbagai sifat dipertimbangkan. Antaranya adalah kualiti produk kosmetik, nama jenama, aplikasi, harga, pembungkusan dan yang paling penting adalah perakuan Halal untuk masyarakat Muslim.
Perkara paling penting yang perlu anda ketahui sebelum menjadi pemilik jenama kosmetik anda yang tersendiri adalah pemilihan kilang OEM kosmetik yang sesuai untuk jenama kosmetik anda. Dalam penghasilan barangan kosmetik yang bermutu tinggi dan yang diyakini halal, adalah mustahak untuk anda memastikan kilang kosmetik tersebut mempunyai kelulusan dan pengiktirafan dari badan kerajaan serta merupakan hasil keluaran 100% oleh bumiputera. Tidak lupa juga, produk kosmetik yang berkualiti tinggi adalah produk yang mempunyai bahan-bahan yang organik dan asli supaya pelanggan berasa lebih selamat dan yakin untuk menggunakannya. Tahukah anda, rata-rata pengguna pada hari ini apabila membeli akan semak produk itu jika ianya mempunyai logo halal dan nombor siri KKM? Jika tiada, maka produk ini akan ditolak mentah-mentah oleh pengguna. Kesedaran dan kepekaan orang ramai mengenai ciri-ciri produk kosmetik di pasaran membuatkan pengeluaran produk kosmetik kini dinaik taraf dari segi kualiti dan penampilan produknya.Â
Peningkatan global populasi Muslim dan kemudahan daya beli secara atas talian telah mewujudkan permintaan baru untuk pengembangan produk kosmetik halal. Ini bermaksud anda kini bukan hanya dapat mengembangkan produk anda di negara Malaysia malah jika berkesempatan boleh juga mengembangkan jenama kosmetik anda di persada antarabangsa lalu menaikkan taraf jenama kosmetik anda setanding dengan jenama kosmetik luar negara. Sebenarnya, anda tidak perlu risaukan tentang proses kerja yang merumitkan untuk membina jenama kosmetik anda tersendiri. Melalui kilang kosmetik halal Madani Rich & Fabulous, anda akan diberikan panduan yang mencukupi sehingga produk jenama anda menjadi.Â
Jika anda perlu tahu, Madani Rich & Fabulous telah ditubuhkan pada 22 September 2015. Pada peringkat awal, perniagaan ini lebih kepada penyediaan bahan mentah untuk penghasilan sabun serta khidmat pengajaran dan perundingan. Syarikat Madani Rich & Fabulous juga seringkali menerima jemputan pertanyaan dan tawaran untuk mengambil bahagian dan menghasilkan produk kesihatan dan kecantikan untuk pelanggan. Justeru, sekiranya anda inginkan produk halal, selamat dan berkesan, boleh pilih untuk jadi founder jenama kosmetik sendiri dengan kilang kosmetik halal sebab dijamin 100% penghasilan bumiputera.Â
Bagi anda yang mempunyai idea dan minat untuk membina jenama kosmetik anda yang tersendiri, sudah tentu mempunyai lakaran idea produk anda untuk pasaran. Tetapi, jika anda tidak mempunyai sebarang idea pun tidak mengapa kerana anda boleh mendapatkan khidmat konsultasi daripada kilang kosmetik halal ini untuk mengetahui segala proses dan cara kerjanya. Dengan memilih untuk membina jenama produk kosmetik anda melalui kilang OEM seperti kilang kosmetik halal, Madani Rich & Fabulous, anda dapat menjimatkan kos perbelanjaan anda dan melaburkan bajet anda untuk membina lebih banyak produk kosmetik yang lain.Â
Terdapat banyak jenis produk dan barangan kosmetik di pasaran hari ini. Keberkesanan produk kosmetik anda bergantung pada kelainan dan keistimewaan produk anda di mana anda boleh dapati di kilang kosmetik halal, Madani Rich & Fabulous. Untuk pengetahuan anda yang berminat, kilang kosmetik halal ini merangkumi pelbagai jenis produk kosmetik mengikut kesesuaian jenama anda. Barisan keluaran produk Madani Rich & Fabulous tidak hanya terhad untuk produk bagi kegunaan kaum wanita sahaja. Antara berikut adalah jenis-jenis produk kosmetik yang boleh anda dapatkan di kilang kosmetik halal:
