Umum
Feb 13, 2023, 8:33pm

Jelajahi Kota Kinabalu Mudah Dengan Perkhidmatan Sewa Kereta Kami


Tahun 2023, ramai antara kita sudah mula merancang percutian menarik bersama keluarga di dalam negara mahupun di luar negara. Syarikat penerbangan dan agensi pelancongan juga berlumba-lumba membuat promosi penurunan harga untuk menarik pelancong menggunakan perkhidmatan mereka. Namun, adakah anda sudah ada pilihan destinasi menarik? Atau masih menunggu tabung melancong anda penuh?

kereta sewa menarik di kk

Kota Kinabalu, Sabah, merupakan destinasi pelancongan yang sangat terkenal. Budaya dan etnik yang berbilang bangsa menjadikan Negeri Sabah menjadi tumpuan ramai pelancong dari seluruh dunia. Jelajahi Kota Kinabalu menjadi pengalaman melancong yang menarik apabila Negeri Sabah masih mengekalkan kestabilan flora dan fauna mereka.

travel ke kk

KETAHUI 5 TEMPAT WAJIB JELAJAH DI KOTA KINABALU

  1. Kampung Nelayan (Floating Seafood Market Restaurant)

Di Kota Kinabalu, menjadi kerugian untuk anda sekiranya tidak menikmati keenakan makanan laut yang segar dan murah. Kampung Nelayan merupakan restoran di atas air menyajikan anda pelbagai hidangan laut secara buffet atau hidang. Senibina restoran sangat unik dan berbentuk seperti kapal sudah pasti menjadi daya tarikan menarik di Kota Kinabalu.

  1. Perkampungan Budaya Mari-Mari

Nak tahu lanjut budaya suku kaum di Sabah? Anda wajib masukkan di dalam tentatif anda untuk berkunjung ke Perkampungan Budaya Mari-Mari di Kota Kinabalu. Di sini, anda dapat cuba sendiri gaya hidup etnik di Sabah dengan melihat rumah sebenar mereka, rutin pekerjaan mereka dan juga aktiviti rutin lain yang mereka lakukan.

  1. Rumah Terbalik Tamparuli

Rumah Terbalik Tamparuli mendapat pengiktirafan kerana seni binanya yang menarik dan dimasukkan di dalam Malaysia Book Of Record . Dibuka setiap hari, bermula jam 7 pagi sehingga 6 petang. Sudah pasti anda mahu abadikan gambar kenangan bersama yang tersayang di Rumah Terbalik Tamparuli ini.

  1. Taman Laut Tungku Abdul Rahman

Taman Laut Tungku Abdul Rahman merangkumi pulau-pulau yang berdekatan iaitu Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Pulau Sulug. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti air di sini seperti snorkelling dan diving. Sudah pasti keindahan terumbu karang menjadi daya tarikan penyelam di Taman Laut Tungku Abdul Rahman ini.

  1. Akuarium dan Muzium Marin

Akuarium dan Muzium Marin terletak di Universiti Malaysia Sabah, hanya 20km daripada Bandaraya Kota Kinabalu. Di sini anda dapat mendekati dan mengetahui dengan lebih jelas tentang ekosistem hidupan laut. Pasti satu pengalaman menyeronokkan untuk anda di Kota Kinabalu nanti.

JELAJAHI KOTA KINABALU DENGAN MUDAH DENGAN PERKHIDMATAN SEWA KERETA NH TRAVEL

Bila dah ada tentatif perjalanan, bertambah mudah untuk anda merancang perjalanan anda. Anda boleh memilih pengangkutan awam seperti teksi atau bas. Namun, pilihan anda lebih bijak jika memilih untuk memandu sendiri kereta sewa di Kota Kinabalu. Pandu sendiri kereta sewa pilihan anda dan jelajah Kota Kinabalu dengan lebih selesa tanpa perlu terikat dengan jadual perjalanan pengangkutan awam.

NH TRAVEL ADA SEDIAKAN PERKHIDMATAN SEWA KERETA MENGIKUT BAJET ANDA

NH Travel menyediakan perkhidmatan sewa kereta sejak tahun 2014. Mereka merupakan syarikat berlesen dan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (1169312-V), Kementerian Pelancongan Malaysia (KPK/LN 8685), Petronas Berhad, Kementerian Kewangan Malaysia dan juga MATTA. Sehingga kini, NH Travel masih berkolaborasi dengan badan-badan berkanun dan badan-badan kerajaan untuk perkhidmatan kereta sewa terbaik di Kota Kinabalu.

Misi NH Travel ini adalah mahu menjadi peneraju agensi pelancongan bumiputera khususnya di Sabah untuk memberikan perkhidmatan terbaik dan efisyen untuk semua pelanggan. Kualiti perkhidmatan merupakan elemen utama yang sangat dititikberatkan.

Di Kota Kinabalu, anda boleh menggunakan perkhidmatan sewa kereta NH Travel mengikut kesesuaian bajet anda dengan memilih kenderaan sewa yang tepat. Ada banyak pilihan kereta sewa di NH Travel termasuklah kereta Axia, Myvi, Bezza, Vios, Alza, Aruz, Innova, Hilux, Velfire, Urvan dan banyak lagi seleksi pilihan untuk anda.

RAMAI SUDAH GUNA PERKHIDMATAN SEWA KERETA NH TRAVEL DI KOTA KINABALU

SISTEM TEMPAHAN ONLINE SANGAT MUDAH DAN CEPAT

NH Travel memudahkan anda dengan menyediakan servis tempahan secara online sahaja. Anda sudah boleh mula menempah kereta sewa mengikut bajet anda. Setibanya anda di lapangan terbang, anda boleh terus ambil kereta sewa anda, pada lokasi yang dijanjikan. Malah, anda juga boleh membuat permintaan pick up point lain yang anda inginkan seperti di hotel atau rumah penginapan yang anda tempah.

Tempahan secara dalam talian dibuka 24 jam sehari dan proses tempahan sangat mesra pengguna. Dah ada tarikh anda? Jom terus membuat tempahan servis kereta terbaik di Kota Kinabalu, NH Travel. Untuk info lanjut dan sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi di talian hotline 013-865 8484, 088-25 8484 atau 010-810 8484. Ataupun boleh juga WhatsApp mereka dengan klik butang di bawah!

Jom Dapatkan Kereta Sewa Dalam Harga Terendah

dengan NH Travel Sabah

N Helzy Rent A Car & Travel Sdn Bhd

Kereta Sewa Berkualiti Dalam Harga Bajet

Tempah Sekarang
Social Media

Lot C18-2, 1st Floor, Kepayan Perdana Commercial Centre, Jalan Lintas, 88200 Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Jom Dapatkan Kereta Sewa Dalam Harga Terendah

dengan NH Travel Sabah

Call Whatsapp Layari Website

Jom Dapatkan Kereta Sewa Dalam Harga Terendah

dengan NH Travel Sabah