Bisnes
Jul 5, 2023, 7:05pm

Kereta Sewa Airport Penang


Pernah merancang ingin bercuti di Pulau Pinang? Pulau Pinang atau dikenali juga sebagai Pulau Mutiara cukup terkenal dengan daya tarikan syurga makanan terbaik di Malaysia. Kepelbagaian bangsa di negeri Pulau Pinang ini menjadikan Pulau Pinang menjadi tempat pelancongan paling menarik di kalangan pelancong antarabangsa seluruh dunia. Selain itu, kepelbagaian budaya di Pulau Pinang juga menjadikan Pulau Pinang merupakan negeri pilihan utama kebanyakan pelancong dalam dan luar negara.

Menggunakan kenderaan awam merupakan salah satu alternatif bagi anda yang mahukan percutian yang luar dari kebiasaannya. Anda boleh menggunakan perkhidmatan feri, bas, teksi atau memandu sendiri kereta sewa di Pulau Pinang. Mudah dan cepat rancang ke Penang dengan kapal terbang kerana kemudahan sangat banyak disediakan. Perjalanan juga cepat dan selesa apabila datang dengan kapal terbang.

Rancang Tentatif, Mudah Dan Lancar Percutian Di Pulau Pinang

Tips jimat dan mudah melancong adalah membuat perancangan awal, menyediakan bajet yang bersesuaian dan juga membuat tempahan yang lebih awal. Apabila anda membuat perancangan yang awal, anda sebenarnya dapat banyak manfaat diantaranya dapat menjimatkan masa, boleh kunjungi lebih banyak tempat yang menarik, menjimatkan duit dan juga perjalanan yang lebih lancar. Berikut adalah merupakan tips perancangan awal yang wajib anda ikuti untuk melancong dengan tenang dan selesa.

#1 Merancang Pengangkutan Dan Menyediakan Bajet Yang Mencukupi

Bagi anda yang mahu pandu kereta sendiri ke Pulau Pinang, anda haruslah merancang tarikh supaya keadaan jalan tidak sesak pada ketika itu yang akan mengakibatkan kelewatan dan kesuntukan masa untuk ke setiap tempat di Pulau Pinang. Lebih mudah jika anda datang dengan kapal terbang kerana ia dapat menjimatkan masa dan juga tenaga. Kadar tambang murah juga boleh membantu anda untuk dapatkan tiket kapal terbang yang sangat murah.

Sampai sahaja di airport Pulau Pinang, anda boleh menempah kereta sewa pandu sendiri di Pulau Pinang. Penggunaan pengangkutan yang tepat ini dapat memberi anda lebih tenaga untuk eksplorasi seluruh negeri Pulau Pinang.

#2 Tempah Hotel Awal

Seperti kapal terbang juga, penginapan hotel juga menawarkan kadar yang murah sekiranya anda menempah lebih awal. Di Pulau Pinang ada banyak pilihan hotel yang bersesuaian dengan bajet anda. Pilihlah hotel yang berhampiran dengan tempat menarik di Pulau Pinang.

Untuk lebih menjimatkan, anda boleh tempah hotel dalam aplikasi seperti Booking.Com, Agoda, Traveloka, Air BNB dan banyak lagi pilihan aplikasi tempahan hotel. Kebiasaannya setiap aplikasi tempahan hotel ini akan menawarkan anda banyak diskaun menarik dan murah.

#3 Senaraikan Tempat Menarik Ingin Kunjungi

Pasti lebih mudah dan lancar percutian di Pulau Pinang apabila anda merancang lebih awal tempat yang mahu anda kunjungi. Pulau Pinang mempunyai tempat menarik yang sesuai untuk pelbagai peringkat umur. Anda boleh ke pantai yang cantik, anda boleh membuat aktiviti lasak, anda boleh bergembira di taman tema atau anda juga boleh mencuba kepelbagaian makanan istimewa di Pulau Pinang.

Bila anda merancang senarai tempat menariki yang ingin dikunjungi, ia akan bersesuaian dengan tempoh percutian anda nanti. Masa juga dapat digunakan sepenuhnya. Jom kami kongsikan tempat menarik wajib anda kunjungi di Pulau Pinang.

