Berjalan-jalan ke Negeri Johor? Apa yang menarik tentang Negeri Johor ini? Perkara yang menariknya, jika anda berjalan ke Negeri Johor, anda juga berpeluang berjalan di Negara Singapura. Bonusnya, jika anda memiliki Passport, anda boleh travel ke Singapura hanya menaiki bas sahaja. Jadi, jika anda ingin bercuti ke Johor, anda juga boleh ke Negara Singapura dengan balik hari. Bagaimana tu? Kalau anda rasa hotel di Negara Singapura mahal, anda boleh balik hari dan tidur di Negeri Johor.
Jadi, sebelum hendak travel di Negara Singapura, jom kita menjelajahi terlebih dahulu di Negeri Johor ini. Negeri Johor Darul Ta’zim sangat terkenal dengan kepelbagaian pada sudut etnik, budaya dan bahasa. Negeri Johor juga terkenal dengan tarian tradisional iaitu tarian zapin.
Bagi anda yang pertama kali hendak berpijak kaki di Negeri Johor, tetapi tidak tahu harus ke mana? Jom kita lihat satu persatu tempat menarik yang ada di Negeri Johor. Jom kita menjelajahi satu persatu. Antara tempat menarik yang ada di Johor ialah:
Ingin bawa keluarga anda bercuti di Negeri Johor? Anda wajib ke Legoland ini. Bak kata orang, beli jiwa!. Pasti anak-anak akan merasakan pengalaman yang tidak dapat dijual beli lagi. Di dalam Legoland ini, akan boleh membuat pelbagai aktiviti dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim bersama ahli keluarga anda.
Nak tengok pemandangan yang cantik? Anda wajib ke Danga Bay. Danga Bay sangat cantik bersaksikan pantai yang berhadapan dengan Negara Singapura. Pantai di Danga Bay sangat bersih. Jika anda peminat makanan laut, anda juga boleh makan di Danga Bay ini. Anda juga boleh membuat aktiviti seperti menaiki kapal cruise, bot kecil, menaiki basikal berpasangan dan sebagainya. Jadi, jika anda mahukan suasana yang tenang, Danga Bay adalah salah satu tempat yang perlu anda kunjungi.
Nak dapatkan gambar yang cantik seakan-akan di Putrajaya? Anda boleh datang di Kota Iskandar. Kota Iskandar ini berdekatan dengan Legoland. Jadi, jika anda ingin ke Legoland, boleh lah singgah dahulu di Kota Iskandar. Kota Iskandar ini dibina dengan berkonsepkan istana Alhambra yang terletak di Sepanyol ataupun berkonsepkan Melayu-Johor. Kota Iskandar ini sebenarnya adalah tempat pentadbiran Negeri Johor.
Nak bercuti dengan santai sahaja? Malas hendak membuat pelbagai aktiviti? Jangan risau, jika anda di Johor, anda boleh melawat di kawasan Hutan Bandar. Jadi anda boleh nikmati suasananya yang redup dan tenang. Perkara yang menariknya di Hutan Bandar ini juga ada kolam buatan, jadi anak-anak anda boleh bermandi-manda di sana. Selain itu, di Hutan Bandar juga mempunyai FoodCourt, jadi anda tidak perlu risau lagi akan makan tengahari anda. Nak tahu apa yang sedap di sana? Anda wajib mencuba mee rebus atau lontong kering di sana. Dengar-dengar makanan tersebut menjadi rebutan pelbagai kaum!
Dah habis waktu seharian di luar, bila tibanya malam duduk saja di bilik, bosan pula yang mendatang bukan? Di mana ya agak-agak tempat yang seronok waktu malam di Johor ini. Jangan risau, anda boleh bersiar-siar di Pasar Karat. Di Pasar Karat ini ibarat pasar malam la, banyak jualan makanan, barang-barang dan sebagainya. Perkara yang menariknya, di Pasar Karat ini ada menjual barangan antik, jadi anda boleh layan!. Sedikit tips, jika anda ke Pasar Karat, jangan lupa untuk mencuba mee siput di sana. Sedap gila weh!
Taman Negara Endau-Rompin merupakan taman hutan lipur atau hutan simpan yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Taman Negara di Negara Pahang. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti di Taman Negara Endau-Rompin ini. Bagi anda seorang pencinta Flora dan Fauna, anda wajib ke sini untuk menikmati pemandangan di sini. Anda boleh membuat aktiviti seperti mandi air terjun, night walk, water tubing dan sebagainya di Taman Negara Endau-Rompin ini.
Gemar aktiviti lasak atau outdoor? Anda boleh ke Kulim Eco Trail Retreat yang terletak di Kota Tinggi Johor. Anda boleh membuat pelbagai aktiviti lasak di sini untuk melepaskan stress anda yang terpendalam. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan ialah stand-up paddling, berkayak, membina rakit buluh, tree climbing & flying fox dan sebagainya. Kulim Eco Trail Retreat ini sesuai dijadikan tempat hari keluarga atau team building syarikat.
Nak shopping barangan berjenama tetapi murah? Inilah syurganya Johor Premium Outlet (JPO). Di Johor Premium Outlet (JPO) memang adalah syurga tempat shopping. Pelbagai jenama barangan mewah dijual di sini, menjadikannya tempat tarikan pelbagai pelancong. Ramai yang datang ke sini, tambahan ketika mempunyai jualan murah dan ketika Year End Sales.
