Bilakah kali terakhir anda membuang baju kerana mempunyai koyak kecil padanya? Atau tidak boleh memakai seluar anda kerana terlalu panjang dan anda tidak tahu untuk buat jahitan hem? Oleh itu, hal ini adalah sebab mengapa menjahit merupakan kemahiran hidup yang dapat menjimatkan masa dan wang anda. Sebagai tambahan kepada penjimatan cara praktikal, kemahiran menjahit boleh menjadi alat untuk mengajar kemahiran hidup yang penting seperti ketekunan, kesabaran, tumpuan, dan kreativiti.Â
Banyak bahagian dalam aktiviti menjahit memerlukan kesabaran. Daripada menggunakan jarum hingga benar-benar mendapatkan jahitan lurus, kesabaran adalah kuncinya. Selain itu, ketika menjahit seseorang perlu mempunyai tumpuan yang tinggi. Sebagai cara selamat semasa menjahit, anda perlu memastikan tangan dan fikiran anda tertumpu pada satu tugas tertentu. Sudah tentu, kemahiran menjahit membolehkan anda melatih minda anda dari segi kreativiti dalam penghasilan sama ada baju rekaan sendiri mahupun custom made gifts untuk kawan-kawan anda.Â
Pada masa kini, amat mudah untuk anda mencari kelas jahitan sekiranya anda tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang jahitan. Ataupun mencari peluang untuk mempelajari kemahiran menjahit asas sebagai beginner. Sebagai contohnya, Liana Training Centre pasti dapat membantu anda dalam perkara ini!
Jika anda minat fesyen dan suka berseni dengan menggunakan benang dan jarum maka bolehlah anda sertai kelas jahitan di Liana Training Centre yang berlokasi di Johor Bahru. Di Liana Training Centre, anda yang berminat jahitan akan berpeluang untuk mempelajari pelbagai jenis kaedah jahitan bermula dari menguasai teknik-teknik asas jahitan sehingga menjahit pakaian mengikut gaya fesyen citarasa anda tersendiri.Â
Antara fesyen pakaian yang boleh anda pelajari di sini adalah:
Proses pembelajarannya mudah dan senang diikuti, belajar ikut pakej bahan-bahan jahitan, kain dan buku panduan belajar menjahit akan diberi percuma untuk anda.
Tengoklah sendiri, ramai orang seronok belajar menjahit di Kedai Jahitan Liana. Anda pun boleh belajar menjahit dengan mudah di sini.Â
Sekiranya anda jenis yang suka menjahit dan ingin mempelajari lebih banyak lagi teknik jahitan dan baju fesyen yang berlainan, jom pergi ke Liana Training Centre untuk berbuat demikian. Bagi yang berada di Johor, boleh kunjungi training centre mereka di Kedai Jahitan Liana di 3, Jalan Perjiranan 4, Bandar Dato Onn, 81100 Johor Bahru, Johor ataupun yang tinggal berjauhan boleh hubungi mereka di maklumat seperti berikut:
Email:Â kursusjahitltc123@gmail.com
Tel: 016-7831120 / 0183989748
Whatsapp:Â 0167831120
bolehlah pelajari jahitan dengan cara mudah di Kedai Jahitan Liana
Liana Training Center
SENANGNYA MENJAHIT - JOM BELAJAR DI KEDAI JAHITAN LIANA
Daftar Kelas Jahit Liana