Tempat Menarik Wajib Kunjungi Di Pulau Pinang

#1 Bukit Bendera

Rancanglah kunjungan anda dan keluarga ke Bukit Bendera. Bukit Bendera sesuai untuk semua lapisan umur. Pasti seronok dapat merasai pengalaman menaiki tren bersama-sama yang tersayang.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di Bukit Bendera adalah dapat melihat pemandangan bandar Pulau Pinang dari atas puncak Bukit Bendera, boleh mendaki bukit atau hiking, menikmati flora dan fauna di The Habitat Penang, bersantai menikmati kopi sedap di Kopi Hutan Penang Hill dan banyak lagi aktiviti menarik lain.

#2 Nasi Kandar Deen Maju

Dah turun Bukit Bendera, sudah pasti anda mahu mencari kedai makan pula. Kalau ke Pulau Pinang, tidak sah jika tidak singgah makan nasi kandar di Nasi Kandar Deen Maju. Pilihan lauk juga banyak di Nasi Kandar Deen Maju. Ramai sanggup beratur panjang demi sepinggan nasi kandar di sini.

Ada banyak pilihan kedai nasi kandar di Pulau PInang. Namun, Nasi Kandar Deen Maju antara yang terkenal di Pulau Pinang.

#3 The Top Komtar

Santai-santai petang anda boleh isikan tentatif mengunjungi The Top Komtar. Berada di aras 65 dan 68, pengalaman di sini juga pasti menyeronokkan. Anda boleh berjalan di atas lantai kaca yang dikenali sebagai Rainbow Skywalk.

Jika anda datang pada waktu petang, anda boleh lihat pemandangan cantik matahari terbenam. Pada malam hari pula, cukup indah dengan pemandangan lampu seluruh bandar Pulau Pinang.

#4 Pantai Batu Ferringhi

Aktiviti santai juga pasti menyeronokkan dan mendamaikan bila anda berkunjung ke Pantai Batu Ferringhi. Ada banyak aktiviti laut dan pantai boleh anda lakukan bersama keluarga di sini. Antara aktiviti yang menarik menanti anda adalah parasailing, bermain jet ski, bermain banana boat, mandi pantai, bermain pasir dan banyak lagi.

Anda juga boleh memilih hotel berhampiran Pantai Batu Ferringhi sekiranya anda suka pemandangan pantai. Lagi mudah kerana hanya berjalan kaki sahaja dari hotel ke Pantai Batu Ferringhi.

#5 Restoran Kapitan

Tak tahu nak makan malam di mana? Rancanglah makan malam di Restoran Kapitan yang terletak di Jalan Chulia. Restoran Kapitan dibuka 24 jam sehari membolehkan anda untuk merancang datang untuk makan pagi, makan tengahari, minum petang atau makan malam.

Antara menu istimewa dan wajib cuba di Restoran Kapitan ini adalah Nasi Beriani Claypot dan Roti Nan Cheese.

Kereta Sewa Airport Penang Murah

Bagi pelancong dari luar negara seperti Singapura, Thailand, Australia, China dan negara-negara lain, kemudahan kereta sewa airport ini sangat mudah dan berguna untuk anda. Kereta sewa airport menyediakan servis pick up dan drop point mengikut lokasi yang anda tetapkan. Selain menawarkan harga yang murah, kereta sewa airport juga menawarkan pelbagai variasi kenderaan yang sesuai dengan kapasiti bilangan yang ada.

Bagi anda datang ke Pulau Pinang bagi urusan kerja atau perniagaan, kereta sewa airport akan memudahkan anda untuk bergerak ke lokasi yang anda mahu tuju. Ada juga datang untuk mesyuarat atau kunjungan harian sahaja dengan menaiki kapal terbang. Lebih baik untuk anda sewa kereta dari airport supaya lancar perjalanan sepanjang perjalanan di Penang.

Setibanya anda di Airport Penang, anda sudah boleh terus mengambil kereta sewa anda. Bagi anda yang memerlukan servis pemandu juga boleh disediakan. Kereta sewa airport Penang ditawarkan tempoh sewaan mengikut tempoh yang anda mahukan. Tiada syarat minima bagi tempoh sewaan dan semua kos kerosakan sekiranya berlaku semasa sewaan tidak perlu anda tanggung malah servis bantuan sedia untuk anda bila-bila masa diperlukan.