Nak berehat dengan tenang sambil mandi-manda di air terjun, anda boleh ke air terjun kota tinggi ini. Airnya yang jernih dan bersih serta tempatnya juga bersih dari sampah sarap. Jadi, anda boleh menikmati hari anda dengan tenang dan seronok.
Jika anda sudah sampai di Negeri Johor, anda wajib ke sini. Umpama tidak lengkap jika anda ke Negeri Johor tanpa ke Laman Mahkota Istana Bukit Serene. Laman Mahkota Istana Bukit Serene ini menjadi salah satu lambang Negeri Johor Darul Ta’zim. Jadi, jangan lepaskan peluang melawat di Laman Mahkota Istana Bukit Serene.
Sudah puas menjelajahi Johor, terlupa pula tempat penginapan belum dicari dan ditempah. Hendak menempah Hotel, datang beramai-ramai macam rugi pula kan? Baik memilih Homestay lebih luas, selesa dan harganya lebih murah berbanding menempah hotel dengan kuantiti bilik yang banyak. Kebaikan Homestay ini juga anda boleh berkumpul beramai-ramai dalam satu rumah.
Selain itu, anda juga boleh memasak di dalam Homestay untuk mengurangkan kos makan di luar. Jadi, apabila dibanding-bandingkan harga Hotel dan Homestay lebih baik memilih Homestay bukan? Jom kita lihat Homestay terbaik di Negeri Johor.
Nak jimat semasa bercuti? Anda boleh mengurangkan kos penginapan anda dengan pilihan homestay murah tanpa mengabaikan kualiti terbaik. Anda boleh menyewa di D’ Murai Homestay. D’ Murai Homestay ini terletak di pinggir bandar, jadi anda boleh berehat dengan tenang tanpa gangguan bunyi bising dari jalan raya. Selain itu, ia yang terletak di pinggir bandar juga memudahkan anda mengelak dari kesesakan lalu lintas.
Musim panas? Takut panas semasa di Homestay? Jangan risau, D’ Murai Homestay menyediakan penghawa dingin untuk kesemua bilik di dalam Homestay. Jadi, anda tidak perlu risau lagi jika di dalam Homestay.
D’Murai Homestay mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Jadi, anda akan lebih selesa di D’Murai Homestay. Jika anda datang beramai-ramai, anda boleh berkongsi-kongsi duit untuk menyewa Homestay di D’ Murai.
Kebaikan atau kelebihan D’ Murai Homestay ialah pemiliknya yang baik dan mudah bertolak ansur. Jadi, jika anda ada sebarang masalah, anda boleh berbincang dengan pemiliknya. Pemiliknya juga sangat ramah, jadi anda tidak akan rasa kekok untuk berurusan dengan pemiliknya.
Selain itu, anda juga akan dapat kelebihan dan kebaikan ketika menyewa D’ Murai Homestay ini. Antaranya ialah:
Anda akan dapat Homestay yang bersih dan semua cadar katil telah dipasang siap. Jadi, apabila anda sampai sahaja, anda boleh terus berehat tanpa perlu memikirkan untuk mengemas serba sedikit atau memasang cadar katil.
Peralatan di dalam D’ Murai Homestay juga disusun atur dengan kemas. Jadi, anda tidak perlu risau lagi keadaan di dalam D’Murai Homestay.
Kesemua bilik di D’Murai Homestay juga ber penghawa dingin. Jadi, anda boleh tidur dengan selesa tanpa rasa panas lagi. Anda boleh rileks dengan tenang selepas berpenat lelah sepanjang hari selepas menjelajahi Negeri Johor.
Harganya D’ Murai Homestay juga murah dan berpatutan. Jadi, jika anda ke Negeri Johor, anda wajib menyewa di D’Murai Homestay. Sangat berbaloi!. Jimat kos penginapan, lebihan kos penginapan boleh membuat aktiviti lain di Johor.
Walaupun terletak di pinggir bandar, D’ Murai Homestay ini sebenarnya dekat dengan Pusat Bandar. Hanya memerlukan masa 5 minit sahaja untuk ke Bandar Maharani, Bandar Diraja dan 30 minit untuk ke lebuhraya exit Tangkak. Jadi, dilihat-lihat kedudukan D’ Murai Homestay ini sebenarnya agak strategik bukan?
Jadi, memang selesa bukan? Memilih D’ Murai Homestay sebagai tempat penginapan di Negeri Johor. Selain itu, ruangan di dalam D’Murai juga luas dan besar. Di D’ Murai Homestay juga menyediakan tempat memasak yang luas. Jadi, jika anda ingin masak, anda boleh menggunakan ruangan dapur yang telah disediakan.
Di D’ Murai Homestay juga menyediakan ruangan TV yang luas. Jadi, anda boleh menonton bersama ahli keluarga anda. Anda boleh marathon movie bersama ahli keluarga anda. Pasti menyeronokkan bukan? Menonton bersama-sama.
Jadi, jika ke Negeri Johor, anda wajib memilih D’ Murai Homestay. Harganya sangat murah dan berpatutan. Harga yang ditawarkan semalam RM 230 sahaja. Jadi, wajiblah memilih D’ Murai Homestay.
Ramai yang berpuas hati dengan D’ Murai Homestay ini. Jadi, jom dapatkan segera D’ Murai Homestay ini. Dapat jimatkan kos dan dapat homestay yang bersih dan ruangan yang selesa. Perkara yang penting pada musim panas adalah penghawa dingin, jadi anda akan selesa di D’ Murai Homestay.
dengan D’ Murai Homestay
D’ MURAI HOMESTAY
Pakej Homestay Terbaik Di Muar Johor
Hubungi Sekarang