Bisnes
Mar 12, 2025, 9:00pm

Kakcida: Pakar Team Management Yang Membantu Reseller, Team Leader & Team Sales Mencapai Kejayaan


Salam semua, keadaan ekonomi semasa sememangnya mencabar bagi para usahawan, bukan? Bukan sahaja perniagaan kecil terkesan, malah perniagaan besar juga turut menghadapi kesukaran. Situasi ini berlaku disebabkan keadaan ekonomi negara yang kurang stabil, ditambah lagi dengan kesan pasca pandemik COVID-19. Oleh itu, bagi para usahawan di luar sana, apakah langkah yang boleh diambil untuk mengembalikan semula perniagaan anda ke landasan kejayaan seperti sebelumnya?

Untuk membangunkan semula perniagaan anda, penting untuk menilai semula aspek-aspek utama dalam operasi perniagaan. Antaranya termasuk strategi pengurusan perniagaan, teknik pemasaran, kaedah closing sales, pengurusan database, kepimpinan, dan banyak lagi. Memberikan perhatian penuh kepada faktor-faktor ini adalah kunci untuk mengembalikan kejayaan perniagaan anda.

Tidak pasti di mana mahu bermula? Mari kita cari penyelesaian untuk masalah anda sekarang!

Temui KakCida, Sales & Marketing Advisor Terbaik Abad Ini

Jika anda seorang pemilik perniagaan, pengasas, leader, mahupun ejen yang menghadapi cabaran seperti jualan rendah atau penurunan mendadak dalam jualan, sudah tiba masanya untuk anda menimba ilmu bersama Kak ida. Dijamin, anda akan memperoleh ilmu yang bermanfaat dan terkini untuk mengembangkan serta mengukuhkan perniagaan anda.  

KakCida memberi penekanan khusus dalam membantu para jurujual mengasah kemahiran menjual yang berkesan dengan membangunkan flow closing script dan follow-up script yang terbukti mampu meningkatkan kadar penutupan jualan.

Sebelum kita melangkah lebih jauh, mari kenali terlebih dahulu siapa sebenarnya KakCida.  

KakCida ialah seorang coach atau trainer yang berpengalaman dalam bidang pengurusan serta pemasaran. Dengan kepakaran yang luas dalam strategi pemasaran, KakCida telah membantu ramai usahawan dan jurujual meningkatkan prestasi perniagaan mereka.  

Antara pengalaman yang dimiliki oleh KakCida dalam bidang pemasaran termasuk: 

  • 2000 hingga 2004 (Owner Permata Hatiku, menjual barangan bayi)

  • 2004 hingga 2017 (Leader Avon Cosmetics SDN BHD, syarikat kecantikan) 

  • 2006 hingga 2018 (Owner Dhiya Health Beauty SDN BHD, menjual produk kecantikan dan kesihatan)

  • 2008 hingga 2012 (Leader Auralife SDN BHD, syarikat kesihatan dan kecantikan MLM) 

  • 2015 hingga 2018 (Owner Dhiya Pet Shop SDN BHD, menjual produk haiwan)

  • 2016 hingga 2019 (Founder Love Connection SDN BHD, mengeluarkan produk ibu hamil dan berpantang)

  • 2016 hingga 2018 (Founder Tudung Aeisya Sofea, mengeluarkan produk tudung kanak-kanak

  • 2019 hingga 2022 (Agency Manager Haus Cosmetics, syarikat produk kecantikan) 

  • 2019 hingga sekarang Co-Founder Masak Ekspress, mengeluarkan produk Sos Kapprau

  • 20002 hingga sekarang Trainer / Coach / Consultant Business 

Anda sendiri boleh menilai pengalaman luas yang dimiliki oleh KakCida dalam bidang pemasaran. Boleh dikatakan, pemasaran sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan beliau.

Jadi, jika anda menghadapi cabaran dalam strategi pemasaran perniagaan, inilah masa yang tepat untuk menimba ilmu dan mendapatkan bimbingan daripada KakCida. Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kemahiran pemasaran anda bersama beliau!