Pandu Sendiri Kereta Sewa Untuk Mudah Jelajah Pulau Pinang

Nikmati rasa seronok sebenar bila pandu sendiri kereta sewa di Pulau Pinang. Bagi anda yang datang dengan kenderaan awam seperti bas, kapal terbang atau keretapi, lagi mudah jika anda sewa kereta sepanjang percutian anda nanti. Anda boleh memilih pelbagai variasi pilihan kereta sewa yang sesuai dengan jumlah rombongan anda nanti. Kalau mahu merasa percutian seperti VIP pun boleh dengan menyewa kereta sewa mewah seperti Vellfire.

Kereta sewa ini diselenggara dengan baik dan terjamin keselamatannya berbanding kenderaan awam yang lain seperti teksi atau bas. Barang-barang peribadi juga dapat disimpan dengan lebih baik dan selamat di dalam kereta sewa. Pulau Pinang mempunyai pelbagai tempat menarik yang boleh di lawati dalam tempoh sehari. Perjalanan dan tentatif anda pasti lebih lancar bila anda boleh merancang sendiri masa mengikut kesesuaian anda sendiri.

Dapatkan Kereta Sewa Murah Penang SCR Group

Syarikat SCR Group merupakan syarikat kereta sewa terjamin dan boleh dipercayai di Pulau Penang. Mengutamakan kehendak dan keperluan pelanggan menjadi Syarikat kereta sewa SCR Group menjadi pilihan utama pelancong dari dalam dan juga luar negara.

Semua kereta sewa SCR Group di servis dengan baik, diselenggara dengan cermat, dan yang paling penting adalah tawaran harga yang murah. Sekiranya anda tempah lebih awal, anda berpeluang untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Ini akan dapat menjimatkan bajet anda untuk bercuti ke Pulau Pinang nanti.

Pilih Kereta Sewa Murah Mengikut Bajet Anda Sendiri

Pilihan diberi kepada anda untuk memilih kereta bersize kecil, kereta sedan. Kereta MPV , SUV, Van, dan sebagainya. Berikut dikongsikan antara pilihan kereta sewa murah SCR Group.

 Perodua Viva

Harga yang paling murah adalah Perodua Viva. Boleh memuatkan 4 orang dewasa dan cukup terkenal dengan kereta paling menjimatkan minyak. Banyak anda boleh jimat sekiranya memilih kereta sewa Perodua Viva ini. Harga sewa hanya RM100 untuk tempoh sehari.

Perodua Axia

Anda juga dapat menyewa Perodua Axia di SCR Group. Perodua Axia sejenis compact dan automatik. Perodua axia memiliki 5 seats. Jadi, anda boleh santai sahaja ketika memandu. Harga sewaan untuk Perodua Axia bermula RM 120 per hari.

Perodua Myvi 1.5

Bagi anda ahli keluarga yang kecil, SCR Group juga menyediakan sejenis kereta compact iaitu Perodua Myvi 1.5. Perodua Myvi memiliki 5 seats. Harga sewaan untuk Perodua Myvi ialah RM 140 per hari.

Proton Saga 1.3

Jangan risau, di SCR Group juga memiliki Proton Saga 1.3. Proton Saga 1.3 sejenis Sedan dan automatik. Proton Saga memiliki 5 seats dan harga sewaan bermula RM 150 per hari.

Honda Civic

Sesetengah orang yang sukakan kereta berjenama Honda, jangan risau SCR Group juga menawarkan sewaan Honda Civic. Honda Civic sejenis sedan yang mempunyai 5 seats. Jadi, anda boleh memandu sambil bergaya di atas jalan raya. Harga sewaan bagi Honda Civic ialah RM 500 per hari.

Perodua Alza (New)

Bagi anda yang bercuti bersama keluarga melebihi 5 ahli keluarga, anda boleh memilih sejenis kereta MPV Perodua Alza (Baru). Perodua Azla ini mempunyai 7 seats. Ruangan untuk menyimpan barang juga luas. Jadi, anda boleh memilih Perodua Alza jika bilangan ahli anda melebihi 5 orang. Harga sewaan untuk Perodua Alza (New) bermula RM 300 per hari.