Sebagai contohnya, Madani Rich & Fabulous juga menghasilkan pencuci muka bubble (Bubble Mask) yang sedang trending di pasaran. Antara kelebihan produk Bubble Mask ini adalah:
Yang paling penting, produk ini boleh digunakan oleh semua, termasuk kaum lelaki dan perempuan. Ciri-ciri sebegini yang boleh memberikan kelainan pada produk jenama kosmetik anda. Ini adalah sebab kenapa kilang kosmetik halal mampu membuatkan jenama kosmetik anda menjadi dan berkesan. Bagi memelihara keberkesanan dan kualiti produk kosmetik anda, kilang kosmetik halal memastikan produk kosmetik yang dihasilkan adalah daripada bahan-bahan semulajadi asli dan organik sekaligus mempunyai pengiktirafan daripada KKM dan badan-badan kerajaan yang berkenaan.
Sama ada anda mempunyai rekaan tersendiri untuk produk jenama kosmetik anda ataupun anda tidak ada sebarang idea dan memerlukan bantuan dari segi pengeluaran dan rekaan produk kosmetik anda, kedua-duanya boleh dikendalikan. Hal ini kerana, kilang kosmetik halal Madani Rich & Fabulous merupakan kilang OEM dan ODM kosmetik di mana anda mempunyai peluang untuk mereka bentuk produk anda yang unik, bercirikan jenama anda tersendiri ataupun anda boleh memilih untuk menggunakan rekaan sedia ada produk kosmetik mereka.Â
Kelebihan ODM adalah bahawa ia membantu mengendali keperluan founder untuk melaburkan berjuta-juta wang ringgit untuk penyelidikan dan pembangunan untuk membuat produk baru dari awal. Mengapa mencipta semula produk dari mula sekiranya anda mempunyai jalan untuk memperbaiki produk yang sedia ada? Dan dengan mengurangkan perbelanjaan untuk pembinaan produk, founder dapat lebih fokus pada strategi pemasaran. Sebaliknya, kelebihan utama OEM adalah di mana founder dapat mengekalkan kawalan kreatif sepenuhnya terhadap reka bentuk produk mereka. Walaupun produk ODM dibatasi pada reka bentuk yang telah ditentukan, produk OEM dapat dibuat mengikut spesifikasi apa pun mengikut kesesuaian founder jenama kosmetik tersebut. Satu-satunya batasannya terletak pada imaginasi founder atau pereka (serta bajet penghasilan produk).
Anda boleh membina jenama kosmetik anda dengan harga yang berpatutan dengan kilang kosmetik halal, Madani Rich & Fabulous. Di samping itu, bantuan dari segi penyediaan packaging, penyediaan sampel dari awal hingga akhir akan diberi kepada anda. Anda cuma perlu mengeluarkan modal yang mencukupi mengikut kesesuaian perkhidmatan yang anda perlukan untuk membina jenama kosmetik anda yang tersendiri.Â
Di samping itu, kilang kosmetik halal, Madani Rich & Fabulous merupakan syarikat yang tergolong di bawah Melaka Halal Hub di mana ianya ditubuhkan bagi tujuan membantu pembangunan usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) di negeri Melaka secara keseluruhan. Persijilan halal yang dimiliki oleh syarikat-syarikat di bawah Melaka Halal Hub merangkumi bukan hanya dari segi persijilan tetapi juga dari segi persediaan proses kerja dan segala pembuatan yang berkaitan dengan penghasilan atau pengeluaran produk. Jadi, kesahihan Halal syarikat Madani Rich & Fabulous adalah yang boleh dipercayai dan sah serta pilihan yang terbaik bagi pembinaan jenama produk kosmetik halal anda sendiri.