KakCida merupakan graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari tahun 1996 hingga 2000. Ilmu yang diperolehnya sejak di universiti terus dimanfaatkan sehingga kini untuk membantu lebih ramai individu mencapai kejayaan dalam bidang perniagaan.  

KakCida juga telah meraih pencapaian luar biasa dalam industri: 

  • Top 10 in Country Avon Malaysia selama 7 tahun berturut-turut 

  • Top 1 Leader in Auralife Sdn Bhd selama 3 tahun berturut-turut

Pencapaian ini membuktikan bahawa KakCida bukan sahaja berilmu tinggi, tetapi juga mempunyai pengalaman luas dalam pemasaran dan pengurusan. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu daripada KakCida—rugi jika anda tidak mengambil kesempatan ini!

Antara Perkara Yang KakCida Akan Kongsikan Untuk Anda Dalam Bidang Perniagaan Ini

Kenapa anda digalakkan untuk menyertai training pengurusan dan pemasaran bersama KakCida? Kerana anda akan diajar teknik closing sales yang berkesan bagi meningkatkan kejayaan dan jualan perniagaan anda.  

KakCida akan membimbing anda dengan teknik yang betul untuk menutup jualan dengan lebih meyakinkan. Antara teknik yang akan diajarkan termasuk:  

  • Memahami masalah pelanggan sebelum menawarkan penyelesaian  

  • Teknik “Assumptive Close” untuk menanam keyakinan pelanggan  

  • Teknik “Urgency Close” bagi mendorong keputusan segera  

  • Teknik “Soft Close” untuk pendekatan yang lebih halus dan meyakinkan  

  • Teknik “Now or Never” untuk mencipta elemen keterdesakan  

  • Cara betul untuk menampilkan bukti sosial (social proof)

  • Teknik Decoy Effect bagi mempengaruhi pilihan pelanggan  

  • Teknik “Summary Close” untuk merumuskan nilai tawaran dengan berkesan  

  • Cara fokus pada nilai, bukan harga, supaya pelanggan melihat kelebihan produk/servis anda  

  • Teknik follow-up yang konsisten untuk meningkatkan kadar penutupan jualan  

Dengan bimbingan KakCida, anda bukan sahaja belajar teori, tetapi juga praktikal dalam menguasai seni pemasaran dan jualan yang terbukti berkesan!

Banyak kan teknik closing yang akan diajar oleh KakCida? Jadi, untuk anda yang ingin tahu tentang perbezaan teknik closing, cara closing yang betul, serta cara menilai masalah pelanggan dengan betul, anda wajib sertai dan menuntut ilmu dengan KakCida. Dijamin lepas ini, sales anda akan menjadi lebih lancar dan berlipat ganda!

Seterusnya, KakCida juga akan memberi guideline dan mengajar serta mendidik mindset salesperson yang win. Tidak dinafikan, menjadi seorang salesperson ini adalah sangat rumit dan sukar jika tidak mengetahui cara yang sebenar. Jika anda tersalah langkah, anda pasti akan sangat down dan stress yang melampau. Jadi, untuk mengelakkan masalah tersebut berlaku, jom sertai KakCida untuk menguruskan Mindset Salesperson menjadi seorang yang positif dan selalu menang. Kak Cida juga telah berkongsi beberapa ciri mindset seorang salesperson yang win iaitu:

  • Yakin pada produk dan diri sendiri

  • Berorientasikan penyelesaian

  • Ketahanan terhadap penolakan 

  • Rasa ingin tahu yang tinggi 

  • Fokus pada proses, bukan hanya keputusan 

Nak tahu lebih lanjut dan bagaimana nak membina dan membangunkan mindset salesperson yang win? Jom sertai dan ikuti training by KakCida. Dijamin selepas ini anda akan menjadi seseorang yang lebih positif dan berkeyakinan tinggi. 