Perodua Aruz

Bagi anda yang mahukan lebih besar untuk penumpang, anda boleh memilih Perodua Aruz. Perodua Aruz juga sejenis MPV dan memiliki 8 seats. Harga sewaan untuk Perodua Aruz bermula RM 280 per hari.

Toyota Innova

Bagi anda yang minat sejenis MPV, anda masih boleh menempah Toyota Innova V1 bersama SCR Group. MPV Toyota Innova V1 ialah automatik dan mempunyai 8 seats. Harga sewaan bagi Toyota Innova V1 bermula RM 300 per hari.

Mazda Cx8

Seterusnya, untuk anda yang mahukan kereta yang agak mewah dan berjenama mahal, anda boleh memilih Mazda CX8. Kereta Mazda CX8 ini juga merupakan jenis MPV dan memiliki 8 seats. Jadi, anda akan lebih merasa selesa jika menyewa Mazda CX8 ini. Harga sewaan untuk Mazda CX8 ini bermula RM 600 per hari.

Toyota Alphard (New)

Seperti yang kita tahu, jenis kereta Toyota Alphard (New) ini melambangkan kemewahan seseorang. Jadi, jika anda inginkan keselesaan sepanjang jalan dan mementingkan kemewahan, anda berpeluang untuk menyewa Toyota Alphard di SCR Group. Toyota Alphard juga sejenis MPV yang mempunyai 8 seats. Harga sewaan untuk Toyota Alphard bermula RM 1000 per hari.

Nissan Navara 2.5a

Seterusnya, jika anda ingin membawa muatan besar atau barangan, anda boleh menyewa Nissan Navara 2.5A. Nissan Navara sejenis 4×4 yang mempunyai 5 seats. Harga sewaan bagi Nissan Navara 2.5A bermula RM 400 per hari.

Mitsubishi Triton

Selain itu, di SCR Group juga memiliki 4×4 automatik iaitu Mitsubishi Triton. Ia dapat memuatkan 5 orang sekaligus dalam satu masa. Mitsubishi Triton ini juga memiliki ruangan yang luas di belakang dan mampu menampung banyak barang. Jadi, jika anda mempunyai banyak barang untuk di bawa. Mitsubishi Triton lebih sesuai untuk anda. Harga sewaan bagi Mitsubishi Triton bermula RM 400 per hari.

Toyota Hiace

Bagi anda yang mempunyai keluarga besar, anda boleh menyewa Toyota Hiace. Toyota Hiace sejenis van dan manual. Toyota Hiace mempunyai 11 seats. Jadi, jika anda bercuti beramai-ramai, van Toyota Hiace mungkin menjadi pilihan yang tepat. Harga sewaan van Toyota Hiace bermula RM 400 per hari.

Nissan Urvan

Jika anda memerlukan van yang lebih besar, anda boleh menyewa Nissan Urvan dengan SCR Group. Nissan Urvan sejenis van dan manual. Nissan Urvan Memiliki 14 seats. Ia sangat besar untuk anda yang memiliki keluarga yang besar. Harga sewaan untuk Nissan Urvan bermula RM 450 per hari.

Lihat Testimoni Pelanggan SCR Group Penang

Tempah Awal Kereta Sewa SCR Group Untuk Harga Yang Lebih Murah

 

 

 

Tawaran Istimewa Untuk Yang Terawal Menempah Kereta Sewa Airport Murah

Jom rancang percutian menarik di Pulau Pinang. Anda boleh tentukan drop point atau pick up samada dia airport, di hotel, atau di mana sahaja di Pulau Pinang. Untuk sebarang pertanyaan atau info lanjut, anda boleh hubungi pautan yang telah disediakan di bawah ini.

 

WEBSITE :  SCR CAR RENTAL 

WHATSAPP : SCR PENANG 

EMAIL : scrg33@gmail.com

Sewa Kereta Penang Murah di Airport?

Jom booking di sini, serendah RM100/hari

SCR Group

Kereta Sewa Penang @ Pulau Pinang

Tempah Sekarang
Social Media
Sewa Kereta Penang Murah di Airport?

Jom booking di sini, serendah RM100/hari

Call Whatsapp Layari Website

Sewa Kereta Penang Murah di Airport?

Jom booking di sini, serendah RM100/hari