Secara umumnya, sebut sahaja hendak memulakan perniagaan terutamanya dalam industri kosmetik, ramai dengan mudahnya akan menganggap ia akan memerlukan jumlah modal yang tinggi di tambah pula dengan segala proses kerja yang merumitkan. Hakikatnya, perkara-perkara ini semua tidak perlu anda risaukan sekiranya anda memilih untuk membina jenama kosmetik anda tersendiri dengan kilang kosmetik halal, Madani Rich & Fabulous.Â
Hal ini kerana, jika anda merasakan anda tidak mempunyai pengalaman dan pengetahuan yang secukupnya dalam bidang kosmetik, boleh saja anda dapatkan khidmat konsultasi daripada mereka mengenai proses kerja penghasilan produk kosmetik, keistimewaan dan kelebihan produk kosmetik, cara pemasaran, cara mudah untuk jadi founder jenama kosmetik dan sebagainya sebagai panduan untuk anda memulakan langkah pertama sebagai founder jenama kosmetik anda sendiri. Mereka bersedia untuk membantu anda memudahkan perjalanan anda menjadi founder jenama kosmetik anda tersendiri.Â
Selain itu, dengan harga promosi serendah RM3,500, anda boleh mengeluarkan produk kosmetik anda tersendiri dan ini termasuk dengan:
Seperti berikut merupakan harga-harga promosi mengikut kesesuaian jenis produk kosmetik yang anda inginkan untuk jenama kosmetik anda.Â
Dengan adanya, harga promosi ini bolehlah anda mengambil peluang ini untuk mempelbagaikan produk keluaran jenama kosmetik anda yang tersendiri dan dapat mengaut keuntungan yang lumayan. Kilang kosmetik halal, Madani Rich & Fabulous akan memastikan anda berupaya membina jenama kosmetik anda yang tersendiri dengan kesesuaian kos perbelanjaan anda malah membantu menjadikan produk kosmetik jenama anda berkesan dan laku di pasaran Malaysia.Â
Jika anda dari ataupun bertempat dekat dengan Melaka, bolehlah pilih untuk berkunjung ke kilang kosmetik halal mereka di JC 3285, Jalan MHH F 2/5, Kilang Kembar (Inkubator), Melaka Halal Hub Fasa 2, 77300 Serkam, Melaka. Tambahan pula, kilang mereka juga sedang mengadakan harga promosi untuk sesiapa yang ingin membuat produk kosmetik jenama sendiri dengan harga lebih murah dan MOQ serendah 300. Promosi terhad hanya untuk bulan Januari. Jadi, kenalah cepat-cepat!Â
Kepada anda yang berminat dan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kilang kosmetik halal ini, boleh layari laman FB (Kilang Kosmetik Halal) dan IG (kilangkosmetikhalal) mereka. Boleh juga Whatsapp mereka di talian seperti berikut untuk mendapatkan khidmat konsultasi mengenai produk jenama anda tersendiri secara percuma. Peluang jangan dilepaskan!Â
Whatsapp:
http://www.wasap.my/601163066369+saya+nak+jadi+founder – Liyna
http://www.wasap.my/601116396969+saya+nak+jadi+founder – Tina
http://www.wasap.my/601163396969+saya+nak+jadi+founder – Shah
http://www.wasap.my/60127569699+saya+nak+jadi+founder – EJ
http://www.wasap.my/60102566369+saya+nak+jadi+founder – Tiqa
http://www.wasap.my/60169866369+saya+nak+jadi+founder – Wani
http://www.wasap.my/60146417112+saya+nak+jadi+founder – Bella
Segala maklumat mengenai produk di telegram kami:
https://t.me/joinchat/RSA_Avw42t8K7DRb
Peluang jangan dilepaskan!
Kilang Kosmetik Halal
Boleh Jadi Founder Jenama Kosmetik Sendiri, Jaminan Halal 100% Bumiputera
Nak Jadi Founder