Review
Mar 10, 2023, 3:15pm

Ketahui Manfaat Bekam Khadijah, Jurubekam Klinikal HUSM Terbaik Di Malaysia


Terdapat pelbagai manfaat bekam dari segi kesihatan badan dan minda. Bagi yang tidak berapa tahu tentang bekam, bekam adalah rawatan untuk membuang toksin dengan mengeluarkan darah kotor dari permukaan kulit. Rawatan ini juga diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Kini, sudah ramai yang gemar untuk membuat rawatan bekam kerana mempercayai ia mampu merawat pelbagai penyakit.

kebaikan bekam untuk kesihatan

Bekam sangat baik untuk kesihatan kita. Hal ini demikian kerana, ia mampu membuang darah kotor dari tubuh badan kita. Sudah jelas bahwa darah kotor amat membahayakan kesihatan tubuh badan kita. Antara keburukan darah kotor ialah boleh menyebabkan pengsan, tubuh badan rasa lemah, sesak nafas dan sebagainya. Jadi, salah satu jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah darah kotor ini ialah dengan rawatan berbekam.

Manfaat – Manfaat Rawatan Bekam/Berbekam

Jika anda yang jenis kerap sakit kepala, sakit badan, sakit otot-otot dan lain-lain, anda boleh mencuba rawatan bekam ini. Mungkin anda sudah pernah mengambil ubat-ubatan di hospital atau mencuba rawatan urutan tradisional, tetapi masih tidak lega! Jangan risau, anda boleh mencuba rawatan bekam ini, hal ini demikian kerana mungkin darah kotor di dalam tubuh badan anda yang menjadi penyebabnya.

maksud bekam sunnah

Sebenarnya, banyak kebaikan bekam ini. Hal ini kerana, bekam bukan sahaja dapat membuang darah kotor dalam tubuh badan kita, tetapi dapat juga membantu membuang angin dalam badan. Tanpa kita sedari, punca kita kerap sakit kepala ialah disebabkan angin dalam badan kita. Mungkin kita sudah mencuba pelbagai cara untuk hilangkan angin, tetapi masih tidak berkesan, anda boleh mencuba cara rawatan bekam ini. Mana tahu, ia mungkin berkesan! Tiada lagi, sakit-sakit kepala setiap hari. Pasti menyenangkan kita untuk membuat aktiviti harian.

rawatan alternatif berkesan

Masih banyak kebaikan jika anda membuat rawatan bekam ini. Antara kebaikan lain yang dapat menyembuh penyakit dengan menggunakan rawatan bekam adalah seperti:

  • Penyakit berkaitan darah seperti anemia dan hemophilia
  • Penyakit rematik seperti arthritis dan fibromyalgia
  • Masalah kesuburan
  • Masalah kulit seperti ekzema dan jerawat
  • Tekanan darah tinggi
  • Migrain
  • Kemurungan
  • Penyakit lelah dan alahan

Oleh yang demikian, jika anda mempunyai ciri-ciri di atas, anda boleh mencuba rawatan bekam. Rawatan bekam juga salah satu ikhtiar dalam perubatan. Jadi, tidak salah jika anda ikhtiar untuk sembuh daripada penyakit.

Rawatan Bekam Terbaik Di Khadijah

Rawatan bekam di Khadijah ini memperkenalkan jenis bekam tanpa perlu mencukur kepala. Jadi, bonus untuk anda yang tidak suka botak tetapi mahu membuat rawatan bekam. Jadi, hari ini anda boleh membuat rawatan bekam di Bekam Khadijah tanpa mencukur kepala.

rawatan bekam khadijah terbaik

Rasulullah SAW bersabda “hendaklah kalian semua melakukan perubatan dengan rawatan bekam di tengah tengkuk, kerana sesungguhnya hal itu merupakan ubat tujuh puluh dua penyakit” (Hadis riwayat At Thabrani).

rawatan mengikut sunnah islam

Jadi, jika dilihat kepada hadis di atas, Rasulullah SAW telah menyatakan bahawa rawatan bekam ini dapat menyembuhkan 72 penyakit dari tubuh badan kita. Oleh yang demikian, jika anda ingin membuat rawatan bekam yang selesa dan privacy, anda boleh mencuba rawatan bekam di Bekam Khadijah.

Manfaat Bekam – Bekam Khadijah Menyediakan Pelbagai Jenis Pakej

Di Bekam Khadijah bukan sahaja menyediakan perkhidmatan bekam tetapi juga turut menyediakan sauna herba. Jadi, jika anda mengalami stress yang berpanjangan, anda juga boleh mencuba sauna herba ini Bekam Khadijah. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding di tempat lain. Harga yang ditawarkan oleh Bekam Khadijah untuk jenis sauna herba adalah:

  • RM 15 untuk sauna herba selama 20 minit
  • RM 20 untuk sauna herba selama 30 minit
  • RM 30 untuk sauna herba selama 50 minit

Jadi, anda boleh pilih pakej di atas jika anda ingin membuat sauna herba ini. Okay jom kita terangkan sedikit tentang sauna herba ini. Sauna herba ini baik untuk menghilangkan stress, melembutkan urat badan yang tegang dan dapat membakar lemak di dalam badan.  di Bekam Khadijah. Pasti anda akan berpuas hati dengan kesannya.

Oleh itu, jika anda nak tahu apa lagi kebaikan sauna herba ini, jom lah buat rawatan di Bekam Khadijah.

Pakej Untuk Rawatan Bekam Di Khadijah

Bagi harga untuk rawatan bekam pula Bekam Khadijah menawarkan pakej VVIP iaitu menggunakan cup pakai buang, manakala untuk ala carte, Bekam Khadijah menawarkan satu cup RM 10, dan rawatan menggunakan mesin RM 15 untuk satu cup.

Pakej Yang Lain
1. Full body Kepala + badan + kaki Siap kepala Tanpa cukur Rm 100

2. Half body Kepala + kepala @ kaki Siap kepala Tanpa cukur Rm 65

3. BEkam Muka Tanpa bekas merah (guna Mesin khas) Rm 50

4. Resdung Ghurah Sampai puas Rm 50

pelbagai pakej rawatan

Jadi, anda boleh pilih jenis rawatan bekam mana yang anda mahukan. Pasti staff di Bekam Khadijah akan membuat rawatan yang terbaik untuk anda.

Jom Belajar Cara Bekam Di Khadijah

Bagi anda yang mahu belajar cara membuat rawatan bekam, anda boleh menyertai kursus bersama Bekam Khadijah. Di sini, anda akan belajar bersama guru yang betul dan profesional. Jadi, jangan tunggu lagi, jika nak belajar, boleh pergi ke Bekam Khadijah. Boleh juga lawati laman Facebook mereka di sini.

Dapatkan Rawatan Bekam Terbaik Di Johor

dengan Bekam Khadijah

Bekam Khadijah

Bekam Tanpa Cukur Kepala, Selamat & Bersih

Hubungi Sekarang
Social Media

No 4, Lorong Perdana 1, Parit Karjo, 86400 Parit Raja, Johor

Dapatkan Rawatan Bekam Terbaik Di Johor

dengan Bekam Khadijah

Call Whatsapp Layari Website

Dapatkan Rawatan Bekam Terbaik Di Johor

dengan Bekam Khadijah