Selain itu, jika anda mengikuti training oleh Kak Cida, anda juga akan didedahkan dengan panduan lengkap mengurus database pelanggan. Anda akan di ajar pelbagai teknik menggunakan database pelanggan yang sedia ada untuk closing sales yang berterusan. Anda juga akan di ajar teknik yang betul tentang follow up customer tanpa membuat customer bosan dan marah. Hal ini kerana pengurusan database yang betul dapat membantu anda:

  • Segmen pelanggan berdasarkan keperluan dan tahap minat mereka

  • Follow up secara konsisten dengan mesej yang relevan dan menarik

  • Automasi proses pemasaran untuk menjimatkan masa dan usaha

  • Meningkatkan peluang jualan dengan memahami pola dan keperluan pelanggan

Jadi, untuk anda yang mempunyai database yang banyak, dan tidak tahu cara mengurus database pelanggan dengan baik dan betul, jangan risau lagi. Jom sertai training by KakCida sekarang!

KakCida juga akan memberi panduan lengkap bagaimana untuk membina team sales yang berjaya dari awal. Jadi, jika anda tidak mempunyai pengalaman tentang sales, anda boleh sertai training by KakCida terlebih dahulu dan boleh menggunakan teknik tersebut dalam bidang pekerjaan anda. Antara elemen penting untuk menjadi team sales yang berjaya adalah dengan cara:

  • Kenali matlamat dan struktur team sales

  • Pilih bakat dengan tepat dan latih mereka secara konsisten

  • Gunakan strategi motivasi dan penghargaan

  • Pengurusan sistem dan database yang teratur

  • Bangunkan proses follow up yang konsisten

  • Pantau prestasi dan lakukan penambahbaikan berkala

Oleh itu, ini adalah sedikit sebanyak yang dikongsi oleh KakCida untuk menjadikan team sales yang berjaya. Jadi, untuk anda yang masih baharu dan belum cekap untuk mengendalikan bidang sales dan marketing, anda boleh sertai training by KakCida terlebih dahulu untuk membentuk anda sebagai seorang marketing yang power dan seorang salesperson yang bijak closing dengan pelbagai cara. 

Di dalam pengurusan perniagaan juga memerlukan team leader yang memimpin pekerja bawahan mereka dengan betul dan mencapai target yang ditetapkan. Tetapi perkara ini bukanlah semudah yang dikatakan, pihak organisasi perlu mempunyai  seorang team leadership yang boleh mengendalikan organisasi. Jadi, jika anda masih keliru atau tidak pasti cara mencari team leaders yang terbaik, anda juga  boleh mengikuti training by KakCida. KakCida juga akan berkongsi rahsia kepimpinan hebat bagaimana menjadi team leader berpengaruh dan cara mengekalkan prestasi team anda. Antara cara menjadi team leader yang hebat adalah:

  • Komunikasi yang berkesan

  • Ketahui kekuatan dan kelemahan team anda

  • Beri pengiktirafan dan penghargaan

  • Tetapkan matlamat realistik

  • Jadikan cabaran sebagai peluang

  • Jangan mengelak konflik 

  • Fokus pada penyelesaian, bukan salah individu

  • Jadikan pengalaman sebagai pengajaran 

Oleh itu, bagi membina team sales yang produktif dan berjaya bukanlah tugas yang mudah. Jadi, anda memerlukan teknik dan strategi yang betul untuk mengendalikan semua ini. Bagaimana caranya? Mari sertai training by KakCida. Anda akan diajar dari awal sehingga akhir cara mengendalikan perniagaan dengan betul dan cara marketing dengan power. 

Jadi, jangan lengahkan lagi untuk dapatkan ilmu pengurusan dan marketing by KakCida. Anda akan dijamin berpuas hati dengan ilmu yang dikongsikan oleh KakCida. KakCida menyediakan pelbagai training seperti:

  • Agent / people development

  • Recruitment

  • Copywriting 

  • Leadership 

  • Sales Marketing

Jom hubungi KakCida sekarang di talian 60179847740 atau email hai.kakcida@gmail.com

Ingin Menjadi Salesperson Berjaya?

Asah Skill Jualan Anda Dengan KakCida Hari Ini!

KakCida

Sales & Marketing Advisor

Jom sertai KakCida hari ini!
Social Media
Ingin Menjadi Salesperson Berjaya?

Asah Skill Jualan Anda Dengan KakCida Hari Ini!

Call Whatsapp Layari Website

Ingin Menjadi Salesperson Berjaya?

Asah Skill Jualan Anda Dengan KakCida Hari Ini!